Alhamdulillah… akhirnya… kontroversi hubungan Akhil Hayy dengan Waheeda membawa mereka ke jinjang pelamin… aku masih ingat lagi entri yang pernah ku tulis tentang kontroversi hubungan mereka… antara Akhil Hayy… Waheeda… dan Maisarah bekas isteri Akhil….. komen yang diterima… fuhh dahsyat… dari hari pertama entri tu ku publish… sampai ke hari ini masih menerima kunjungan dan pandangan mereka yang ingin tahu tentang mereka…
Aku minta maaf la… tak semua yang ku tulis dalam entri tu yang boleh diterima oleh semua orang… cuma aku nak tekankan bahawa ini blog aku ok… bukan Ustaz Akhil punya…. apa yang ditulis dalam entri tu bukan berniat nak defend atau serang sesiapa… itu cuma pandangan ikhlas dariku…. kalau tak terima tu biasa la kan…. tapi jangan la hentam aku seolah olah aku ni Ustaz Akhil….
opss… banyak juga yang mempersoalkan title Ustaz Akhil tu kan… maklum la… dah terbiasa… dari dulu lagi aku biasa panggil dia Ustaz Akhil…. dah da… nak panggil Akhil kerr… Ustaz Akhil kerr korang punya pasal…. walaupun sebenarnya aku setuju tentang mengapa begitu mudah kita memberikan seseorang itu tittle Ustaz tapi sekali lagi aku nak tekankan… dalam blog ku ni… aku guna bahasa yang semudah mungkin dan paling selesa yang ku hendak… so don’t get frustrated plak… hehehe…
Sebenarnya aku nak cerita panjang pasal poligami ni…sebab… aku rasa… dalam sesetengah kes… bukan semestinya cerita Akhil Hayy ni yer… boleh dielak kontroversi kalau pihak isteri dan suami faham tentang hak hak berpoligami…. bukan bermaksud aku nak kahwin satu lagi… INGAT!!! AKU BELUM KAHWIN LAAA.… bukan juga bermakna bila aku kahwin nanti aku nak berpoligami…. itu terserah pada jodoh dan ketentuan ilahi…. cuma aku nak korang semua teliti balik… tuntut ilmu tentang poligami… khususnya buat mereka yang rasa diri mereka belum pernah cuba menuntut ilmu bab poligami… terus terang aku cakap… dulu aku pun kesiankan mereka yang di poligamikan… first thought… eiii kesiannya…. but then bila fikir balik, kalau poligami ni tak baik… jahat…. mengapa Islam membenarkan kita (Lelaki muslim) berkahwin lebih daripada satu… haa… di sinilah mulanya aku dulu mengkaji (cewahh macam saintis pulak) dan mempelajari / mendalami mengenai isu poligami ni… ingat… sebaik baiknya dalam menuntut ilmu ni kita sebaiknya berguru dengan mereka yang diyakini kealimannya… bukan hanya dengan membaca buku dan kitab kitab yang ada tau…
bila ku cakap alim… jangan nilai seseorang tu dengan pakaiannya sahaja… tak semestinya orang tu berjubah berserban bermakna dia alim… tidak… alim di sini maksudnya orang yang mempunyai ilmu yang tinggi…. rujuk para ustaz yang ada… insyaAllah kamu akan lebih faham….
Poligami merupakan syariat Islam yang akan berlaku sepanjang zaman hingga hari akhir. Poligami diperbolehkan dengan syarat sang suami memiliki kemampuan untuk adil di antara para isteri, sebagaimana pada ayat 3 surah annisa’ yang artinya:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Berlaku adil dalam bermuamalah dengan isteri-isterinya, iaitu dengan memberikan kepada masing-masing isteri hak-haknya. Adil disini lawan dari zalim, iaitu memberikan kepada seseorang kekurangan hak yang dipunyainya dan mengambil dari yang lain kelebihan hak yang dimilikinya. Jadi adil dapat diartikan persamaan. Berdasarkan hal ini maka adil antara para isteri adalah menyamakan hak yang ada pada para isteri dalam perkara-perkara yang memungkinkan untuk disamakan di dalamnya.
