Hermmm sebenarnya aku nak cerita tentang apa yang ku lalui sabtu lepas… tapi aku belum dapat lagi gambar dari Sabrina…. Rinaaaaa Gambar!!!! hehehe…

Ok now… story pasal benda lain plak… petang td aku cam biasa jadi driver utk 2 orang sahabat baik aku… Burhan dan Amsah , dorang ada urusan di bandar nie…. pastu… kitaorang ( akak aku pun join skali) berempat singgah di sebuah restoran baru kat bandar Tawau nie… ini dia… jeng jeng jeng…

RESTORAN RASSY @ BAKSO GORENG

hehehe… mula mula aku ingatkan nama restoran ni restoran bakso goreng… rupanya Rassy… Bakso goreng tu menu special dia la tu…  first impression… aku rasa restoran ni agak bersih dan kemas… harap berkekalan cam tu sampai bila bila la yerr…

pastu… bila tengok menu… memang sah menu dia ni banyak masakan dari Indonesia…. yerla… dah kat depan tu pun tulis Bakso besar besar kan… korang tau tak bakso tu apa… ala … dia macam mee sup… tapi ada bebola daging (pentolan) yang hand made tu… sedap…. ianya memang berasal dari Indonesia… Makanan popular orang Jawa…. sama famous cam Gado gado gak… tau tak gado gado tu aper?? errrr Gado gado ni cam salad laa… like i always said to foreigner… “Indonesian Salad”


apa yang special kat restoran ni… hermmm ok let see… aku point out kan beberapa menu yang agak rare dan tiada kat restoran lain la k…  Bakso Tennis …  Nasi Rawon …. Nasi Ayam Panggang Kerabu…. Nasi / Mee Ayam Penyet …. Mee Ayam Pangsit Hijau…. Bakso Goreng…. dan minuman plak  kat sini ada jual Es Teler … minuman ni jarang ada di Tawau ni… mengikut pengalaman ku dulu masa bercuti gi Indonesia… Es Teler ni sejenis minuman yang gunakan durian/nangka belanda , campur ngan susu dan ada lagi dua tiga benda tapi aku lupa da… hehehe… ble tahan la jugak… sebenarnya ikut kreativiti pembuat es teller nie…  memang masa first rasa minuman ni dulu memang rasa pelik skit la… susah nak gambarkan…  menu yang kami pilih pada petang ni…  Aku dan Amsah order Nasi Ayam Panggang Kerabu… Burhan order Nasi Lalap … my sis order Mee Ayam Panggang Hijau ….

Sebelum itu… mesti korang pelik apa kejadah plak Bakso Tennis ni kan… nak tau… bakso tu cam biasa la kan… yang bezanya bakso ni banding dengan bakso lain ialah kerana bebola dagingnya… kan handmade… so the different is… sebiji telur ayam direbus … bila dah siap… telur yang direbus tadi dibalut dengan salutan bebola daging tu… jadi ianya umpama very very BIG bebola daging… tu yang diumpama seperti bola tenis besarnya…  (^_^) sebelum ni.. bakso nie cuma boleh didapati di Bandar Tawau Lama aka icebox… sekarang boleh didapati di restoran ini…

Ni laa rupa bebola daging yang diumpamakan bola tenis itu… Gambar ni pinjam dari internet… hehe

 

All in all , it’s a nice place to eat especially if you love Indonesian’s Food… Bon apetite.. ittadakimasu…

(^_^)

Popularity: 13% [?]