Aku terbaca artikel (Al-Islam keluaran Mei 2009, m/s 8-13) mengenai menu utama dalam masakan jepun. Aku tau terdapat segelintir kawan kawanku tak kira reader atau silent reader blog ni yang merupakan penggemar makanan jepun jd wajarlah kalau aku point out beberapa fakta yang ku rasakan penting untuk peringatan bagi kita semua… lagipun kalau ada ilmu hatta sedikit mana pun wajar disebarkan.
Sebenarnya kalau dilihat sepintas lalu cara penyediaan makanan makanan jepun memang tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana secara asasnya ianya terdiri daripada bahan bahan mentah yang diakui kehalalannya. Namun begitu bila sebut makanan jepun kesemuanya memerlukan sos bagi menyedapkan makanan tersebut. Tapi tak ramai yang tahu kebanyakan (bukan semua ok) sos yang digunakan ini mengandungi bahan bahan seperti alkohol, wain, mirin atau sake.
SAKE
Sake dan Mirin adalah bahan asas/utama yang perlu ada dalam setiap makanan jepun. Sake ialah sejenis alkohol yang dihasilkan daripada proses penapaian beras, manakala Mirin ialah alkohol yang dicampurkan dengan bahan bahan manis yang juga dilabelkan sebagai Alcohol Bean.
Mirin adalah minuman beralkohol bewarna kuning , rasa sangat manis dan mengandungi gula sekitar 40-50% dan alkohol 14%. Kebiasaannya dalam masakan jepun ia diolah dengan cara nomono (Merebusnya dengan kicap dan dashi -ikan bilis). Ada dua jenis mirin iaitu mirin-fu (Alkohol rendah 1%) dan Hon-Mirin (Mirin Asli) campuran ragi , alkohol dan ditapai selama 60 hari.
Antara Sos Celup Makanan jepun keluaran kik-koman.
1. Tempura & Noodle Sauce – mengandungi mirin dan alkohol.
2. Teriyaki Marinade – Mengandungi Wain
3. Naturally Brewes Soy Sauce – Mengandungi wain.
4. Naturally Brewed Premium Soy Sauce – Mengandungi wain.
5. Teriyaki Marinade (Thick) for barbecue& Grill – Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.
6. Special Fragrance Soy Sauce Asean Taste – Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.
7. Sushi&Sashimi Soy Sauce – Bersih, tiada alkohol, wain, mirin dan sake.
Sake dan Mirin Haram Mutlak
Alasan dan hujahnya mudah. Kedua-dua bahan tersebut diproses dengan niat menjadikan ia sebagai arak. Hal ini disebut oleh Profesor Muhammaad Abdul Salam dalam bukunya Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-muntajat al-ghazaiyah yang mengatakan ,jenis jenis makanan dan minuman yang menggunakan alkohol jenis memabukkan dengan tujuan mendapatkan rasa yang lebih sedap dengan jelas tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana alkohol yang diletakkan adalah sama yang digunakan dalam pembuatan arak, dan penggunaannya diharam secara mutlak oleh ulama.
Jadi secara umumnya… kepada mereka yang suka memakan makanan jepun di restoran restoran jepun yang ada di Malaysia, jangan lah mudah terpengaruh dengan sign Serve No Pork atau yang sewaktu dengannya sebab dalam Islam Babi/Khinzir bukan satu satunya yang haram. Aku tidak cakap yang makan makanan jepun tu haram ok… cuma sebagai orang Islam kita kenalah berhati hati. Sebab penggunaan arak adalah perkara lazim dalam memasak masakan jepun sehinggakan perbuatan mengubah makanan jepun dianggap biadap oleh mereka.
Paling baik adalah mencari restoran yang disahkan halal oleh Jakim. Kalau ada …alhamdulillah, tak perlu was was.
Aku akhiri entri ni dengan sepotong ayat dari al-Quran dan hadis yang bermaksud :
WAHAI orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya. (al-Baqarah: 172)
Rasulullah saw. bersabda,
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga dari yang syubhat, berarti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus dalam syubhat berarti dia telah terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkan-Nya.” (HR Bukhari & Muslim).
Kalau sesapa ada pendapat sila.. kita buka perbincangan.
Wallahualam.
Popularity: 18% [?]












