Sebenarnya entri ni dah lama siap… about 2 days after the oil price hike… tapi simpan kat draft jadi pekasam… hehe… anyway… sehari selepas harga minyak naik … ini antara kesan terawal harga barang2 yang ikut naik serta merta…
Semua ni berdasarkan tinjauan aku sendiri di beberapa keda runcit sekitar Tawau…

MAGGIE


Not my favorite… tak baik untuk kesihatan… tetapi antara makanan paling popular… especially buat student yang tight budget…

Menunjukkan kenaikkan yang paling mengejutkan dulu sebungkus macam gambar di atas ni dijual RM0.50 jak kan sekarang dijual sampai RM1 sebungkus!! Mak aih.. mahal gila…

Dah buat aduan.. tengokla nanti ada perubahan atau tak..
BERAS

Peningkatan harga yang tinggi gak.. Beras yang saya selalu beli.. kalau tak silap keluaran sazarice bungkusan warna merah yang jenis cap anggur tu biasanya dijual dalam RM28 naik kepada RM35.. peningkatan sebanyak RM7 untuk setiap 10KG

Dan beras wangi pun dah naik sehingga mencecah RM45-RM50.

KELAPA MUDA


My favorite drink… baik untuk badan… especially kalau panas dalam…
Normally kat sini sebiji kelapa dijual dalam harga RM1 sebiji… tapi selepas kenaikan harga minyak yang melambung… sekarang dijual RM1.50

KEROPOK



Kepada yang suka makan keropok ringan tu especially budak-budak kecik tu… tiada lagi keropok yang dijual RM0.10 sebungkus … semua jenis dah naik RM0.20 sebungkus..

Yang peminat keropok Tasen dan sewaktu dengannya yang biasa dijual dalam RM0.20 sebungkus naik kepada RM0.40 sebungkus…

Ini tak termasuk keropok jenama terkenal seperti double decker…Twisties…dan etc ….



P/S: ini kenaikan paling awal yang dapat dikesan… pasni mesti macam macam lagi naik… semua ni dari mata kepala aku sendiri.. walaupun ada kawalan yang dikenakan tapi belum tahu mencukupi untuk mengawal peniaga dari menaikkan harga sesuka hati mereka..

:Tak dapat bayangkan kalau takrif letrik dan air pun naik sekali.. huhu.. makin tersepit rasanya… minyak ni pun dah seksa…

Popularity: 3% [?]