First of all aku nak korang semua baca berita ni :
http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080628092203/Article

Terkejut aku tengok berita ni … marah kerana tergamak ibunya menyuruh anaknya meminum racun but in the same time aku rasa kasihan kerana mesti masalah yang ditanggung ibu ini cukup berat sampai dia tidak dapat melihat jalan keluar yang lain….

Aku akui perbuatan ibu ini memang salah… cuma mengapa kejadian ini boleh berlaku perlu kita renungkan bersama…

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut sebab utama ibu tersebut bertindak demikian adalah kerana bebanan hutang dan tekanan perasaan sehingga hilang kewarasan berfikir sehingga berlakunya perkara ini… Thank god kerana kedua kanak-kanak ni selamat… kasihan mereka , masih kecik lagi.. belum tahu apa-apa, belum kenal kesengsaraan hidup yang menimpa ibunya… aku doakan mereka berdua selamat dunia akhirat…

Huhu… there you have it … sebuah lagi kejadian yang menyedihkan akibat kos sara hidup yang tinggi di Malaysia… memang benar purata pendapatan di negara kita lebih tinggi berbanding beberapa negara lain tetapi kos sara hidup tak padan/setimpal dengan pendapatan yang kita miliki…

P/S: Rasa-rasanya ada kaitan tak kejadian ini dengan kesan kenaikan harga minyak baru-baru ni??

Popularity: 5% [?]