Kebetulan sejak dua menjak ni aku slalu ditanya oleh beberapa orang kawan lama dan adik adik kenalanku mengenai ayat ayat dalam al-Quran sebagai benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda. Ini termasuklah apa yang orang selalu katakan “pagar rumah” … “pagar diri” … dan lain lain…
(ini mungkin sebab cerita seram ni kot… hahahaa…)
Sebenarnya, kalau anda semua perhatikan betul betul , semuanya ada dalam Al-Mathurat susunan Imam Asy Syahid Hassan Al Banna.. itulah sebabnya ianya baik diamalkan ,dibaca setiap hari… selepas subuh … selepas Asar… asal ada kelapangan. Siapa yang tak tahu al mathurat tu cari cari lah di kedai buku berdekatan… kalau di Tawau ni berlambak di Fanika tu… pilih jak…
Ayat-ayat Pertahanan Diri Keluarga dan Harta
-Rujuk Darussyifa
Pertama AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Untuk diamalkan sebelum tidur.
Bacaan Al-Muawwizat adalah (klik utk paparan lebih jelas) :
Surah Al Ikhlas

Surah Al Falaq

Surah An-Naas

Caranya :
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
Kedua Ayatul Kursi
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)
Untuk melindungi diri & Rumah
Caranya :
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
Ketiga Surah Yaasin ayat 1-9
Untuk memagar diri , keluarga dan harta benda.
Caranya :
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
Keempat Ayat Berkubu
Maksud : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad Rasulullah.
Supaya Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. ( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).
Caranya:
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Kelima Ayat Penggerak
Kalau nak dengar bacaan, klik di sini : pendindingayatpengerak
dibaca sebagai amalan harian sebelum bergerak atau memulakan sesuatu perjalanan atau nak buat apa-apa pekerjaan.
Caranya:
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Aku pernah dengar orang cakap kalau baca ayat penggerak ni putus putus atau tersekat sekat boleh bawa bala pada diri pembaca… ish ish ish.. yang ni jangan percaya ok… ini tipu jak ni… Â rehat dulu…Â take a deep breath pastu ble sambung baca baik baik… no need to worry ok!!







mcm2 boleh aku belajar dlm blog
bagusla… ada juga gunanya blog ni kan….
bagus la….
ayat2 dlm Al-Quran memang byk khasiat & manafaat kan..
betul betul!! Kitab terulung!!
terima kasih ya di atas perkongsian ni. jom sama2 kita amalkan lepas ni.
sama sama… ye ye.. jangan tak amalkan…
tq adry, utk peringatan ini. maksu sentiasa diingatkan oleh orang tua maksu ketika mereka masih hidup.
owh.. sama sama.. bagusla kalau camtu maksu
akan ku selalu pratikkan nya bro
thx for the info yah
hah.. bagus bagus… ni yang ku mau dengar ni… ilmu jangan tak sebarkan…
thanks Adry… satu lagi.. 2 ayat terakhit surah Al Baqarah..
owh ya betul tu kak.. sama sama
banayk betul info baru yg aku dpt tq
bagus bagus.. ilmu perlu disebarkan kan…
aku selalu amal doa pengerak tu.. lepas solat subuh baca doa tu 3x.. insyaAllah akan dipelihara daripada mudarat sepanjang siang.. dan baca selepas solat maghrib 3x insyaAllah akan dipelihara dari mudarat sepanjang malam..
bagus bro… insyaAllah akan sentiasa dilindungi..
good tips bro,
pocket amik JPEG buat desktop wallpaper yer.
buleh baca selalu
alhamdulillah.. bagus bagus.. ambik la.. takda hal punyer..
nice tips…
macam2 ada kat blog ni..
hehehehee
hehe.. thank you!!
terima kasih kerana saling mengingati.
Insya’allah kita amalkan dan kongsi manfaatnya bersama
insyaAllah… itulah yang sebaiknya…
owh al-ma’thurat… dlu mase skolah tiap2 pas subuh n asar baca. hehehee…
tapi skrg da jarang da
kne rajin2 kan diri balik nih!
ya rajinkanlah diri… banyak gunanya tu…
bagussss adry!
i like this!
Thank you!!!
actually wak2 sy belajar dulu sy slalu baca almathurat ni.hari ini sy sedar family suami suruh sy amalkn ayat ni.bismillahillazi.ayat ini terdapat dalam al mathurat.sy juga pernah bermimpi menyelamatkan seseorang dr serangan harimau hanya dengan bacaan ayat bismillahillazi.elok diamalkan selalu.tq.
Gud2.. Amalkan alquran dan assunnah.. Cmerlang dniawi ukhrawi..
paling ampuhhh..amalle bismillah 5(3x)(ada 2 jenis,baca dua2), bismillah 6(3x), bismillah 9(3x), bismillah 20,21,22……………(semuanye 1x)……….tetapi menurut tok guru ana,…setiap nak baca amalan bismillah neyh kenele baca ayat sumpahnye dulu…baru mujarab…bila merasakan diri dalam bahaya atau apa jua keadaan yang memungkinkan kita perlu baca…hanya baca ‘ayat sumpah’ neyh saje…tak perlu baca yang lain2….isyaalllah memang telah terbukti…kesemua amalan bismillah hanya dibaca ba’da solat subuh dan asar sahaja….waktu lain tak boleh…..dan yang penting kenele istiqomah,….AYAT SUMPAHNYE…(BISMILLAHI, WA BILLAHI, WA MINALLAHI, WA ILLALLAHI, WA ALALLAHI, WA FILLAHHI, WALA HAULAWALA QUWATAILLABILLAHILALIYILAZIM)…………SELAMAT BERAMAL…