Baru baru ni aku dapat tau tiga orang sahabat aku ni terlibat dalam kemalangan….

ingat tak entri aku pasal bola, blogger bernama TukangSeru tu… dia dan sorang lagi kawanku nama Ramli terlibat dalam kemalangan motor-keta kat sintok Kedah… dorang dua ni student UUM….

Sorang lagi sahabatku “kasman”, student UMS (Universiti Malaysia Sabah) juga terlibat dalam kemalangan yang hampir sama motor-keta…. cuma dia ni agak teruk sikit… dengar dengar mulut dia koyak… dan beberapa jarinya patah…. huhu… dengar pun seram….

Alhamdulillah mereka semua selamat dan sedang menjalani rawatan…. ku doakan moga Kalian bertiga cepat sembuh ek… kalau sesapa kengkawan yang ada gambar terkini keadaan dorang kirim la bagi aku k… mms ka… e-mail ka… mana mana la… hehe..

Anyway… dah terlanjur cerita bab kemalangan ni… aku nak bagi peringatan la buat korang semua… tolong la berhati hati skit k…. especially bila nunggang motor ni…. aku bukan apa …. bila kita bawa motor ni… risiko kecederaan parah lebih besar banding keta…

bila bawa motor ni…. kena langgar ker…. melanggar ker… tak kira keta lain ker… motor lain ker… even langgar anjing pun sama gak natijahnya… penunggang motor slalunya cedera teruk punyer…. jd beringatla skit ek…. bukan lah aku nak melawan takdir kan… cuma aku rasa kalau kita extra careful mesti ada kemalangan yang dapat dielakkan…

Jd gunalah topi keledar dengan betul…. elakkan mencelah melainkan pasti clear semua, cilok sana cilok sini… bahaya tu…. Hati-hati k….

P/S : Berhati-hati lah di jalan raya… Ingatlah orang yang tersayang…

Popularity: 7% [?]