I’m really surprised that many people don’t know what is tembuni… mula mula aku ingatkan tembuni ni hanya bahasa orang sabah… tapi bila aku check kat dewan bahasa dan pustaka, aku jumpa jugak apa itu tembuni dan deskripsi yang DBP bagi adalah :
TEMBUNI : organ dlm rahim perempuan yg keluar selepas bayi dilahirkan; uri.
Jadi kira bahasa standard la jugak kan… cuma mungkin ada orang panggil uri bayi.
The reason why aku tiba tiba cerita pasal Tembuni ni kerana dalam entri ku yang lepas Tawau FM goes online.. Live streaming aku ada letak phrase : TAWAU adalah yang terbaik… kerana di sinilah TEMBUNI kita ditanam…. hahahahaha
jadi ada la 3 hamba Allah yang tanya apa itu tembuni… Yonna… Nani…. dan Dr Shah… i don’t know what they call tembuni in medical field… is it placenta?? kalau tak silap la… mula dengan mereka bertiga… ada lagi orang bertanya kan yang sama tapi melalui FB ku plak… maka keluarla entri ni..
Adat Melayu yang pelbagai ni pun ada macam macam cara menguruskan tembuni ni… ada yang ditanam sesegera mungkin di rumah orang tuanya, ada yang dihanyutkan ke sungai atau laut, ada juga setelah dimasukkan ke bekas kemudian digantung pada blandar (tiang melintang) di dapur atau ruang tengah.
Itu baru sikit tu…
Ada juga adat apabila menanam tembuni bayi tu disertakan pula dengan pelbagai benda… kalau mengikut adat jawa,garam, duit, jarum yang tajam, beras merah, gantal (sirih yang digulung dan diikat) dua ikat, kertas yang bertuliskan huruf Arab, Latin dan Jawa. Sebelumnya dipersiapkan dahulu kain mori putih secukupnya sebagai alas tembuni dan berbagai perlengkapan yang menyertainya. Kemudian minyak wangi disiramkan secukupnya, kain putih dari ujung ke ujung ditangkupkan dengan rapi, terakhir bekas ditutup dengan tutupnya. ish ish ish…
Kononnya : Garam merupakan simbol kehidupan, dan nantinya si anak jika besar akan mampu ’menggarami’ dunia, agar menjadi tempat yang nikmat dan enak bagi siapa saja bak rasa masakan yang lazat. Wang menggambarkan harapan, kelak nanti sang Anak tidak akan kekurangan dalam hal keperluan kewangan. Berjumlah sepasang, agar dalam mencari rezeki dia tetap menjaga hubungan baik dengan orang-orang disekelilingnya, tidak asal ’berbuat sesuka hati’ dan juga agar tidak lupa bersedekah jika lebih.
Jarum yang tajam adalah gambaran fikiran yang tajam dari sang anak. Beras merah meyimpan harapan agar sang anak tidak pernah kekurangan pangan. Dipilih Beras Merah dengan maksud apa yang dimakan memberikan kekuatan dan kesehatan bagi sang bayi. Beras Merah juga menggambarkan kejujuran dalam berusaha, dan lambang keterikatan dengan keluarga. Sedang warna merah sendiri dalam budaya Jawa menggambarkan sisi keduniawian dari kehidupan. Kertas bertuliskan huruf Arab, Jawa dan Latin, dimaksudkan agar sang anak akan menjadi anak yang beragama, cerdas secara spiritual, emosi dan rasional. Gantal (sirih) menjadikan anak tumbuh sihat dan kuat (macam minum milo plak… hahaha), serta kelak akan mendapat jodoh yang ideal. Kesemuanya itu beserta tembuni dimasukkan kedalam kain putih, sebagai lambang kepasrahan kepada Yang Maha Esa atas segala doa dan harapan dan daya upaya yang telah dilakukan.
Di Tawau ni plak… aku tengok… ada orang tanam tembuni dengan disertakan dengan pensil la… buku la… macam macam la… kerana adat mengangggap tembuni ni sebagai kembar si anak… dengan menanam tembuni dengan pensil… buku… dan macam macam lagi kononnya supaya anak itu nanti besar rajin dan pintar… kalau ini betul bagus tanam macam macam dengan tembuni ni… tanam dengan kamus bahasa melayu… bahasa inggeris…. tanam dengan komputer sekali ka… hhahahhaaha… nanti besar langsung terer programming… ahahahahhaa
Semua di atas ni adalah bertentangan dengan Islam ok… dan semuanya adalah kepercayaan yang Khurafat.
Sedangkan dalam Islam mudah sangat nak uruskan tembuni ni…apa yang perlu dibuat cuma bersihkan tembuni dengan air dan tanam. Mudahkan… Menurut ulamak Syafi‘e anggota-anggota badan yang haram dilihat sama ada daripada anggota lelaki seperti bulu ari-ari atau daripada anggota perempuan seperti rambut dan kuku, apabila benda-benda tersebut bercerai daripada badan maka wajib benda-benda tersebut ditanam.
