Tawau Bloggers Unity

- Alwis -  Angriani - Agus - Sankai - Budi - Likearose - Romzi - Maya - Lawa - Nonoi - Junaidi - Don - Wilson - Sabrina - Anne - Eyda - Farock

PENGENALAN.
Tawau Bloggers Unity bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan rasmi yang mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan tapi ia hanyalah kelompok penulis laman blog di daerah Tawau. Penulis blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, pendidikan, usia dan pengalaman hidup namun persefahaman dan kematangan mahu membentuk budaya blog yang sihat di Tawau adalah antara persamaan kami.

BAGAIMANA TBU DITUBUHKAN.
Idea penubuhan TBU adalah hasil usahasama tiga penulis blog dari Tawau, Budihermawan.com, puadede.com dan wunabarakati.com pada awal Jun 2008. Ianya muncul secara spontan kerana menyedari aktiviti berblog semakin menular di mana-mana sahaja dan sudah tiba masanya ianya disatukan dalam satu pertemuan. Selepas perbincangan melalui online, akhirnya lapan blog akhirnya mencapai kata sepakat berkumpul buat kali pertamanya.
Rujukan penubuhan TBU: http://puadede.com/v1/1st-tawau-bloggers-gath/

MATLAMAT TBU.

  1. Dapat mempromosikan Tawau kepada orang luar melalui media blog.
  2. Menjadikan hobi menulis blog lebih menarik dengan wujudnya aktiviti yang turut dikongsi bersama bloggers lain.
  3. Mengikis tanggapan negatif masyarakat terhadap budaya blog dan internet.
  4. Memupuk nilai kekeluargaan dalam komuniti.

MOTO TBU.
Together as one.

UNIFORM.

Memandangkan TBU semakin aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti penulisan blog, satu uniform rasmi telah dipilih bertujuan memberi personaliti dan imej profesional kepada ahli-ahli TBU. Uniform ini wajib digunakan untuk tujuan rasmi atau aktiviti-aktiviti TBU.