Sekarang di mana mana pun orang cerita mengenai isu politik di Perak…. alahai… dah macam filem dah aku tengok….. boleh hilang hilang plak…. pastu muncul plak ….. ingat invisible man laa…. huhu

betapa mudahnya seseorang ahli politik curang pada kata katanya sendiri… dulu masa kempen pilihan raya ke-12 bukan main lagi menaburkan kata kata benci kepada parti lawan ….. semua tak betul….. tak adil….. walhal tak sampai setahun pun… baru beberapa bulan mereka boleh pulak lompat kepada parti yang mereka tentang habis habisan sebelum ni…. ish ish ish….. sedapkerr jilat balik ludah sendiri…..

pening pening pening…… Ahli politik yang sorang ni plak dok pening nak masuk parti mana….. asal parti satu ni….. pastu pindah parti lawan….. selepas 10 hari lompat balik ke parti asal….. dah macam katak daa….. suka hati jerrr lompat sana lompat sini….. kalau beginilah pemikiran kebanyakan ahli politik di negara kita….. maka layakla arena politik di negara kita ni dipanggil politik pening lalat….

hermmmmm aku tertarik dengan kenyataan dua tokoh veteran politik negara….. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah…..

ada benar kata Tun kan…. adakah ini pelan perubahan parti “melayu” yang ingin berubah setelah mengkaji faktor kekalahan lalu di 5 negeri??? Tak terfikirkah mereka rakyat akan bertambah simpati kepada parti lawan??? Dahla 2 makhluk yang asalnya hilang dan menyokong mereka tu on way untuk perbicaraan rasuah…. ish ish ish….. dunia dunia…. benarkah dakwaan sesetengah orang mereka nak menyelamatkan diri mereka dari kes tersebut dengan berlindung di bawah payung kerajaan memerintah negara…… huhu…..

Tengku Razaleigh Hamzah pula menggesa semua pihak supaya mengurangkan amalan berpolitik keterlaluan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan ke atas usaha menangani masalah ekonomi.

“Rakyat susah sangat sekarang. Kalau kita tidak beri suatu cadangan atau rancangan untuk menjaga kepentingan rakyat, untuk hendak hidup, saya rasa mereka akan terus rasa hampa dengan kepimpinan yang ada.
“Nampaknya mereka asyik berpolitik taktumpu masa untuk jaga kebajikan rakyat itu sendiri.
“Cukuplah main politik,” kata beliau….. Tang ni aku malas da nak komen panjang panjang….. lu ada otak lu pikir la sendiri………

Akhir sekali aku terbaca satu artikel mengenai simbolik angka 10 dalam isu kemelut politik di perak…. interesting dowh…..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno semalam setelah 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam tempoh 10 hari berkenaan senario politik di Perak berubah dengan Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Angka 10 itu cuma sebahagian daripada beberapa detik yang dikaitkan dengan perkembangan senario di Perak pada hari ini.

Kereta rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga membawa plat pendaftaran AGS 10, yang digunakan sekarang termasuk ketika pergi ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak semalam.

Mohamad Nizar merupakan Menteri Besar yang ke-10 bagi Perak.

Beliau menjadi pemimpin kerajaan negeri menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali selepas Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Pilihan raya umum Mac lalu merupakan pilihan raya umum ke-10 selepas terbentuknya Barisan Nasional (BN) dan berubahnya senario politik negara ekoran peristiwa 13 Mei.

BN dibentuk bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak komponen termasuk Parti Progresif Penduduk (PPP) yang merupakan antara parti terkuat di Perak ketika itu.

Umumnya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat kini hanya berusia 10 bulan dan 27 hari.