Maka tembuni atau uri selepas bersalin itu tidak wajib ditanam kerana ia bukan daripada anggota badan. Walau bagaimanapun cara yang elok (sunat) dalam mengurus tembuni itu ialah dengan menanamnya. Sepertimana juga kuku atau rambut lelaki sunat ditanam kerana ia merupakan anggota badan yang tidak haram dilihat. Berlainan halnya dengan rambut atau kuku, ia merupakan anggota badan yang haram dilihat oleh lelaki yang bukan mahram, maka anggota-anggota tersebut wajiblah ditanam.
Ibubapa memang berhak mengambil tembuni itu dan menanamnya, tetapi jika ibu-bapa tidak mengambil tembuni tersebut dan menyerahkannya kepada pihak hospital, perbuatan tersebut juga tidak menyalahi ajaran Islam.
Popularity: 32% [?]










tembuni ku di kampung jawa. hahah
tembuniku di Muhibbah… hahahahaha
tembuni ku d kg muhibbah..haha..
medical field mmg d pgil placenta…hehe..
o ya..ms my bapak urus tembuni adek yg plg bongsu,ak join sekaki jgk..pnya byk darah c placenta tu..agak ngeri jgk la..gtu rupanya bapakku cuci 8 placenta anak2nya..yg ke8 kali bru ak ada pluang tgk..hehehe…ms tu,ada bidan kampung tu..yg urut2 lpas org beranak tu bh..dia tlg2 jgk tem tu..d surunya ka amik pensel puntut..jarum..ngan apa lg tah..d tanam skali ma c placenta tu..huuuuu
naa sama lah kita… kan masih ada orang amal adat adat tu… ish ish ish… ko jangan la buat lagi nanti…
Lupa nak mantion tu Adry… lepas tembuni ditanam, kena idupkan lilin untuk beberapa malam. Logiknya, supaya binatang anjing kucing semut2 etc itu tidak mengorek / memakan tembuni itu.
hermmm rasalanya kalau kena makan pun takpa…
hari ni..sy belajar perkataan baru..
well…ms adik sy lahir dulu..sy sempt tgk nenek basuh uri tu..bnyk sngt darah keluar..huhu..masukkan dalm periuk tanah..thn terus tanam dkt dgn pokok jambu dpn rumah..takde la pulak letak barang2 sampingn..
hehehe… mungkin takda letak barang sampingan tapi ada jampi apa apa tak??
Wah.. Informasi yang sangat berguna..
Klau tidak, khurafat la kita.. Jauh la kita daripada Allah..
Terima kasih atas informasi..
Wah.. Baru tau ari ni..
Nsib terbaca, kalau tidak, khurafat la kita jauh daripada Allah..
Trima kasih atas informasi
good… welcome welcome…
kat tempat maksu pun panggil tembuni. basuh dan lalu ditanam
itulah yang sebaiknya… hehehe
hmm…baru la dapat tau scara terperinci…bila tanya mak bapak kata nnt la baru blajar…hehheeh
tp adry thankz ya inf0rmasinya..berguna sungguh2…
tp part yg tanam kamus dan k0mputer tu part paling lucu…heheheh
haa… alhamdulillah… bagus la kalau dapat ilmu di sini… datang lagi yaa…
yerla kan… kalau betul gitu lagi bagus kan… terus anak tu terer programming … hahahaha
very good artical,,ada byk lg adat2 kt yg bertentangan dgn agama,,dhrp pas ni ble info psl adat lain pla trutama adat dlm perkahwinana dan kematian,,
InsyaAllah… kalau ada kelapangan dan idea… akan ku tulis pasal adat lain plak…
menarik fakta nih
info berguna..
bakal menyambut kelahiran anak..
bagus bagus… nanti jgn buat gitu plak ek… senang jak.. basuh kasi bersih pastu tanam… takpayah buat apa apa da…
en… anda telah dapat award dari saya
http://penahatiku83.blogspot.com/2010/04/double-awards-dari-shoffee.html
owh.. toce toce… terima kasih… nanti aku ambik k
erm
kena tnya mamaku ni
dmana tembuni ku
huhu
well
abgus ni entry adry:-)
nampak ringan tapi sebenarnya ramai yang nda tau kan
hahahaha… tanya jangan tak tanya…
alamak..
info yang bagus..
tapi aku tengah makan bihun terus tak lalu tengok gambar tembuni tu
huhuhu
ops.. sori… lain kali aku letak warning la ek… sori
tak0t bet0l nak teng0k…
ad jgk 0rg cakap kal0 xnak bagi adek badek gad0h..tanam dekat2 ke apa tah..hu3
rileks…. tak perlu takut… bukan apa apa pun…
Salam …
so far , untuk keempat empat tembuni , semua nya aBear yang tanam.
