Aku bukan nak cerita tentang apa yang perlu kita buat dalam bulan ramadhan ini, i know most of you already know.. this time , it’s all about Solat Tarawikh and imam… Ini adalah pendapat aku dan aku bertanggungjawab penuh atas apa yang hendak ku katakan ni.. kalau kalian semua ada pendapat masing masing, tak kira la setuju atau tidak dengan aku please feel free to comment ok… i’m an open book…
Skarang suda tiba bulan suci lagi mulia yakni bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat… dalam bulan ni kita berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh… di sini aku nak cerita tentang sikap atau perilaku segelintir imam especially bila mengetuai solat fardhu dan solat terawikh… aku rasa benda ni berlaku di seluruh malaysia cuma antara kita sedar atau tidak saja…
Di sesetengah masjid di sesetengah tempat,ada imam yang mengetuai solat membaca surah surah dengan amat laju sampaikan solat terawikh 8 rakaat boleh diselesaikan dalam masa 10 minit saja… yang paling dasyat ada masjid yang melakukan solat terawikh dan witir sehingga 23 rakaat boleh dihabiskan dalam masa 30 minit!!! MasyaAllah… INILAH jenis jenis imam yang aku gelar IMAM F1 atau IMAM SANGGAR PANAS…
Aku gelar Imam F1 sempena nama kejohanan lumba kereta F1 yang laju bagai pelesit tu manakala Imam Sanggar Panas sebenarnya bermaksud Iman Pisang Goreng Panas (Pisang Goreng di Tawau dipanggil Sanggar) sebab apabila kita bersolat dengan laju , kalau dilihat tak ubah seperti cacing kepanasan… apa yang kita dapat melainkan peluh saja… tiada kenikmatannya umpama bila makan pisang goreng yang amat panas, langsung tiada sedapnya… yang ada panasnya saja….mana pergi ketenangan dalam solat… mana pergi tomakninahnya… Kita dalam bersolat kena la bertenang tenang… apa maksud Terawikh tu?? kan Terawikh tu maksudnya rehat… jadi solat terawikh tu umpama rehat yang kita perlukan selepas penat berpuasa di siang hari… jadi tak salah kalau kamu buat solat terawikh putus putus sebagai contoh, kita berjemaah solat terawikh di masjid dan suda 4 rakaat… jikalau anda penat boleh berhenti sebentar dan sambung bila rasa dah cukup rehat… pergila minum minum dulu ka sementara imam meneruskan rakaat seterusnya… bila dah rasa ok dan nak sambung baru ikut balik jemaah yang ada…
Kalau penat sekalipun , boleh sambung di rumah… solat sunat terawikh tak terbatas dengan 8 atau 20 rakaat saja… lebih banyak pun boleh… jadi bertenang la dalam bersolat, tak kira la solat sunat terawikh atau solat fardhu , semua kena bertenang… jadi jikalau anda ni seorang imam atau ada imam di tempat anda yang solat dengan laju.. tegur… tapi tegur dengan beradab… berani kerana benar…
Mengikut pengalamanku di masjid… pernah ku jumpa seorang imam yang membaca surah al fatihah surah lazim berikutnya dengan satu nafas… bayangkan… SATU NAFAS... laju gila… habis jer solat, kebetulan di sebelahku ada Ustaz dan beliau langsung menegur imam yang bertugas pada malam tu… ingat dalam solat tiada contoh yang paling baik selain cara Nabi Muhammad S.A.W, sabda Rasulullah :
“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”.
H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Jangan mencuri dalam solat! sujud dan rukuk kena la sempurna… jikalau kita tau hakikat sebenar suatu ibadah tu insyaAllah di situlah kita akan dapat kemanisan amal yang kita buat tu …
Sebagai bonus untuk manfaat kita semua bersama.. di sini aku sertakan BUKU CONTOH SUNAT RASULULLAH oleh Rasul bin Dahri. Download dan sebarkanlah.
Wallahualam.
Popularity: 7% [?]











