Alhamdulillah… ada jugak masa dan mood ku nak update hari ni…

banyak sangat yang nak dikongsi tapi agaknya tak cukup takat satu entri ni… anyway… here goes…

dalam minggu ni aku rasa aku lebih banyak luangkan masa untuk 3 perkara… first, Jumpa bakal client untuk bincang pasal nak ambik gambar kahwinnya… second, ambik gambar org kahwin… hantaran… tunang… etc etc… dan ketiga , FaceBook… especially @ mytawau

Kali ni aku nak ceritakan pengalamanku ketika mula mula menceburi bidang fotografi ni…

check out : www.tawauphotography.com for more pictures…

Ya… aku sudah mula serius terima tempahan untuk mengambil gambar perkahwinan… pelbagai ilmu dan teknik yang sudah aku pelajari… dah tentu aku perlukan cabaran / “job” untuk ku aplikasikan apa yang ku pelajari… prinsip ku mudah… i’m not a pro… jd tak la aku nak bagi harga memahal kan… aku yakin dengan kemahiranku… tetapi sedikit sebanyak aku tahu aku perlu lebih banyak pengalaman… murah tetapi tidak bermakna aku takda untung… ada… tetapi tidaklah banyak… yang penting berbaloi la… dan alhamdulillah rata rata mereka yang telah gunakan perkhidmatan ku berpuas hati… fuhh…

Gambar gambar yang ku ambik 2 minggu lepas…

aku mula mempelajari onak dan duri yang kena dilalui sebagai wedding photographer…. bukan mudah ooo… especially when we deal with “people”… banyak ragam… tetapi minat punya hal takpa… it started as a hobby… and when people say it’s a hobby, do you really think that he/she aspect payment or income??? no! But when passion start to build up… nafsu untuk cuba dan cuba lagi jadi lebih baik tu yang membuatkan seseorang itu mula hendak melengkapkan diri dengan gear yang terbaik… and trust me… in this field… nothing comes cheap…  jadi… nak tak nak… kena jugak ambik untung sedikit demi sedikit to satisfy this need…


Sample… sample… sample…

Setiap kali kita berjumpa dengan orang… mesti dorang akan minta sample… hahahaha… ini baru bulan kelima aku bergiat aktif dalam bidang ni… sekarang insyaAllah… takat contoh ni rasanya tak sukar bab kami sudah banyak gambar2 bekas klien kami…( oh ya… for the record… i’m not alone… i have a partner… Romzi… ) cuma aku selalu teringat pada mula mula kami berdua mula menceburi bidang ni… first problem…. macam mana nak provide sample… baru nak mula kan… and guess what… siapa yang jadi mangsa?… Anak bini dan kengkawan member ku ni yang jadi mangsa… muka muka dorang ni la yang menghiasi ruangan gallery dalam laman web kami… dan album yang kami bagi lihat dengan bakal bakal client kami… hahaha… demi untuk mendapatkan kepercayaan orang , kami nak tak nak kena juga tunjukkan kemampuan kami kan… kalau tak, takdanya orang nak ambik sebagai photographer…


Inilah antara sample gambar yang kami bagi dengan bakal klien dulu…

Romzi’s son..

Inilah romzi.. and his family…

Untuk membina kepercayaan orang bukan mudah… keep in mind… when we want to take pictures… people aspect the best there is… that’s why… most of our client before comes from our friends… siblings… pakcik.. makcik… sepupu … sepapat… sebab atas dasar keluarga dan kengkawan, mereka ni la yang akan mula mula memberi kepercayaan kepada diri kita walau kita belum punya apa apa untuk dibuktikan…

Gambar ni aku ambik ahad lepas… she’s my friend… ex classmate…

Friends..

kena banyakkan bersabar… itu yang selalu ku pesan kepada partner ku … Romzi… kita usaha jak…. yang mana kita mampu… rezeki Allah akan bagi…

Candid!!

Aku yakin dengan Allah… i’m very religious…. yet i love try new things… new experience… that’s why kombinasi sebagai seorang bilal masjid…  ahli pergerakan persatuan Islam… blogger… penyanyi nasyid… mudir dan fotografer selalu disalah ertikan dan kengkadang membinggungkan sesiapa yang melihat… haiish… susah ku nak terangkan kepada semua…selagi aku rasa aku boleh buat satu benda tu , aku teruskan juga… bagiku semua tu tak salah… yang penting kita tak langgar ajaran agama… setiap satu bidang yang ku ceburi tu perlukan aku menuntut ilmu… ilmu tak semestinya kita dapati melalui buku atau kuliah kuliah yang kita hadiri… ilmu juga boleh kita dapati melalui pengalaman… jd jangan hairanla kalau aku agak hyperactive sikit… yerla… masih bujang … tak salah kan… nanti dah kahwin sok… kita concentrate dengan keluarga plak…

by the way… aku dah tambah ahli Tawau Photography… kini kami berempat…

perkenalkan…

Bui

Len

All four of us… yang hujung kiri dan kanan baju putih tu tangkap video…

Popularity: 16% [?]