Aku dok berbicara ngan sesorang… one that i do admirer… in sense that we do have something in common which effect one person in each relationship…. as usual… we talked about stuff and we share opinion about things that happened in our life…
as we talked… she told me that she’s annoyed or discomfort with a guy who deliberately ask her for her hand in marriage... hermmm di sini terus terang ku katakan… aku tau diriku takda hak nak pengaruh dia untuk terima atau tidak lelaki tersebut… so as we resumed our conversation… aku faham la mengapa dia tak berkenan dengan lelaki tersebut? sebabnya tu tak perlu aku cerita kat sini…
but as i asked what her mother’s opinions… the criteria that her mother look for… etc etc.. she explained to me one by one… nak sama bangsa/ keturunan… kalau dorang keturunan bajau, nak bajau la… kalau dorang jawa nak menantu jawa la… kalau dorang tu bugis, nak menantu bugis la… well fine by me… many family do have such criteria… second…. nak yang berpendapatan tetap… fine by me… third….yang penting… nak yang kerja kerajaan!!!… haiyaaaa…. what is it with people who working with government??!!! hold on a second… for people who working with government, don’t feel offended k… aku tak kata kerja kerajaan tu tak bagus.. bagus la … khidmat untuk negara supaya boleh membangun kan… kerja ok… gaji ok… ada pencen lagi… ok… got it.. jgn plak pas ni marah plak…
cuma apa yang ku tekankan di sini… penting sangat ka bakal menantu tu kerja kerajaan… hermmm …. kesian pada jejaka jejaka… gadis gadis yang belum berkahwin yang berkerja / berkhidmat di sektor swasta…apa salahnya mereka? kalau nak yang berpendapatan tetap dan lumayan… good salary… org kerja swasta pun boleh dapat apa… kengkadang org yang mempunyai kerja yang sama tetapi jikalau di sektor swasta slalunya lebih tinggi dari mereka yang bekerja dlm kerajaan. Cuma ya lah… elaun itu ini memang takda la… pencen pun takda… tapi adakah mereka yang kerja kerajaan boleh menjanjikan kehidupan yang lebih sempurna berbanding mereka yang kerja swasta? aku rasa sama jak … yang penting lelaki atau gadis yang jadi menantu tu tau la tanggungjawabnya sebagai suami dan isteri…. itu lah sebabnya orang yang mempunyai agama diangkat sebagai kriteria utama dalam memilih menantu…
sebab kalau bakal menantu tu bekerja sendiri hatta pekebun sayur pun… kalau dia ada agama di dadanya… dia akan buat yang terbaik utk keluarganya… adakah kamu tak yakin tentang rezeki yang Allah tetapkan?
Firman Allah bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 32).
Kepada kakak kakak… makcik makcik yang membaca, kita ada agama kita Islam… yang lengkap… yang syumul… nak buat apa pun kita pastikan ikut syariat… pastikan tak membelakangkan agama… Kita ada Rasulullah yang telah mengajar kita… Islam mengajar kita bagaimana nak pilih pemimpin… bagaimana nak cari menantu sampai perkara semudah nak makan… nak masuk tandas pun ada caranya dalam Islam…
Kalau nak cari menantu bukankah banyak sabda sabda nabi junjungan kita yang boleh dijadikan panduan?
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”
Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.
Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu ‘Adi)
Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.
Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”
Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”
Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.
Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.
Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”
Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.
Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.
Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya.
Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.
Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”
Nah… bukankah dah jelas… bagaimana cara nak pilih menantu… what you should aspect in someone… which one is impotant and which one is not…
I can go on and on about this… tu belum masuk bab ketika di dalam alam perkahwinan… nasihat ku… dekati lah mereka yang mempunyai ilmu agama… tanya mereka (Ustaz/Ustazah) berkaitan hal hal agama yang kita musykil… bukankah syurga impian setiap insan…. kita perbaiki diri kita… satu persatu… one step at a time… it’s much better that doing nothing at all… maybe in time, insyaAllah we’ll be a better person
Popularity: 20% [?]













btol tuh beb…apa la kaitan kije kerajaan or kije swasta? adakah terjamin sangat kije kerajaan? huhuhuhuhu~~ tak lama lg..silap2 swasta pn dh ada pencen..apa cerita nanti? hehe
ya tu la… aku sangat tak setuju kalau ada orang yang masih berpandangan macam tu..