dulu masa sekolah mmg suka imam yg laju kejap je dah abis heheh
hehehe… ni la.. ramai suka laju je.. hehhee
wah2, bro adry byk wat baik bulan2 ramadhan ni, bgus2 keep it up
tp mmg kagum gak dgr pasal 23 rakaat 30 minit tu, hehe
insyaAllah… laju gila tu.. hehehe
Alaahai. await laju na bro solat gitu? tak smpt org nak ikut..hehe..
tu la… penat nak ikut
waaa….. lajunyer… satu lagi nk tambah..knp ek? awal2 bulan ramadhan ramai yg kunjungi masjid.. tp bila dh nak dkt raye.. mangkin kosong plak..
laju kan… huhu… ya ya… ni lagi satu pelik tapi benar…
dekat raya sibuk belanja
mak aii.. laju sungguh tu..
hilang kenikmatan dan kecantikan terawikh tu kan?
yeap.. dapat penat jerr…
tu mmg aku perasan dr dulu. ntah apa dikejarnya. tak tahulah
kalau rasa nk kejar masa, jgn la dibuat 20 rakaat. buat 8 sudah memadai. tp biarlah cukuptoma’ninahnye. jangan lahu cm pelesit.
kalau laju2 pun, tak rasa nikmat terawihnya kn…
ps: aku suka terawih di tmpt aku kerana imamnya adalah seorang tahfiz dr mekah. oh… taranumnya sgt sdp. baca satu juzuk semalam pun aku tak rasa penatnya…
tula… betul tu.. kalau nak cepat sangat buat 8 je la kan.. huhu..
waa bestnya dapat hafis dari mekah… huhu
best beb… suaranya sgt lunak. kadang-kadang aku menangis bila mendengar beberapa baris ayat quran yang aku faham sedikit sebanyak maksudnya…
huhu… aku pun pernah jumpa imam macam ni… salah satunya kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kat Shah Alam.. bestnya…
imam nak balik cepat kot. ahaks
kalau nak cepat sangat, baik takyah jadi imam…
ku mase kat sekolah asrama dulu dorang panggil imam bas express ehehe. tp F1 lagi laju LOL.
hahaha imam bas ekspress!! ya F1 lagi laju kan…
btol tue. akoo mesti tertinggal2 ngan imam F1 nie. smpi akoo terkumat kamit bc fatihah. penat giler.
ooo kat tempat ko ada jugak ek.. hehehe
betul tu.. Rasullullah ada bersabda.. jangan tergopoh gapah sewaktu nak tunaikan solat.. sebab tu lah dalam islam ada masbuk, boleh masuk ikut imam kemudian kalau kita terlewat.. takde terkocoh2. Lagi pulak solat tarawih.. kalau lah orang makan lebih sikit masa berbuka.. mau tergeliat perut dibuatnya sebab exercise terlebih..
solat sepatutnya menyihatkan sebab masa rukuk tu ada pernafasan, masa sujud ada pernafasan.. tapi kalau laju sangat, masa bila nak bernafas tu.. mahu tak bernafas.. silap2 lepas solat ada yang pengsan.. tanggung dosa la imam tu..
betul tu kak… imam yang solat lelaju ni tak layak jadi imam kan…
suka makan sanggar mama sis…setappppp babe…
:D
hahahaha… makan sanggar pulak…
rindu utk terawih di UIA. walaupun 8rakaat abes dlm 930. tp seronok penghayatan nya..
pelik kalo still ada masjid yg imamnya terburu2. nk kejar ape? TV ke astro ke?
hahaha… percayalah… masih wujud lagi especially kat kampung kampung… ya aku pernah solat di UIA… memang best
err..
ade jugak eh imam cmni?
slalunya imam2 baca surah sangat panjang dan lama..
hehe..
tu lah.
suppose lah xyh la terlalu cpt kan
err
bukan nk kejar ape pun
tu la… kalau nak cepat sangat takyah la jadi imam kan
Ya Allah…lajunya kooooo…
Alhamdulillah… imam² kat tempat kak jie sesedap rasa..dah selesa..Kalau laju mcm tu kesian tau kat makmum perempuan..sudah kain berlapis² ( paling kurang 3 lapis termasuk yg kecik2 tu..hehehe ) sembahyang laju pu..berpeluh sakan! Nak buka kipas laju² takut terselak abis telekung…
Buat tertip…sempurna bacaan .. selesa makmum… lega dan rasa puas bila selesai sembahyang.
tempat kak jie sebelum terawih ada baca tahlil untuk 20 orang arwah setiap malam. Selalunya utk 8 rakaat + 3witir, selesai dalam pukul 10 – 10.15 malam…
ooo… siap tahlil lagi… bagus bagus… paling kurang pun sederhana la kan… takyah la laju sangat…
aku suke yg sdg2 je…
yg laju sgt pun mengah…
tak terkejar kang…
betul betul… ntah apa la yang dikejar kan
huhu..ni laju sangat neh… leh siap dlm 10 minit fuyoo…dia bc mcm mn la tu ek.. hah
al fatihah ngan surah lazim satu nafas… yang lain lain tu aku pun tak tau macam mana… imam gila ni…