Huhu…. busy busy…

Busy macam mana pun… blog tetap akan ku teruskan… Ok … hari ni aku nak bagi resepi soto banjar… Ramai sangat dah yang minta… tapi terus terang aku cakap… aku tak reti sangat tulis resepi bagai ni…. nak tuliskan sukatannya pun aku tak reti… aku tau buat jer… hahaha… serius…

so kalau faham faham je la…

ADA 2 faktor yang membuatkan soto banjar tu sedap… satu kuahnya , dua begedilnya… inilah yang membuat ianya berbeza antara setiap resepi pembuat soto. Selalunya , kebanyakan penjual soto malas buat begedilnya. Mereka hanya melecek kentang dan dicampur dengan telur dan goreng. tu yang kengkadang tak sedap tu…

bukanlah aku cakap soto aku ni yang terbaik …. cuma aku rasa sedaplah tu kot bab dah ramai yang memuji dan minta resepinya… (Kembang hidung seyh.. hahahaha)

dah dah…

Sesapa yang pernah makan soto banjar yang aku buat, ini resepinya. Jangan ingat aku lokek ok… sharing is caring.. lol

SOTO BANJAR

Sup
2 ulas bawang putih, 10 ulas bawang merah, sedikit halia, lada putih, sedikit lengkuas, 5 biji buah keras,3 batang kayu manis, bunga lawang, sedikit cengkih, 2 dada Ayam,3 batang serai (dipotong).

Begedil
Bawang merah, bawang putih , halia, lada puitih, halia, bunga cengkih, buah keras, telur.

Pelengkap
Nasi Himpit, mee suun, daun sup, bawang goreng, telur rebus, ayam (yang telah dicarik), limau, sambal.

Cara membuatnya:

Sup
bawang putih,bawang merah,halia,lada putih, dan buah keras dikisar halus…pastu rebus air dan ayam masukkan bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan serai….bahan yang dikisar halus tadi tumis sehingga naik bau….kalau air rebusan ayam tadi sdh mendidih masukkan bahan yang telah di tumis,garam dan sedikit perasa.

Begedil
rebus kentang pastu ditumbuk hingga halus…bawang putih,bawang merah,lada putih,halia,bunga cengkih,buah pala tumbuk halus kemudian campur dengan kentang yang sdh dilecek pecahkan 1 atau 2 biji telur gaul hingga sebati..pastu masukkan garam dan perasa.
Buat bentuk bulat-bulat & celup ke dalam telur yg tlh dipukul. Goreng dgn api yang sederhana supaya tidak hancur.

Semasa menghidang, letak nasi himpit, mee suun, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan di dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. kemudian letak sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan ketika panas… sluurrrppp. (jangan lupa sambal untuk penggemar makanan pedas.)

Haiya… menaip resepi ni buat aku lapar lak… huhu…

Oh ya… ada orang suka letak taugeh… aku tak brapa suka so.. terpulang la pada korang semua k…

Ok selamat mencuba semua….