Kerja Gomen mmg terjamin…. berapa peratus yang pernah dibuang kerja?
swasta? beratus2 peratus.. :p
19 + 15 adik beradik ( termasuk ipar duai kedua belah pihak ) hanya 2 saja yang kerja kerajaan – seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah di KL dan seorang di PPD
terjamin… terjamin kerja… tapi itu bukanlah satu satunya unsur pendapatan… banyak lagi cara boleh tanggung anak isteri…
tak kira lah keje apapun, janji bahagia. tp dr pengalaman saya, kerja kerajaan jugak yg menjamin sglnya. Ya lah, bila tiba part penyakit2 kritikal, kalu keje swasta, tak de pulak tanggung a-z. kalu gomen, tentu-tentu dh tak pening kepala
hmm…watashi pun tatau nak ckp camner
janji kerja halal dah la kan
ya betul tu… kalau tak susah mo pinang hana ni.. hehe
kerja apapun, yang penting bahagia….
ya betul tu!! Sokong !! Sokong!!
susah kal0 dpt mak yg mcm ni…..
tu lah.. sakit kepala weih..
ada org yg sangat keen pasal ni~
nak masa terjamin kata mereka~
hermm… tapi persoalannya kalau kerja swasta tak boleh ker??
hehhhe..
susah mau cakap..
tapi kerja kerajaan adalah tiket mudah untuk meminang sekarang…
terutamanya yang tetap…
sebab bukan jak yang perempuan, lelaki sekarang kebanyakannya cari yang nurse-nurse sebab derang sudah masuk government….
laa.. begitu pulak… hermm
good point bro..
Thanks!
Salam…
Bro! Terus terang la…. aku ni pembaca setia blog ko ni… silent reader la… ini kali pertama ku komen ni… i really love your writings…ntah kenapa aku sangat tertarik mau bagi komen untuk cerita mu kali ni… (Mungkin bab isu ni sangat dekat ngan aku) hee…
Sebenarnya.. mak aku pun mau macam ni gak… mau yang kerja kerajaan… aku pun ndak faham… tapi ndak mau la melawan cakap mak bah kan… hermmm aku ada kenalan ngan satu orang ni (bf ku la) tapi bukan kerja kerajaan plak..tu yang buat aku bingung ni… mau pacah kepala ku rasanya…macam mana ni… hermmm
Padaku, cukup la bah dia kerja kan… gaji pun ok la… boleh la tanggung aku… halal lg… tp keluarga kita plak macam ni… haish.. susahnya ku rasa…
apa pendapatmu bro? anyway… aku pernah nampak ko beli barang di milimewa… tp mau tegur segan plak… heee
ermmm… if you don’t mind… dlm cerita mu tu.. kau bercakap ngan sapa?? “one that i do admirer” hermmm pernah ka cerita pasal dia dalam blog mu ni??… klu ko admirer dia.. tu maksudnya ko ada hati ka ngan dia?? ko pun bujang lagi kan.. ehemm ehem la… heee
apa pun… all the best bro… teruskan menulis ya.. aku akan membaca secara senyap… hee
daa… jgn plak tak balas komen ku ni yaa… hee
Salam…
ermmm mula mula skali , aku nak ucapkan terima kasih la.. bab sudi baca blog ku ni… apa yang ku tulis di sini slalunya pendapat ku… atas apa apa jak yang buat ku terfikir… percakapan dengan kawan ka… berita isu semasa ka… apa apa jak la.. yang penting original datang dari kepala ku ni.. hehehe..
hermm.. tu lah sebabnya aku tak setuju kalau ada mak mak atau siapa siapa yang mensyaratkan menantunya kerja kerajaan baru ble masuk meminang.. tak ngam tu.. mengapa nak susahkan lagi anak tu kan… dalam islam mudah.. jadi jangan la dirumitkan.. bukankah lebih baik dikahwinkan jak pasangan tu daripada nanti buat maksiat plak kan… kalau sampai mengandung anak luar nikah macam mana.. baru nak menyesal?
