Untuk raya tahun ni… aku cuba balas semua kad raya yang ku terima tahun lepas… i’ve tried my best ok… semua yang ada bagi aku alamat la…  ada juga kad raya yang ku kirim buat mereka yang baru ku kenal…..

Berpuluh jugak kad raya ku kirim… harap semua dapat la… kad raya paling jauh yang ku kirim adalah buat Maryam Nazeera Suhaimi di Australia… tapi yang ku ingin utarakan di sini bukan pasal kad raya ok… tapi agen yang jadi orang tengah iaitu POS Malaysia.

Why?? It’s all about my experience with it’s service that makes me wonder can we rely on them?

Kelmarin ku baca komen dari cik yonna kita… dia tanya aku dapat tak kad raya dari dia… jawapannya … YAaku dah dapat…. terima kasih yer cik yonna… thanks for the card … size really doesn’t matter… hehehe…. Terima kasih juga buat Jard… for the card and the pen… and not forgetting Miszsensei who send me cards for two years in a row…tahun ni aku dapat kad dia tepat pada 9.9.09… nice number… hehehe… tahun depan kirim lagi yer… kalau tak silap aku tahun ni 3 ni jak kad raya yang ku terima… nanti ku check lagi kalau kalau ada lagi yang tertinggal… jauh berbeza banding tahun lepas… hehehe… maybe bab tahun ni aku kurang aktif berblog…

back to the story… cik yonna kita pernah komen dalam msjbox ku pada 1hb Oktober, dia tanya aku da dapat kad yang dia kirim atau tak… dia kata dia dah kirim dua minggu sebelum 1 Oktober… bayangkan… punya la lama… aku dapat bila?? Khamis minggu lepas.. 8 Oktober… umang aiiii… lamanya baru sampai… ni kira bagus la ni bab sampai… tahun lepas… habuk pun tak dapat…

Aku tak cakap POS Malaysia tak kirim barang k… bab beberapa kad raya yang ku kirim sampai ke tangan orang yang ku nak…. how long?? seminggu lebih jak sampai…. much much better daripada cerita kad raya Yonna tu….(tapi aku tak pasti gak semua kad raya yang ku kirim sampai… hermmm)

Satu lagi… baru baru ni aku dapat cek dari nuffnang…. tak la banyak sangat… boleh la… tapi yang ku pelik tu… cek pertama yang ku request tak sampai sampai… tiba tiba yang sampai cek kedua yang baru jak bulan lepas ku cash out kan… haiyaa… siapa ku nak salahkan ni… nuffnang kerr POS Malaysia Berhad ni??? Aku agak yakin dengan nuffnang … lagipun yang kirim pun dari HSBC kan… jd aku agak ragu ragu dengan perkhidmatan POS Malaysia ni…

Aku pernah tanya dan komplen dengan kerani yang bertugas di POS Office… dia cakap apa.. ada 2 sebab kenapa surat selalu tak sampai… satu alamat tu tak betul… tulisan tak jelas… atau setem yang dia guna tu tak cukup… yer la tu… abis cek dari nuffnang tu apa cerita?? kan dikirim oleh pihak bank… alamat dah tentu sama dengan cek ku yang kedua tu… setem?? No… kan dorang guna “postage paid” di sampul dorang… apa lagi alasan?? arghhh…

Nak cakap alamat rumah ku ni masalah… come on la… setiap bulan macam macam surat aku terima… bil telefon … bil astro… surat itu ini…. semua sampai… tapi ada certain kes macam kad raya dari yonna dan cek nuffnang tu plak yang tak sampai… jd takkan alamat ku yang mengelirukan posmen… mustahil kan… (Majalah Astro Guide pun slalu tak sampai… tapi bil astro tiap bulan sampai… kalau bab bil sangat konsisten… hehehe)

Now the question remain… can we rely on POS Malaysia berhad????

the truth is… dalam perkhidmatan pengiriman barang POS Malaysia… aku lebih selesa guna POS Ekspress… bayar lebih sikit takpa.. janji sampai kan… Kalau barang yang ku kirim tu sangat penting… dan nak cepat… aku lebih selesa guna courier service macam ABXNationwide… atau Citylink… much much safer… yang ini memang sangat reliable… tapi harganya dua kali ganda dari pos biasa…

Kalau ada sesiapa yang boleh jawab bagi pihak POS Malaysia Berhad… aku sangat alu alukan… hehehe… bukan apa … kengkadang aku terfikir… asyik nak guna POS Ekspress atau private sector punya courier service mana tahan…  kos tu… takkan setem yang kita beli tu takda nilai… tolong la bagi servis yang bagus… setem tu dibeli… bukannya free…

Popularity: 35% [?]