Ada banyak lagi yang ku nak taip sebenarnya… huraian dan pendapatku berkenaan isu ni sangat sangat panjang … mungkin satu hari suntuk menaip pun tak habis… tapi… ketika aku mencari kalau kalau ada orang yang bercerita pasal poligami dalam internet… aku terjumpa satu surat yang dipaparkan dalam satu forum… setelah ku teliti betul betul… aku bersetuju dengan pendapatnya…
BACA DAN AMATI BETUL BETUL PENDAPATNYA
Popularity: 20% [?]














kawen jgk kn..
kena la, kekdg pompuan tak bagi lelaki berpoligami sebab die tau lelaki tu tak mampu. kesian kat suami klu senang2 masuk neraka sebab tak adil. bukan maksud tak adil dari segi nafkah saja, tapi klu terdekit sekelumit di hati bahawa lelaki tu merasakan lebih menyayangi isteri dua dari yg pertama, kan dah berdosa, apatah lagi klu beri duit nafkah terlebih sikit wlupun 1 sen..
apa yg penting, masing2 tau ilmu agama dan poligami, klu rasa diri mampu dari semua segi, dan berlaku adil, pandai2 la..
cuma, klu si isteri tak bagi suami kawin 1 lagi, sekurg2nya si isteri ada hak untuk menghalang. klu si perempuan yg bakal jadi isteri kedua, yg bekeras x mau bermadu, walhal beliau sendiri sedia maklum lelaki yg dia mau itu beristeri, apa kes!
akhrnye kawin jgk ko kn…ye2 je anna ante ko tu…puas la ati wagedik dh dpt akill..pkwinan ko bermule dgn dose…lpas nie ex akill msti akn laris mke ctk sopan..wagedik mke kawin pn x bubah..
alhamdulillah……..
Bismillah
Semoga ALLAH mengampuni dosa kita, mereka semuanya.
Di sini saya ingin menurunkan beberapa selfreflection buat kita.
1) Berkahwin dua itu halal, dan berpoligami itu dibenarkan. Namun dalam kaedah islam, perkara halal atau harus TIDAK boleh DIMULAKAN dengan perkara yang HARAM. con: ingin melakukan sedekah, namun mencuri atau ingin berpoligami namun bersumpah yang bohong, berdusta dan membuat perkara yang haram con: keluar berdua, berdua-duaan etc. Takdir ALLAH itu benar. Redha dan menilik hikmah. Namun tidak menafikan dosa/kesalahan memulakan perkara dengan DOSA dan MAKSIAT. Berkahwin itu SUNNAH namun HARAM dimulakan dengan KHALWAT, ZINA dan MENDEKATI FITNAH. Itu kaedahnya.
2) Manusia itu tidak sempurna, ya sebab itu ALLAH bersifat Ghaffur. Maha Pengampun. Namun dosa yang dilakukan dengan perasaan takabbur dan rasa betul dan tanpa rasa bersalah dan berdosa itu lebih HINA dari maksiat /dosa yang dilakukan dengan perasaan malu/bersalah pada ALLAH-Ibn Athaillah assakandari.
3) Kita, mereka dan dia semua tidak sempurna. Namun agama itu nasihat, mengumpat juga ada yang diharuskan seperti yang tertulis dalam Riyadhus Solihin menurut hadis sohih. Agama itu nasihat. Membenci munkar itu wajib. Mengumpat ada yang harus.
4) Perkara maksiat yang berlaku secara terang DAN ditimbulkan sendiri dengan mendekati FITNAH bukanlah menjadi satu kesalahan dalam ISLAM untuk membicarakannya. Kerana kaedah ulama’ mengatakan TIADA SANGKA BAIK DALAM MUAMALAH. con: pak guard takkan nak sangka baik, dengan orang yang lalu-lalang ATAU nampak dua ajnabi berduaan/bercumbuan di tempat gelap takkan nak ingat itu suami isteri. maybe ya, tetapi peratusan mudarat lebih besar kalau kita tak tegur dari maslahah yang kita perlu jaga. Namun kita menghukum yang zahir dan serahkan pada ALLAH pada yang tersembunyi. Ini kaedah.