Lain kali kalau terserempak dengan aku di mana mana.. tegur la.. jgn segan.. aku ok apa..
one that i do admire bab orangnya sangat baik… gigih… banyak ble dicontohi… kira ku hormat la.. tak semestinya aku ada hati ngan dia kan… tapi soal jodoh pertemuan tu di tangan tuhan… kalau ada , aku tak tolak.. kalau takda takpa lah.. cari lain.. hehe…
Terima kasih skali lagi… panjang jawapan ku kan.. maksudnya aku hargai pembacaan mu terhadap blog ku… mau kad raya ka?? hehe.. kirim jak nama dan alamatmu ke e-mail ku ya.. adrysabry@yahoo.com
Ok … take care.. teruskan pembacaan.. kalau mau komen.. dipersilakan..
hmmm….yup..sometimes i also don’t really understand…well, i do working in private sector as a lecturer.. and i am happy with my job… the salary is also quite high but yala mmg tidak ada elaun la…but as long as you happy with what you do, and the working environment… that’s enough..but x tau la kan
ya tu la… that’s my point… what is it with people who work in government?? haiyaa… heran heran..
huhu
btl2
xpatut mak2 ni memilih sngt
nt xpasal2 anak2 dorg xkahwin
huhu
tu lah.. kesian anak kan..
Itu mentaliti org lama2 skg ni tak kisah..
Ala aku keje kerajaan takde orang berkenan pun. huhuhuhuhu
yeker takda orang berkenan… skali tengok jejaka tengah hangat di pasaran.. hehehe
adus… tu yg lelaki sekarang ramai membujang, byk sgt kriteria yg perlu dipenuhi , belum lagi masuk bab hantaran dan mas kahwin… fuh… tambah menyusahkan org yang nak mulakan hidup baru dari byk membantu..hahaha
ops, ini bukan pengalaman aku yeak..
mungkin makbapak cuma nak anak dorang hidup terjamin.. tu yg masuk kriteria nak orang gomen jadik menantu.. adedeh…
tu lah susah org mo kahwin..
salam…bagi moi lah.mak mertua janganlah pandang kerja seseorang itu. Tak kisahlah bakal menantu tu kerja kerajaan atau swasta yang penting dia seorang yang bertanggungjawab dan kerja yang dibuat itu halal…kerja kerajaan nampak macam selesa tapi semuanya main loan…
salam.. tulah.. saya setuju pendapat ahmoi… yang penting halal… bab terjamin.. janji org tu tau tanggungjawab dia ok la tu
jom kita tukar kerajaan :D
apa kena mengena plak ni?? hahaha
keja apa pun asalkan halal…
BTW dulu pernh dpt keja gomen nie tp tolak.
owh… swasta pun ok apa kan kak…
kerja apa2 pun tak kisah asalkan bertanggungjawab… kalau kerja kerajaan tapi asyik mengular je pun tak guna gak.. tak berkat duit gaji kan..
ya sokong sokong kata kak neeza!!
kerja kerajaan bagus
berniaga lagi bagus
ya betul tu… niaga lagi best!
salam. firstly…selamat menjalankan ibadah puasa..secondly…m totally on yur side when talking about MENANTU’s CRITERIA..why do we have to put so many criteria on the menantu?? it’s like selling d daughter/son..for me..everything happens based on reciprocity…what u give is what u get..dear parents, young parents n parents to be, to wish for an established, well provided and well cared life for your daughter/son is important, however to enjoy those things, it has to start at home…
yeap.. thanks for your comment dara… totally agree with you!
