Sebenarnya dari mula aku dengar berita pasal cerita cerita hangat, panas, sensasi Ustaz Akhil ni di ruangan gosip selebriti Malaysia … masa tu taklah sensasi sangat… lebih kepada khabar angin… aku agak sedih namun ku harap ianya tak berpanjangan… tapi nampaknya ia berlanjutan juga dari satu ke satu berita yang kurang enak… dan lebih teruk bila ianya di sensasikan oleh media negara kita… sampai muncul temubual eksklusif di TV…

aku tak bercadang nak backup sapa sapa… this is just my personal opinion… entah napa… masa aku lompat dari satu blog ke satu blog tadi ramai yang cerita mengenai isu ni… tu yang tetiba rasa terpanggil nak meluahkan pendapatku pasal ni… aku sebenarnya kurang berminat cerita pasal artis artis ni .. apatah lagi pasal rumahtangga orang… hermmm anyway here goes…

Ustaz Akhil Hayy Rawa… aku rasa tak perlu ku cerita kan sejarah beliau dari seorang ahli kumpulan rock sehinggalah bergelar seorang ustaz… rasanya ramai dah tahu… sebelum ini dia tak berapa terkenal dalam dunia hiburan melainkan di pentas pentas ceramah agama mahupun politik…. suaranya cukup memukau bila menyanyi live… aku sendiri pernah berjumpa dengan dia face to face … di semenanjung dan ketika dia menghadiri program jemputan di Tawau suatu ketika dulu….


Gambar Ustaz Akhil suatu ketika dahulu …

Masa mula mula gosip mengenai Ustaz Akhil ngan Waheeda ni seperti yang ku katakan aku anggap sekadar khabar angin sahaja … dan ku tak pernah bayangkan sampai boleh menggoncang hubungan beliau dan isterinya… aku pun pada mulanya agak meluat dengan berita berita yang tak habis habis muncul di media apatah lagi bila kluar berita mereka menonton wayang bersama sama tapi duduk asing asing…. kemudian muncul gambar gambar mereka di tepi pantai ni…. ya walaupun bukan berdua malah berempat… tapi mata yang memandang pedih gak apatah lagi melibatkannya seorang bertitle ustaz

Tapi bila difikirkan balik… no one is perfect…. aku pun cool balik…. tapi bila ku lihat mana mana media tak kira akhbar… tv… mahupun blog sekalipun…. ramai yang mengambil sikap menghukum mereka melalui tulisan tulisan yang ada… pada pandanganku la kan… sebaiknya kita semua janganlah terus menghukum … menghina seseorang… selagi kita tak tahu cerita sebenar… boleh jadi ianya fitnah…. atau ada cerita lain di sebaliknya…. kita tak tahu hakikat sebenarnya… biarlah mereka , itu urusan mereka dengan tuhan….

Kalau aku boleh nasihat antara mereka bertiga… aku rasa aku nak mulakan dengan Isteri Ustaz Akhil… Puan Maizawati ni… kenapa?? pada pandanganku la… masalah masalah kamu dengan suami kamu… masalah rumahtangga janganlah nak cerita ngan semua orang… apatah lagi dengan media… astagfirullah… cuba lah selesaikan dengan berbincang sendiri dengan suamimu… takkan lah takda medium langsung untuk berjumpa… berhubung dengan suami kamu… ya mungkin benar 3 bulan suami kamu tak balik rumah… tapi kamu tak sepatutnya menghebahkannya di media apatah lagi dengan sengaja

Tadi ku sempat baca beberapa blog yang memaki hamun…. meluahkan perasaan marah mereka dan menghantam Ustaz Akhil dan Waheeda.. dan menyalahkan 100 peratus pada mereka… hendak saja ku tanya, yang duk marah marah sangat ni apsal?? ko ni bini dia ka?? Ada yang siap menghambur kata kata hinaan kononnya ustaz ni menggatal la… waheeda pun satu la.. nak rampas suami orang la.. etc etc … bla bla bla…

adeh… ku katakan sekali lagi… kita tak tau hakikat sebenar… jangan nak hukum orang!!! Kalau betul dia suka… bukankah dia dah minta izin nak berkahwin satu lagi dengan isteri dia… as “she” claim la kan… soal setuju atau tak tu dia punya pasal… bukankah dalam agama tak salah kalau nak kahwin lebih daripada satu jikalau dia yakin dia boleh bersikap adil… memang perit.. aku tau… tapi JANGAN sampai nak salahkan agama seolah olah Islam tidak adil… yang ni bahaya….

Soal sapa salah sapa betul, kita jangan nak dok menyibuk… ambik dasar pandang dengar dan DIAM… itu hal rumahtangga orang.. akhir kata… ku doakan semoga segala kekecohan …. kontroversi dapat berakhir dengan baik… ingatlah…. sesungguhnya penceraian merupakan satu perkara halal yang dibenci oleh Allah… apa apa pun kita kembali kepada agama… pasti selamat.