Aku merupakan blogger Tawau paling lambat update berkenaan apa yang berlaku semalam…..mungkin sebab tiada masa yang cukup nak update… tapi apa yang aku akan cerita ni berlainan berbanding mereka yang lain..

Semalam kami (Tawau Bloggers) dijemput untuk menghadiri konsert Stacy and Frenz di Dewan Masyarakat Tawau.. Excited.. Happy.. dan SEDIH…ya ya.. sedih… why?? aku akan cerita…. step by step at a time…

Mula-mula kami berkumpul di bangunan mara sebelum bergerak bersama-sama ke dewan… got free entrance tu…. hehhee… masuk jak aku ke dalam dewan tu.. hati aku terus berdegup kencang… why? semua kerana aku nampak banner ni…

Simple jerr tapi bawa banyak makna ngan aku… adehh napa la aku ble emo nampak benda ni… bukannya ada apa pun kan…

Tak, sebenarnya aku teringat masa AF6 dulu tu… kena lagi muka Stacy terpampang paling besar kat situ… korang semua mesti tertanya tanya, so what with AF6 kan… bukannya takda AF lain… hatiku terus sedih bab aku terkenangkan arwah mak aku (she died on 8 Jun 2008)…i remember all those day we watch AF concert night by night and day by day together… aku dah sampai tahap jemu meneman mak aku ketika tu bab asalkan ada ulangan konsert dia mesti nak tengok…  (setiap satu konsert tu ntah brapa kali aku tengok bab mak aku tak suka tengok tv sorang sorang)

My mum minat sangat ngan Stacy… i remember the day she saw Stacy for the first time.. she said… “bagus dia ni… nampak keikhlasannya masa dia nyanyi…” maksud “ikhlas” ni bermaksud Stacy nyanyi dengan sepenuh hati… from that day on, my mum suruh beli semua majalah AF musim keenam ni…

Tak miss satu issue pun … sebab dia minat ngan Stacy… dia nak tahu semua perkembangannya… setiap minggu aku akan pergi dapatkannya… mak mak… tak pernah dia minat seorang penyanyi tu sampai begitu sekali… marah sungguh dia kalau pengkritik cakap yang tak baik pasal Stacy ni..

Ketika kami naik dan duduk di tempat yang ada… aku sengaja ambik kedudukan yang lebih tinggi dari dorang yang lain… sebab aku takut air mataku mengalir masa tu… pergh… time tu hatiku ni tuhan jak yang tahu… bukanlah aku ni cengeng sangat… tapi ingatan ku terhadap mamaku memang kuat pada masa tu… she’s my mum and i miss her dearly… inilah pertama kali aku kena macam ni… bayangkanlah.. itu konsert… semua orang ngah nak happy.. dalam reramai tu aku ble sedih plak.. aduuss

Aku ngah duduk kat belakang…

Mereka-mereka yang lain perasan gak aku duduk tak sama-sama ngan dorang.. sis maya pun siap suruh duduk sebaris ngan mereka… aku nak MINTA MAAF bebanyak.. bukan aku nak berlagak sombong.. but i still have my pride…kang tak pepasal kuar air mataku , confirm malu kan… so now that you all know.. I’m sorry for that k… i’m really sorry, straight from my heart….

Mula jak konsert, artis yang mula mula sekali keluar adalah candy dan diikuti oleh stanly… dua dua membawakan lagu dengan baik skali… paling best bila stanly ngan candy berduet menyanyi lagu my heart…

Bila aku dah dapat kawal perasaanku… aku terus turun berdiri di bawah bersama-sama ngan wis untuk lihat show ni dengan lebih jelas sampai habis… after that kami mula la ambik gambar gambar ni semua…

Then aku dapatkan VCD dan Poster … orang tu bagi dua jak poster itupun pas aku pujuk… so aku bagilah kat awek berdua ni.. hehehe… aku memang nak VCD ni jak.. bab poster poster ni aku takble tampal kat umah.. aku pun tak suka…

Bila abis konsert akhir AF6 dulu, my mum selalu suruh carikan VCD kompilasi video video persembahan Stacy dalam AF… tapi mana ada kuar time tu kan… aku cuma dapat janji yang aku akan belikan kalau dah ada… even 1 day before my mom jatuh sakit hingga tak sedarkan diri pun dia ada mention about this..

Maaf bab lambat ma.. i finally got your VCD…

Signed by Stacy…

Bila orang dah nak abis da.. kitaorang pun semua naik ke atas jumpa mereka berempat (Stacy,Stanly,Candy ngan Yazer) … tapi aku sempat tegur dan salam Stacy kejap jak bab ramai nak jumpa dia.. aku lebih banyak sembang ngan Stanly dan Candy…

Bila semua da selesai, kami terus pergi TOM YAM UTAMA untuk makan… oleh kerana semua dah penat dan lapar.. tiada satu pun yang tangkap gambar time ni… hehehe… aku sms Stanly tapi aku dah lupa apa ku taip (Dah terdelete dari hp) tapi dia reply “Sure bro.Thanks! If I ever come 2 Tawau i look 4 u k?” pastu aku reply balik(terdelete gak).. then ini balasnya “Boleh saja, nda ada masalah… aku bawa ko jelajah satu kuching.. hehe…  skrg makan blakang sabindo.. nyum nyum… hehe”… So Stanly.. i know you’ll read this.. don’t forget your promise k… hahaha… :-P

Balik rumah , aku pasang VCD Stacy tu… aku nak buat entri kat sini tapi tak dapat bab aku sedih lagi kenangkan mak aku sambil dengar lagu lagu nyanyian Stacy…sampai aku tertidur… Ma… i’ll never stop pray for you… semoga doa yang ku kirimkan ni dapat mengembirakan Mama dan Abah di sana… amiinnn

 

Popularity: 4% [?]