Kelmarin aku duduk sambil lepak minum petang bersama sis maya dan Romzi… tak rancang pun… tetiba jak rasa mau jumpa.. kebetulan di bandar Tawau jadi ajak jumpa yang mana dekat jak la kan… we have a friendly discussion about everything happening around us lately… about friends…  jadi tetiba aku teringat yang salah sorang kawan kami.. Sabrina or we called Rina akan pergi mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah al Mukarramah..

Bila aku balik rumah… online… aku terbaca plak pasal pantang larang bugis di blog sis maya… puadede.com … dan juga catatan terakhir si Rina sebelum dia berangkat pergi… entah kenapa aku tetiba sebak… believe me i really don’t know… itulah sebabnya datang rajinku taip entri ni…

Umrah walaupun tidak menjadi rukun Islam seumpama haji… tetapi aku tetap anggap ianya satu ibadah yang penting… Mungkin ramai dari kalian sudah pernah mengerjakan Umrah… tapi aku… belum ada rezeki lagi… aku masih tercari cari bilakah aku ada rezeki nak memijakkan kaki aku di tanah suci Makkah… buat masa ni aku hanya terus berharap… sebab kengkadang bukan soal kewangan saja yang boleh menjadi faktor penghalang tapi masih banyak lagi urusan di dunia ni yang masih perlu diambil kira sebelum dapat pergi menunaikannya…

Buat mereka yang sudah pergi apakah kalian dapat sesuatu pengajaran sekembalinya dari sana??? Atau adakah kamu hanya menghabiskan wang ringgit .. tenaga… dan masa di sana dengan berbelanja barang barang “dari Makkah” yang amat dibangga banggakan???

Aku selalu terfikir… sepatutnya nikmat yang Allah kurniakan kerana ada rezeki untuk melihat sendiri keagungan dan kehebatan ajaran Islam di depan Kaabah sepatutnya boleh memberikan satu perasaan yang cukup hebat dan dapat membuatkan kamu menanamkan tekad supaya menjadi seorang muslim yang sejati dari tutur katanya… langkahnya… perbuatannya… dan keyakinan yang lebih mantap akan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w.

Aku sedih bila melihat ramai orang yang langsung tak dapat apa apa pengajaran sekembalinya dari sana… tak kira selepas Umrah atau Haji… kengkadang bertambah teruk… berkopiah putih tetapi masih menjadi pengunjung setia kedai judi… TOTO… 4D… bergelar hajjah tapi masih tak faham bagaimanakah “tutup aurat” yang sebenar benarnya ….. hish… adakah bagi mereka ke sana tidak ada bezanya dengan melancong ke mana mana tempat peranginan di dunia ni??? Atau sekadar hendak mendapatkan title haji atau hajjah sekembalinya dari sana???

Perjalanan itu merupakan satu ibadah… ku betul betul harap kawanku Rina… atau sesiapa saja yang akan pergi haji atau umrah dapat sesuatu darinya…. yang baik insyaAllah… semoga perjalanan itu dapat menambah keyakinanmu tentang wujudnya Syurga dan Neraka… Allah dan para Rasulnya… Ku nukilkan di sini harapanku… buat semua yang membaca dan catatan buat diriku semoga kita sama sama dapat menjadi seorang hamba yang taat…

P/s: Hidup ni tak lepas dengan pantang larang ajaran nenek moyang kita… walaupun kengkadang kita rasa bodoh … tak masuk akal… menyampah… tapi kita buat juga supaya tak berlaku pergaduhan sesama keluarga kita… tetapi kalau benda itu boleh mendatangkan syirik … khurafat… kita wajib tak endahkannya… sebab pandangan Allah terhadap kita lebih penting berbanding manusia yang tiada nilainya…

Straight from my heart
Adry Sabry

Popularity: 46% [?]