konklusinya jangan makan bah senang
hahaha… kalau ragu ragu… tak payah la makan kan..
biasanya makan kat restoran yang ada tanda halal je..kalo x der mmg x gi nyer..was was baik x payah.. sushiking ok lagi coz mmg dorang ada halal certified dari Jakim.. yang kat KLCC ada beberapa restoran yang xder tanda halal. so hati2 dalam membuat pilihan.
kalo susah2 sangat..buat sendiri..hehehe :D
p/s: rasa macam nak makan sushi la plak..hehe
hhaha… gi la makan.. yang penting halal… bagus bagus.. cari yang tanda halal baru tak was was…
pandai buat sendiri ker?? wow!
tq bro.. at least kite kene elak dari syubhah. masakan bini walaupun kampung dan buatan tangan. tp lagi sdp. haha
hehehe… ikut citarasa memasing la kan…
askum bro…mcm manamo daftar dalam bloggers twu tu??
W’salam…. masuk laman web Tawau Bloggers http://tawaubloggers.com kat atas tu ada sign up form … isi dan hantar… kalau dah diluluskan akan dihubungi melalui e-mail!
wahai kawan-kawan muslim, bolehkah u makan makanan jepun?
yes Jolene… generally.. we can eat japanese food ok!! cuma dalam agama Islam… babi bukannya satu satunya yang haram… makanan yang dicampurkan dengan benda benda haram seperti arak… alkohol… mirin… sake… juga boleh menjadikan suatu makanan itu haram… so in this case… i urge my friends to beware of some japanese food especially how they prepare it…
kalau makanan jepun tu guna bahan bahan yang halal… cara penyediaannya pun terjamin… maka makanan tersebut kami (muslims) boleh makan..
Hope you clear on that… ada sebab agama Islam mengharamkan babi, arak.. sebab ianya membawa lebih banyak mudharat daripada kebaikan… kajian saintifik pun menyokong fakta ini… harap maklum
Salam. Dalam era globalisasi ni semua makanan yang kita nak makan perlu kita hati-hati. Kalau cara penyediaan sendiri tidak meyakinkan — contoh dapur yang kotor atau tukang masak yang tidak mementingkan kebersihan — boleh membawa kepada kemudaratan kepada kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan makanan yang syubhah ini, elok kita tinggalkan.
salam… betul tu.. bagusla kalau ramai macam adam yang sedar akan kepentingan menjaga kebersihan dan halal haram makanan…
Kena hati-hati la kalau nak makan makanan jepun ni. Tapi, kadang-kadang tu nampak cam sedap je….
hahaha… banyak orang cakap sedap.. entahla.. saya pun tak pernah rasa… hehehe
pocket pernah gi jpung,
kat jpung sndiri ada pemahaman sndiri
(Utk bebudak jpung …)
macam macam ada,
daging atas, kais ke tepi. makan jer pun ada..
mirin tu ada dalam penghasilan…tujuan bukan memabukkan so ok…
pun ada..
tp tu kat jpung,
kalau kat malaysia ni, tak yah makan lg bagus kot.
bukan nyer tak der dah kedai masak kari or,
rendang daging or ikan bakar orang kita masak kan..
just my two cents:)
anyway…
…an cara nomono (Merebusnya …
suppose to be nimono
owh nimono ek.. thanks.. salah taip la tu.. ehehehe
aku dengar dengar kat jepun memang susah nak cari makanan yang halal… mana ada restoran letak lambang halal jakim kan.. hehehe… ISlam tu mudah… kalau dah terdesak.. boleh makan… cuma ambil sekadarnya…
aku x pnh mkn makanan jepang sbb x rasa sesuai dgn tekak melayu aku
hahaha… sama lah… bagi aku masakan melayu lagi sedap.. hehe.. kalau gi jepun tu lain cerita la kan..
Must be very careful ni~
yeap.. betul tu!
wow.. thanks for the info.. huhu.. aku suka makan sushi..
suka yer.. hati hati jak la.. k
nice info adry…
apapun klu curiga tingglkn aje.. byk lg makanan yg boleh kita makan. Akak selalu berpegang pd konsp nie aje.. wlpun bahan & masakn mereka halal tp mereka tak bersuci..
betul tu kak…
kalau da was was… janganla teruskan kan… lagipun Malaysia berlambak makanan yang halal… lain la kalau kat Jepun
TQ for da info…:)
welcome sam..
