Hebatnya pengaruh Facebook!!! Itu jak la yang boleh ku katakan…
Iklan Raya 2010 TV3 akhirnya ditarik balik … sebab utamanya adalah respon yang diterima mereka daripada penonton … dan laman sosial Facebook secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam usaha memberi respon kepada TV3
Sememangnya… betapa indah dan cantik pun iklan tersebut…. betapa baik lagu yang dimainkan tetapi cara mereka sampaikan mesej iklan itu penting… dan majoriti umat Islam di Malaysia tidak setuju jikalau mesej perayaan Aidilfitri cuba disampaikan dengan method cara orang kristian menyambut Hari Christmas… Khususnya “Santa Clause” yang pada sesetengah ajaran kristian pun menafikan kewujudannya… walaupun kononnya “imiginasi” tetapi secara tidak langsung boleh mempengaruhi budak budak kecil , Islam yang menonton iklan tersebut…
TV3 memohon maaf dan menarik balik iklan raya tersebut.
Facebook… laman sosial yang sangat popular dan menjadi fenomena kini… dulu zaman chatters… pastu blog…. dan kini facebook…. walaupun sebelum ini sudah ada laman sosial seperti Myspace…. dan friendster… dan lain lain… tapi facebook betul betul berjaya menenggelamkan populariti laman laman sosial yang lain… almost everyone got their own facebook account…
Di Tawau ni saja… ada Facebook Fan Page yang sangat popular seperti MyTawau… Tawau Bloggers… Tawaurian… Kaki Outing Tawau yang sangat sangaat berpengaruh dalam mencorak pattern atau rentak dunia maya di kalangan Orang Tawau … seriously… di situ lah tempat mereka meluahkan pendapat dan isi hati mereka dalam apa juga isu yang berlaku di Tawau sehingga boleh dikatakan menggantikan media utama seperti suratkhabar… radio…. dan TV yang menjadi sumber mendapatkan berita sebelum ini…
Maya @ Puadede pernah menceritakan mengenai fenomena di Tawau ini melalui entrinya yang bertajuk “Kuasa Facebook Di Tawau” … dan ini juga terbukti apabila pemimpin tempatan telah mengeluarkan kenyataan media di suratkhabar melahirkan rasa kecewa dengan sikap “segelintir” pengguna Facebook yang menjadikan laman sosial itu sebagai medium untuk mencari kesalahan kerajaan. Ini sebenarnya mengenai isu banjir besar di Pasir Putih kerana ramai orang yang tidak berpuas hati meluahkan perasaan mereka di fan page MyTawau yang dibimbangi akan merendahkan sokongan rakyat kepada kerajaan apabila peminat laman tu suda mencecah angka puluhan ribu…
Terus terang aku nak katakan… aku setuju kalau sesiapa yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah di dalam laman tersebut disekat dan tugas ini terletak di bahu admin admin di page berkenaan TETAPI aku tak setuju kalau apa yang dinyatakan orang tersebut itu adalah perkara benar yang berlaku… dan pemimpin kerajaan menggunakan pengaruh mereka menghalang perkara tersebut dari diketahui ramai… perkara yang benar mesti diperkatakan walaupun ianya mungkin pahit untuk ditelan…. dalam Al-Quran pun ada sebut…. perkongsian maklumat di kalangan orang Tawau sebaiknya diperbaiki dan usaha melalui facebook ini merupakan langkah pertama yang sangat bijak… jadi aku seru kepada pengendali pengendali “Fan Page” untuk sentiasa bersifat adil dan tidak menyebelahi mana mana pihak.
Kalau benar apa yang mereka dakwa berlaku di Kg Pasir Putih tu… ianya sepatutnya menjadi penanda aras betapa perlunya seseorang pemimpin itu supaya bekerja dengan lebih baik untuk rakyat… lebih bersungguh sungguh… mungkin apa yang telah kamu buat sebelum ini belum cukup baik…. buatlah sesuatu kerana itu kamu dilantik menjadi pemimpin… Kalau benda tu tak betul… jangan risau… kerana kebenaran pasti akan diketahui juga…
Ingatlah betapa zaman dahulu…. Amirul Mukminin Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur secara terbuka oleh rakyat Baginda ketika di awal perlantikannya sebagai Khalifah al Rasyidin, sepertimana yang disebut dalam suatu ungkapan yang masyhur kita baca, (berkata seorang lelaki) “ Jika engkau bengkok, aku akan luruskan engkau dengan mata pedang aku ini” , lalu dijawab oleh Umar, “Alhamdullillah, kerana ada orang yang sudi memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya”.
Disitulah menjadi contoh terbaik bahawa menjadi pemimpin sememangnya bukan mudah dan rakyat boleh menegur kerana tidak semua yang kamu rasa kamu buat itu betul mungkin masih ada yang perlu di perbetulkan di mata rakyat.
Mungkin ada cara lain yang lebih baik untuk menegur… tetapi mungkin itulah dia (facebook fan page) medan yang rakyat rasakan terbaik dan termudah untuk meluahkan pendapat mereka dan berbincang sesama mereka… Sebagai pemimpin .. ianya boleh dianggap memudahkan kerja kamu supaya menilai dan mengetahui apa yang rakyat perkatakan tanpa perlu menyamar di malam hari sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz satu ketika dahulu.
Popularity: 1% [?]










thanx bro.. Nice info.. setuju dengan pendapat pemimpin kena bertanggungjawab sepenuhnya atas permasalahan rakyat. Bukan menyalahkan orang lain pula
Gen2Merah recently posted..Musibah kebakaran Kampung Pasir Putih Tawau
Melonjak naik lagi trafik. Keyword tajam mengena pancing ikan besar. Apa pun satu kesinambungan entry sis yang baik, congrats adry. Inilah yang perlukan kita di Tawau ini lakukan, biar keyboard berbicara walaupun yang didengari hanyalah klatang klatung… apa pun motif kita sama, hanya dengan menulis kita berbakti untuk pembangunan Tawau.
Maya recently posted..Selamat Hari Merdeka ke 53 Malaysia