Humm, simple je kan cara Islam. Tapi mana orang2 kita ni dapat cara yang macam2 nak tanam tembuni tu. Saya tengok nenek siap letak bunga2 sebelum bungkus tembuni tu dalam kain putih.
hehehe… orang tua… biasalah… adat tu
1st time dgr perkataan tembuni…kalau uri tu tau ler…ermmm..tembuni…
assalamualaikum wbt,
喂,现在很难要打电话给你们了!为什么。。我打了很多次,不过你们都不接的。ain & alin 要给你们知道,他们的成绩很好啊! alin 刚刚没了牙齿,very happy!
oklah, cya
Hpku problem… nanti aku call ek.. happy for Ain
nice info bro, keep it up bahh,
salamm,
thank you… insyaAllah akan tetap diteruskan
ohooo ni la maksud tembuni. thanks for the info, kitorang sini panggil uri. hihi.
ok.baru tau kurafat tanam dengan benda2 mcm tu. eii ape lah kan? ingat tanam dengan buku smua, esok2 anak kau pandai ke? kalau kau tak ajar elok, tak pandai jugak kan? T________________T pemikiran kolot betul.
hihi…
tu lah tu.. kalau begitu mudah.. baik tanam dengan berlori lori buku kan.. hehehe
tembuni ku pn ditanam di muhibbaraya jgak tuh hehehehe
samalah kita… hehehe
Teringat masa kerja kat department Obstetrics/Gynaecology (perbidanan/sakit puan)…ada satu pesakit lepas bersalinkan anak tembuni stuck kat dalam rahim sebab cord yg hubungkan tali pusat dan tembuni terputus. Terpaksa masukkan keseluruhan tangan ke dalam bahagian rahim pesakit itu untuk tarik keluar tembuni, sebab selagi tak keluar selagi tu rahim tak mengecut and ada risiko pendarahan yang serius. Seram sungguh masa tu, boss suruh masukkan tangan untuk ambik keluar placenta tu…sedangkan nak masukkan dua jari masa buat examination pun agak malu masa tu, inikan satu tangan.
thanks for info
slm, good info utk semua..Actually hati ni tetibe nak tau tembuni tu cmne..try google jupe web nih..baru tau de mcm2 amln smpingan yg org kita ni wat.
Actually bnda tu bukn khurafat tp lbih elok dpggil bidaah iaitu amln tmbhn yg ditokok tmbh; bukn amln lazim bg nabi2 & para shbt.bidaah pn de yg bagus dibuat & tak bgus diteruskan.4me, jika tmbuni ditnm dgn miyk wangi/bunga/daun pandan skli pun ianya skdr brperanan sbg penyahbau.Semua pn tau kan keadaan asalnye yg pnuh dgn drh yg hanyir selain nk elak dr dimkn binatang buas.
de gak petua org tua yg basuh tmbuni dgn kapur/air asam. reason nk hilgkan bau hanyir.slain tu ditnm dgn hdp kiblat. jika kite tgok balik,bnda2 tu mmg ditokok tmbah oleh org dulu2 tp jika dibuat turut mndtgkan phla krna niat utk kebersihan & tertib dlm penyempurnaan kerja.
pepun ttg tnm dgn brg smpingan mmglah terang2 menyatakan pembaziran. so tak berapa elok amln bidaah tu diteruskan. tp kalu penulis nk tnm dgn pc, pe kate try ltk pc siap load progam baru updated vrsion punye kt tpi.jgn tnm..mouse je yg ditnm..so bru de link frm undrground to realworld..hohoho..apakah yg ku mrepek nih..
nurKN recently posted..Sepetang yang damai
tembuni…klasik nyaa
tq la ardy,cari punya cari jumpa gak akhirnya info
cara urus uri ni…
tanam bersama lettop dan kamus ya???hahaaaa
akum.. Aku bru je mdapt chya mata yg k3. Nak urus sndri tembuni ank dgn cra yg betol tpi tk tau nak refer kt sypa. Cri kat google dn tr bca entri c adry ne.. Gud vry2 gud n mesra alam cuci dn tanam. F taruh buku laptop n yg lain benda2 tu akn myebabkn sekatan(roadblck) bgi kaum cacing. Haha3
my mom selalu kna suru cuci tembuni tu n tanam la ssekali. but selalunya dia suggest org tu sendiri yg tanam. mom selalu cuci guna sabun n guna limau jak. then bungkus dengan kain putih then tanam. hehhehehe that simple.
salam..
berkaitan tanam uri.. rasanya memang perlu. coz sebahagian dari badan.sebab tu pas bersalin, nurse akan bg uri pada kita. bermakna benda tu penting. tapi.. ada ramai jugak yang tak tahu uri perlu ditanam. atas sebab itu, saya telah mengeluarkan 1 produk set untuk tanam uri baby. selain sumber pendapatan, juga untuk memberi kesedaran tentang perlunya uri ditanam. set mengandungi bahan2 utk basuh dan tanam uri. terpulang kepada masing2 bagaimana untuk menguruskannya..thanks owner.. sekadar berkongsi maklumat…
tengkyu masbro. berguna sekali pengetahuannya. anakku bentar lagi lahir..