Semalam baru selesai kenduri arwah hari ke seratus mak aku… huhu… tak sangka begitu cepat masa berlalu… dah seratus hari rupanya mak meninggalkan kami semua.. aku tahu ada pelbagai pendapat bab kenduri tahlil/arwah ni… dan secara jujur aku juga tak berapa sokong… sebab ianya boleh membebankan kepada mana mana keluarga yang kurang mampu… kalau nak buat majlis kenduri pun tak perlu la ada hari tertentu kan… dan ianya juga boleh menjurus kearah pembaziran… tapi aku taknak berdebat soal ni kat sini bab aku rasa aku tak layak… so rujuk la ngan para ustaz dan ustazah k…

Aku bersetuju nak buat kenduri tahlil semalam pun sebab semua makanan dan minuman fully sponsored by someone… no need to mention… cukup sekadar makluman bahawa beliau merupakan sahabat karib arwah mak dan abah aku… jd selama ni dari hari mak dan abah aku arwah sampai sekarang,semua kenduri kendara banyak yang di sponsor oleh hamba Allah ni… terima kasih banyak banyak…  sekarang dia dah anggap kami anak anak angkat beliau… another “keluarga angkat” la kiranya… mmm bersyukur sangat… semoga beliau dilimpahi rahmat dari Allah SWT.

 

Hari ini, aku akan mula berpuasa hari kedua untuk puasa enam di bulan Syawal ni… aku lambat bab banyak sangat jemputan yang perlu dipenuhi sehingga tak terpuasa lagi… harap harap pas ni aku dapat capai matlamat ku ni… you all dah mula berpuasa?? Kalau yang sudah tu, ku ucapkan tahniah… kepada yang belum tu apalagi, Jom Berpuasa!

Ingat… sesiapa yang blum berpuasa penuh di bulan Ramadhan, sila la jelaskan dahulu hutang hutang anda sebelum memulakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal ni…

 

SOALAN:

Apakah hukum puasa 6 hari dalam bulan Syawal ? Apakah disyaratkan puasa enam itu berturutan?

 

JAWAPAN:

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:

 

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

 

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

 

Penerangan ini tardapat di dalam hadith yang lain:

 

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”

(Persoalan) Apakah dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan, dalam ertikata dimulakannya pada hari kedua hari raya ? seperti yang dinytakan dalam lafaz (menyusuli Ramadhan), atau apakah memadai dilakukannya pada bila-bila dalam bulan Syawal, kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli/menuruti Ramadhan.

 

Permasaalahan ini para ulama berbeza pendapat, akan tetapi aku (al-Qaradhawi) lebih cenderung kepada pandangan yang kedua, sama juga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa, insyaAllah.

(Sumber:Islamonline.net)

Popularity: 5% [?]