salam…
selamat berpuasa…
bagi pendapat saya… mgkin ibu bapa inginkan kehidupan anak mereka ada jaminan bukan terjamin… wlupun sstgh kategori pekerjaan tu lebih kurang sama shj gaji… bukan faktor itu shj, semua pun sedia maklum, kekuatan perkataan ” kerja kerajaan “… event dah dah bersara pun, still dtp duit pencen… mybe, lebih yakin ibu bapa tersebut jika ada “minah joyah” bertanya karier menantu ( adesss )…
tapi, klu keja kerajaan pun jika kurang bijak mengurus kehidupan ( kewangan, perhubungan ) pun pasti akan mengalami kegoyahan…
gemar buat loan, reloan yg sedikit sebyk mengganggu perjalanan rumahtangga….heheheee…
so, swasta atau kerajaan, lebih kurang saja… klu dah jodoh takkan ke mana… so, usaha kena lebih skit… mybe taktik ambil hati dan sosial kpd bakal menantu bleh membantu? tak semua ibubapa yg berfikiran terlalu sempit…
yeap… ku akui.. bukan semua ibu bapa berfikiran sempit.. sebagai contoh ada di kalangan kawanku yang ibu bapanya betul betul tak kisah sangat apa kerja bakal menantu mereka … yang penting syarat syarat penting da dipenuhi… ada kerja tu dikira bonus bagi mereka…
ini yang kita mau… jangan di susahkan benda yang senang…
Kita tak mau sampai anak anak tu susah nak kahwin… atau dah terlanjur baru nak diterima sebagai menantu… kan tak baik tu..
salam bro..
masing2 punya pendapat sendiri..combi pun nak jugak menantu yg berpendapatan tetap aka org gomen.biar gaji kecik tapi sekurang masa depan tu dah terjamin.
mayb dah TERbiasa hidup dgn gomen sbb ayah,adik beradik semua kerja gomen.bukan kerja swasta tak baik tapi ekonomi skrg semua tak terduga.adik2 ipar sebelah suami semua kerja swasta tapi combi tengok masing2 dlm kerisauan dlm ekonomi yg masih tidak menentu mcm skrg.
dulu tahun 80an mmg org semua letak jawatan utk pilih kerja swasta.kunun kerja swasta gaji tinggi serta bonus ujung tahun berganda.tapi langit tak selalu cerah ramai yg kena buang kerja sbb ekonomi merundum.ada yg jual rumah,jual keta dan sebagainye sbb tak ada duit utk bayo hutang.
rezeki ALLAH yg tentukan sape yg rajin usaha insyaALLAH tapi combi lebih prefer kerja dgn gomen.sejak kecik kepala dah set mcm gitu susah nak tukar nih :p
hehe… ya… memang ramai orang melayu yang dah di setkan otak, kerja goverment bagus… terjamin… senang… tak seperti kaum cina yang lebih pentingkan perniagaan… mungkin ini lah antara faktor melayu kurang berjaya dalam perniagaan secara umumnya.. tak semua la kan.. ramai gak yang da berjaya … tapi banding ngan kaum cina… jauh lebih ramai….
bagi saya… kerja kerajaan tapi tak pandai nak simpan duit… boros… loan sana sini pasti bawa implikasi terus dalam rumahtangga tersebut…
jadi bagi saya…. apa yang penting kriteria penting perlu ada dalam suami atau isteri sebagai mana hadis hadis nabi dijadikan panduan… insyaAllah hidup akan terjamin… Allah sebagai penjamin kita bab ikut suruhan Rasulullah s.a.w
Yang penting jangan disukarkan perkara yang mudah… untuk kahwin dalam Islam tak sukar sebenarnya tapi adat resam dan pemikiran yang tak berteraskan agama yang menyukarkannya… hermmm wallahualam
hehehe..mentaliti orang tua, carik menantu yg khoje gomen, terjamin masa depan, ada pencen..then khoje pun rilek sikit, tak payah susah2…senang dapat cuti kecemasan.
Sudah sampai masanya mentaliti tu patut diubah, sudahnya tengoklah apa yg jadi dalam struktur sosial masyarakat negara ini, banyak melayu di bidang kerajaan, manakala kaum2 lain di bidang perniagaan dan swasta….khoje gomen gajinya tak seberapa, macamana nak kuasai ekonomi. kaum lain pantas kuasai ekonomi dan perniagaan….
iya betul tu… memang patut diubah!
salam..
bg aku perlu..
sekian
haha
salam… alahai… nampaknya kawan aku pun ada yang fikir camtu…
aku gurau ja..
xpatut letak ciri2 mcm tu
kdg2 yg kita elak tu kita dapat..
wallahualam
tak sangka isu ini masih dapat sambutan..kena belanja minum ni org yg beri “ilham” tercetusnya entry ni..
kan dah blanja ahad lepas…. lupa ker??