Beberapa hari ni… berturut turut orang meninggal dunia di area ku ni… agak mengejutkan jugak … sebab semuanya berlaku selang 1 atau 2 hari jak…. (Jangan jadi cam Zombie Kg Pisang da laa… ) hehehe…

Takziah ku ucapkan kepada keluarga Hj Yudin dan Fiza sekeluarga dengan pemergian Hjh Norsiah dan Hj Tassa… diharap semua dapat bersabar dan tabah hendaknya…

Ada beberapa orang lagi yang juga telah kembali ke Rahmatullah cuma aku rasa tak perlu highlight di sini… yang ni special skit bab dua dua kenalan baik arwah mak dan abah aku….

Apa hal pun… pemergian orang kita kenali atau sayangi itu satu peringatan buat kita yang masih hidup ini bahawa sesungguhnya kematian itu dekat dengan kita…. adakah kita bersedia untuk mati?? itu sepatutnya menjadi persoalan utama buat diri kita…. sebab saat waktu giliran kita tiada siapa yang tahu melainkanNya yang esa…. ingat… sesungguhnya orang yang paling bijak di dunia ini adalah orang yang sentiasa ingat tentang mati… wallahualam.

Anyway… a few pics from Hj Tassa Funeral….

Popularity: 6% [?]