5) Bekas isteri AH ada juga melakukan kesilapan, namun meninggalkan isteri hampir tiga bulan merupakan KEZALIMAN dalam Islam. Bersumpah dusta, berbohong dosanya lebih BESAR dari kesilapan bekas isteri berjumpa wartawan etc.
6) Perlu diingati, bila ramai lelaki samada yang beragama atau tidak, tidak memahami kaedah feqh dan hakikat hukum sebenarnya, akan berlaku banyak penyalahgunaan hukum atas nama agama. Membiarkan isteri selama berbulan-bulan. Belum dikira tidak membenarkan isteri tinggal sekali etc. Bercerai itu, takdir namun ALLAH sangat tidak REDHA mereka yang menzalimi wanita terutamanya mereka yang menjadi isteri @ pernah menjadi isteri.-hadis muslim- Sebaik-baik lelaki mereka yang lemah lembut pada isterinya-
Wallahua’lam.
Semoga ALLAH membuka hati mereka berdua, mengampunkan dosa mereka dan kita. Amin.
commnt yg bagus…
alhamdulillah…perancangan Allah lebih sempurna. Tp kenapa mesti hal2 yg telah ditetpkan syariat spti poligami seolah2 menjdi perkara yang ganjil dan pelik, tak perlu bncang n komen pnajng lebar, hukum da tetap, siapa mampu dan nak wat sila…jangn dianggap asing plak. tapi hal2 yang bertentangn dengn syariat itu yang dianggap biasa dan menjadi budaya.., jangn biarkn agenda barat menerusi fahaman sekularisme, terus menjajah minda umat Islam…
dekat2 Ramdhan ni, bayk btul kejadian yang ndak disangka2 berlaku, pg tadi lagi la, MUsuh kalah lawan Burnley haha, jangn mara ba adry:)
salam
bagi saya mungkin ada sebab mereka berdua merahsiakan hubungan mereka dari khalayak umum. bila dah umum mereka bernikah pun ramai juga yang menentang. apa lagi kalau diumum percintaan mereka.
tindakan ustaz akhil mungkin bersebab takkan ada lelaki tinggalkan rumah tanpa sebab2 tertentu melainkan ada masalah. kita tak tau apa yang disyaratkan oleh maiza walaupun dicanangkan satu dunia dia bersetuju untuk bermadu.
kita semua sebagai orang yang matang dapat menilai sendiri tingkah laku maiza sejak akhir2 ini. orang yang baik2 takkan melatah beritahu pada umum kisah rumahtangga.
tindakan ustaz akhil pun tak semua betul. cuma kita sebagai manusia kena la akui masing2 ada kelemahan. kita lebih nampak kesilapan orang lain daripada diri sendiri. itu hakikat diri kita sebagai manusia.
apa2 pun selamat berbahagia buat kalian berdua…
assalamualaikum,ammaba’..tuan/puan sekalian sbnrnya marilah kita kembali kepada ajaran Rasullah SAW yg sbnrnya.Pesanan ini pun buat diri saya jugak,setiap khutbah Jumaat sesalu menyebut”..ittaqullah..” sbg rukun wajib dlm khutbah jika tidak khutbah xsah,n solah Jumaat pun xsah.Namun dimana kaum wanita mau mdengar khutbah tsebut? Jadi para kaum lelaki lah yg wajib menyampaikn isi khutbah tsebut kepada anak isteri di rumah.Namun skrg adakah kita pbuat sedemikian?maksud sy,dlm kbhgiaan bmula dr rumah itu sendiri n dr kaum lelaki sendri sbg guideline kepada kaum Hawa..sy bukan nk burukkn sapa2 tapi apa ilmu yg sy tau,kita sering tlepas pandang tahap kefahaman n keimanan kaum Hawa dlm rumah kita.Oleh itu sama2 kita semua bermuhasabah diri masing2 n jd apa yg berlaku pd org lain sbgai pengajaran n bersangka baik la pd semua manusia..maka Allah SWT akan lapangkn dada kita seperti mana Rasullah SAW…amin
w’salam… terima kasih atas komen anda..