Bercerita mengenai Konsert SEARCH di Tawau… Sana sini ku pergi orang akan cerita pasal konsert ni… hermmm nampaknya… walaupun promosi konsert ini dimulakan agak lambat namun ianya lebih banyak tersebar berbanding konsert konsert yang pernah dianjurkan sebelum ini.
Diantara medium yang ku nampak berkesan dalam promosi konsert ini adalah promosi melalui facebook kerana antara laman terkemuka orang Tawau iaitu Tawaurian tidak henti henti mempromosi konsert ini.
Flyers yang diedar pun cukup berkesan hinggakan lokasi seperti pasar tani yang ku pergi ahad lepas tidak terlepas dengan flyers memaklumkan orang ramai mengenai konsert ini yang bakal berlangsung sabtu ini.
Banner & banting yang dipasang di tempat tempat strategik , orang Tawau sudah boleh merasakan “There’s Something BIG is coming”.
Kemarin (Isnin) , aku dijemput hadir ke mesyuarat jawatankuasa penganjur konsert ini. Terus terang ku katakan… ini bukan kali pertama aku terlibat secara tidak langsung dalam penganjuran konsert konsert di Tawau… dan aku berani katakan penganjur konsert kali ini mempunyai pengurusan yang paling baik pernah ku lihat… mana tidaknya… orang orang yang ada di dalam jawatankuasa penganjur semuanya orang orang berpengalaman. Setiap aspek mereka bincangkan dari kawalan keselamatan hingga kebajikan petugas pada hari konsert tersebut.
Selepas mesyuarat tersebut, ku sempat berjalan masuk ke dalam stadium melihat sendiri tapak bakal berlangsungnya konsert. Ketika ini jualah, syarikat yang ditugaskan memasang pentas konsert sudah tiba dengan peralatan mereka. Pekerja mereka sibuk memunggah turun peralatan dari lori mereka yang baru tiba.
Dari perbincangan jawatankuasa penganjur di dalam mesyuarat, aku dapat rasakan ini adalah konsert yang sangat berbaloi kepada pengunjung konsert apabila tawaran harga RM25 satu tiket.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket konsert ini, anda boleh dapatkannya di tempat tempat berikut :
(TAWAU)
Tawaunet – West Point Complex
Kak Midah Café – Air Panas
Kak Rugak Café – Sabindo Squere
Arena Café – Jalan Masjid
Wealthy Empire Management – Jalan Masjid
Kedai Runcit Hidayat – Tg Batu
MD Communication – Wisma Wakaf
Demi Pasific S/B – Pasar Tawau
AA Communication – Pasar Tawau
Nur Telekomunikasi – Pasar Tawau
Andyana – Bus Station
FPM Communication – Bus Station
Perniagaan Sin Lee – Bus Station
West Mobile – Bus Station
CCM Communication – Fajar
BB Mobile – Jalan Belian
Kedai Hello Communication- Merotai
My Mobile Workshop – Felda Umas
RH Communication – Kalabakan
(KUNAK)
F1 Communication – Kunak Plaza
(SEMPORNA)
Lam Collection – Semporna
(SANDAKAN)
Southern Teleshop – Bandar Sandakan
Magic Colour Foto – Bandar Sandakan
Smart Com Teleshop – Pasar
City Enterprise – Sibuga
3G Mobile – Menara MPS
(LAHAD DATU)
CK Mobile Sedco – Sedco Shophse
CK Mobile Perdana Town – Perdana Town
JC Phone Shop – Fajar
Hup Fatt – Jln Kastam
Aku kini bersiap sedia fizikal dan mental untuk hari tersebut… tak sabar rasanya… semua gear dan kamera sudah bersiap sedia untuk tangkap gambar gambar menarik pada hari tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur yang ber peluang kepada aku untuk menangkap gambar pada hari tersebut.. bukan semua orang boleh bawa kamera tau… hanya yang dipilih saja yang boleh… (^_^)









No comments yet.