Usai suda puasaku yang pertama di bulan mulia ni… td semasa aku, akak aku , dan abg angkatku (irfan) berbuka puasa, tiba tiba jak akak aku cakap.. “Herrmmm inilah hari pertama kita berbuka puasa tanpa mama dan bapa kan”… Pergh… runtuh jiwa ni kalau terkenangkannya… tapi diri ni gagahkan juga sebagai anak lelaki ketua dalam keluarga ni sekarang….

Irfan pun berkata, yang dia pun ada fikirkannya td… lain sungguh rasanya dia kata…

Mana tak lainnya… sekarang hanya kami bertiga yang duduk rumah ni… tanpa kehadiran kedua ibu-bapa yang kami hormati…. tahun lepas, semasa mak masih ada, dia pernah berkata pada hari pertama ramadan tu yang itu adalah hari pertama kami berbuka tanpa arwah bapa… tak sangka tahun ni ku dengar ucapan kali kedua yang lebih kurang sama…

Ya Allah… tabahkan lah hati kami… berikanla kekuatan pada diri ini untuk terus menongkah arus hidup dalam dunia milikMu ini… kami insan yang lemah ya Allah… HambaMu yang sentiasa memohon dan mencari keredhaanMu..

Seperti bulan bulan ramadhan yang lalu… aku akan sibuk di masjid masjid yang memerlukan khidmat ku… khidmat muazzin atau bilal untuk menyempurnakan solat terawikh…. mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, walaupun ada yang mengatakan bid’aah tapi masih tergolong dalam bid’aah hasanah insyaAllah… tanggungjawab yang ku pikul sejak aku berada di Tingkatan 4 lagi… rinduku kepada suara arwah ayah ketika mengimamkan solat sering ku kenang setiap kali aku bertugas… teringat kenangan lalu di masa aku sering bersama arwah abah bersama sama menunaikan tanggungjawab masing masing, ayah sebagai imam , aku sebagai muazzinnya…

Memori tinggal sebagai memori… ku tidak mungkin akan merasa lagi bagaimana rasanya bersama mereka lagi… Hanya kenangan yang mencakupi seluruh ingatan ku kepadanya tatkala doa ku kirimkan bersama semoga arwah mak dan ayah bahagia dan selamat di sana …

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Aminn

Secebis luahan hati tatkala menyambut ketibaan bulan mulia yang membawa seribu erti… Bersama-sama kita gandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

Popularity: 7% [?]