Aku dapat e-mail dari seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Alex  @ bigbu***a79@yahoo.com :

Hi! I’ve read the news.. I just want your opinion over Relocation Hindu’s Temple and the “cow head” march there in Shah Alam , Selangor.
I got tired searching for explanation about that issue over the net. Lot of news indeed, but most of them have political crap in it. So i just want to hear your opinion about it. It seems to me, you always have the “easy to understand” explanation over many issue. I love the part where you wrote about Gay/Lesbian in your blog.

Thanks! ( 1 September 2009)

Thank you very much for your mail. First and foremost, pada mulanya aku tak berapa berkenan sangat nak sentuh pasal isu ni bab mungkin pada sesetengah orang ini isu politik atau isu yang menyentuh sensitiviti kaum/agama. Bila ku fikir balik, ini bukanlah isu politik walaupun banyak pihak especially parti parti politik dalam negara kita yang mensensasikan isu ini. Masing masing saling tunding menunding, tak mengaku siapa yang salah.

Bila ku perhatikan betul betul isu ni sebenarnya mudah sangat! Dan kalau dilihat mengikut kacamata agama, takda isu pun sebenarnya!! Apa yang ku katakan di bawah ni sedikit sebanyak kuambil hasil perbincangan dalam usrah minggu lepas ,perbualan ringkas bersama naqib ketika itu.

Kenapa aku kata macam tu?? haa… tunggu… sebelum tu… Sesiapa yang ikut berita semasa mengenai isu ni first you have to clear your mind. Forget about all the political statement about who’s fault and who is behind the cow head march on the 28 August.

Kalau difikirkan kembali, isunya adalah kerana penduduk yang tinggal di seksyen 19 tidak bersetuju dengan terbinanya kuil hindu yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka, kedua penduduk seksyen 23 pula tidak bersetuju kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka, mereka tuntut kerajaan negeri pindahkan kuil tersebut ke seksyen 22.

hermmm aku yang menaip pun agak pening da.. hahaha… tapi persoalannya kalau di padatkan atau diringkas kan lagi, penduduk majoriti melayu / Islam di kawasan tersebut tak setuju kuil dibina berdekatan mereka.

Soalnya sekarang… salahkah kuil dibina berdekatan dengan rumah kita??? Ya aku tau, kita orang Islam, Kuil tu pulak untuk orang Hindu. Tapi yang bantah keras sangat tu kenapa? Adakah dengan terbinanya kuil berdekatan rumah kita boleh menjejaskan iman kita?? Mana pergi toleransi beragama yang kita dah dok canang satu negara ni??

Mana pergi semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita? Bukankah kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta ini.

Kita semua harus faham, Islam menghormati hak mereka beragama dan memiliki rumah ibadah, Pembinaan kuil atau mana – mana rumah ibadah yang diperlukan penganut agama masing – masing di dalam negara umat Islam tidak lah salah menurut pandangan Islam, asal sahaja ia tidak menganggu hak orang ramai atau ketenteraman awam dan tidak pula keterlaluan iaitu melebihi keperluan dan kapisiti penganut agama tersebut.

Aku lihat antara alasan sebab mereka membantah adalah akibat bunyi bising dari kuil tersebut. Tak kira apabila berlangsungnya acara keagamaan hindu atau perkahwinan mereka. Pada pendapatku ini adalah alasan yang paling hampeh pernah ku dengar. Sebelum kamu nak sokong alasan ni , cuba fikir bagaimana pula kalau masjid di bina di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Bukankah nanti orang yang bukan Islam boleh sebut yang sama. Kalau kamu protes bunyi loceng ketika acara agama mereka sebagai bunyi bising. Bagaimana ketika azan berkumandang? Adakah mereka (yang bukan Islam) akan menjadikannya sebagai alasan mengganggu ketenteraman mereka?

Jawapannya mudah! TOLERANSITOLERANSI DALAM BERAGAMA…. yang perlu diberi kefahaman ini bukan mereka yang bukan Islam tetapi mereka yang Islam. Ingat Rasulullah tak pernah mengajar kita berbuat zalim terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita.Islam tidak bermusuh dengan sesiapa semata – mata kerana agamanya berbeza dengan Islam . Islam hanya akan bangkit menentang apabila Islam dihina dan diperlekeh sebagaimana Islam sangat menghormati siapa jua yang menghormati dan memelihara kesucian Islam.

Ayat ini sangat sesuai untuk kita renungkan bersama.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).

I’m writing as a Malay and as a Muslim to appeal for calm and tolerance to my brethren citizens of the non-Muslim faith and to explain to them the real teachings of Islam.

Remember this! Ku ambil sedikit cerita dari apa yang pernah berlaku pada nabi dahulu sebagai contoh. When the Prophet was tortured by the Taif people and Gabriel (Malaikat Jibrail) came with a host from heaven ready to destroy the township at the bidding of the Prophet, he cried ; “No! I was brought as a mercy to mankind! It could be my weakness that the Taif people do not understand Islam! Let them be for if they would not come to the fold perhaps their offspring would. Let them be!” See…Such tolerance and humility! Where was that in Shah Alam?

The so claimed Malay ‘Residents of Section 23′ were acting in contradiction to the teachings of our forefathers in Malaysia and their behaviour was bereft of any values of Islam. They were rude. They were threatening. They were not ready to listen.
They were not willing to compromise or to discuss. They did not give due respect to a leader who came to explain and discuss. They wanted what they wanted and all else be damned. Where do we go from here, I wonder?

Wallahualam.

Popularity: 24% [?]