Alhamdulillah… alhamdulillah…. alhamdulillah…. aku bersyukur sangat sangat kerana sekali lagi aku dipertemukan dengan bulan Ramadan al mubarak…
Sukar untuk ku gambarkan dengan kata kata betapa terujanya ku kali ini untuk berpuasa di dalam bulan ramadan kali ini….. kalau ikut pandangan dunia , sepatutnya takda apa pun yang ku tunggu atau ku harapkan yang perlu buat ku excited… tapi bila dipandang mengikut janji janji Allah dalam Al-Quran… hadis hadis nabi s.a.w… pergh… kita semua memang sangat patut bersyukur sebab dapat hidup dan beramal sambil menunaikan kewajipan untuk berpuasa di bulan Ramadan….
Mungkin kerana umurku yang semakin meningkat…. kematangan ku bertambah yang membuatkan aku lebih menghargai bulan ini… ku agak terkesan dengan peringatan yang Allah bagi apabila salah seorang imam rawatib kampung ku telah meninggal dunia awal pagi kelmarin…. betul betul beberapa jam sebelum kita melangkah masuk madrasah al Ramadan…. Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Hj Hanafiah Untong, kalau ada sesiapa yang membaca blog ku ini… salam takziah ku ucapkan…. harap semua dapat bersabar banyak banyak k…. usah terlalu diratapi orang yang pergi meninggalkan kita di dunia… insyaAllah arwah selamat di sana…. lihatlah sesungguhnya ia satu peringatan , ajal maut boleh datang bila bila masa sahaja …. sepatutnya malam ni… aku dan arwah ditugaskan bersama sama untuk solat Tarawih di masjid… nampaknya tempat arwah akan digantikan oleh orang lain…
bila sebut bulan Ramadan… secara langsung kita teringat akan baazar Ramadan… hehe… tak kira melayu, india, cina semua suka baazar Ramadan ni…. tapi ingat… jangan membeli ikut nafsu… kepada sesiapa yang nak pergi baazar Ramadan di Tawau ni… banyak tempat baru yang dibuka seperti di Giant… kawasan lapang belakang Quong Ming… dan tak lupa juga di tempat yang digunakan seperti tahun tahun sebelumnya iaitu di kawasan Fujimart…. belakang Sabindo Plaza…. Ayah angkatku Hj Margono dengan pekerja2nya akan membuka gerai di Giant dan di blakang Quong Ming tu…. jadi sesiapa yang kebetulan di kedua dua tempat ni… belilah apa apa di gerai ni ek… hehehe… siap promo tu… hehe… mana tau kita terjumpa di situ kan… hehehe
dah dah… mula la aku nak merepek… kepada kengkawan semua… mari kita tingkatkan amal ibadat kita… kita lancarkan perang melawan nafsu pada bulan ni…insyaAllah akan menjadi baseline untuk terus diamalkan pada bulan bulan selain bulan Ramadan Al Mubarak ini. Banyakkan sedekah ek… ingat tak kejadian kejadian kebakaran yang berlaku sebelum ni… haaa… apa lagi… kepada yang ada di Tawau… menderma la… bantu la mereka yang dalam kesusahan…
Ok…. Selamat Berpuasa Semua!!! Jangan ada yang ponteng ek…
p/s: sesiapa yang nak kad raya dariku… e-mail nama , alamat rumah dan no telefon ke adrysabry@yahoo.com …. aku da ready ni… kad kad raya yang aku tak terbalas tahun lepas insyaAllah akan ku balas tahun ni… harap maklum… (^_^)
Popularity: 17% [?]










salam.. selamat berpuasa.
Syukur kita masih diberi kesempatan utk menyempurnakan ibadah ini sekali lagi.
salam… tu lah kak.. alhamdulillah sangat sangat..
selamat berpuasa..sah nafsu tinggi kn tgk makanan byk2 ni
hahaha… biasalah tu… tahan tahan…
salam… nk kad raya!! ehehe..
selamat berpuasa ye adry…..
Salam… ok jard… slamat berpuasa gak…
salam ad…
byknye kueh…
macam manis2 belaka je…
btw, selamat berperang dgn hawa nafsu..
selamat berpuasa…
selama sebulan, InsyaAllah…
ps: address nk mail…
pss: lame aku tak mai sini…
salam… terima kasih bab sudi mai sini lagi… ya perang jangan tak perang puasa ni.. hehehe…
selamat berpuasa adry…
terima kasih nabilah..
selamat berpuasa adry
semoga amalan kita semua lebih baik daripada tahun lepas
terima kasih.. insyaAllah
salam Adry..lama dah dak masuk sini..anyway..selamat berpuasa sahabat..dan aku mau ambik kesempatan jugak untuk ucapkan selamat menyambut aidilfitri..aku sedih tahun ni beraya di Johor..dakpa lah..insyallah raya haji di Tawau mungkin..
assalammualaikum..