suker tengok ‘japan hour’ kat tv singapore every weekends.. ahaks
owh… tak pernah tengok lak.. hehe
Adry.. alaaa…
Errmm.. tapi takpe.. klo sushi di JJ.. dieorang letak kat public area.. halal kan? Ke cmne? Tolon…
Sayalah salah sorang penggemar sushi & unagi
erkk… first aku tak tahu JJ tu aper… letak kat public tak semestinya halal…
sebagai penggemar makanan jepun… aku tau mesti agak sukar terima berita ni kan… well apa ble buat ianya fakta… bukan nak tipu… sekarang tepuk dada tanya iman… kalau rasa was was baik tinggalkan… banyak disebut dalam Quran dan Hadis mengenai kebaikan memilih makanan halal dan keburukan memakan makanan haram dan syubhah ni…
nasib baik kak jie bukan pengemar makanan jepun
nak makan kat luar pun jarang…
baru2 ni kawan dpt stroke
doktor cakap sebab dia kerap makan kat luar
tau arr..makanan kt luar tu byk ajinomoto kot
kat rumah tu, goreng ikan mkn dgn kicap pun dah sedap
owh.. so good of you kak jie…
ya betul tu.. memang makan kat luar tak berkhasiat… banyak guna ajinomoto… benda ni bukannya berkhasiat… ble datangkan mudharat pada badan yang slalu hadam…
kat rumah lagi sedap kan kak… puas hati lagi… hehehe
Laptop ada kat kedai. Itu yang jarang online. Malas nak online pakai komputer buruk kat umah ni. lembab. huhu..
p/s: Tak suka sushi =.=”
owh patutla lama tak update… bagusla kalau tak suka sushi.. senang.. hehehe
slm,,,waah…good entry…
salam.. terima kasih…
hahahhahhahahha..
ni ngam bagi baca c rina c anne n c lai ni..
aku 2 x brapa gak sukak mkn mknn jepun ni..
x minat la.. bkn sedap mana pun..
bagus makan kangkung masak belacan.. ahhahahhaha
hahaha.. ya kah… aku tak tahu plak dorang suka makan makanan jepun… ya ya… kangkung masak belacan lagi sedap!! hehe
thanks ad! for the information..
aku mkn jugak kadanng2..
bkn rutin la..
tp suda tau ni,
takut pulak kan..
ya … aku rasa.. sebaiknya tak payah la dah makan… lain la kalau restoran tu ada cop halal kan…
tak pernah lagi makan makanan jepon..lgpun duduk rumah je..semua mknn mak yg masak dan mak sgt berhati2 kalo pilih brg,mesti bkn brg boikot dan ada halal jakim..
owh bagus bagus.. kamu memang ada kesedaran tinggi!! Alhamdulillah…
uhh….i’m glad that i can eat the Japanese food with no doubt..ehhe
hahhaa… of course la…
nasib baik makanan jepun x masuk leher aku
tak sesuwai!
hahaha… baguslah kalau camtu…
thanks for sharing adry
lily bukan fav makan makanan jepun
kalau sushi tu suka la skit skit
:D
owh.. good to hear that…
senang kata..mau mkn sushi silala wah sndr..huhu
n bila kuar tu,cr kedai y btl2 mlayu n halal n tayyib
ingat!!
kita perlu plh mknnan yang HALAL dan TAYYIBAH
restoran ada tnda halal mgkn memg halal tp xtayyib..
kalau pandai buat sendiri baguslah… memang betul… tapi ramai yang tak alert benda ni…
akak tak pernah makan sushi.. rasa tak boleh nak telan (walaupun tak pernah makan pun hahaha!!!)
pendapat akak, kita belum darurat lagi. Bila dah tahu benda tu ada bahan2 yang haram, tinggalkanlah.. Setiap apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Kalau ada benda haram dalam darah daging, ia boleh menjadi bahan bakar di neraka nanti. Wallahu’alam…
*sekadar ingat mengingati sesama Islam…
ya ya.. betul tu kak… tujuan utama saya post entri ni supaya para pembaca semua lebih alert benda camni… jangan ikut sangat nafsu makan tu kan..
nasib baik aku tak makan makanan jepun..penah cube skli makan sushi, termuntah aku.. :-)
owh… samalah… aku pun tak suka..
Betul tu bro.. makanan Jepun ni mcm2 ada… teringat dulu masa ke Jepun.. kita org ada gi satu kilang Sensor kat nagoya tu.. waktu lunch dia jamu ler kita makan… dia org bagi semua seafood sebab tahu kita muslim.. tapi rasanya.. aduhai… tak makan lapar pulak..
owh… takpa… aku faham… kalau kamu tak dapat nak elakkan nak wat camner kan… lagipun.. kat jepun memang susah nak cari makanan yang halal…
Bahaya gak cam nie…aku teringin gak makan makanan jepun nie….tapi tak pernah dapat lagi :-)
owh.. sebelum ketagih nak makan.. baik tak payah ok!! Takut bila da makan tak nak berenti lak. heehehehe
sushi mmg xlalu tapi ramen sangat sedap….(suka sangat)
tapi memang la susah sgt nk cari yang halal, sape je tau masak..
salam
waaaaa
kena hati2 la nak makan sushi pasni
Salam… yeap.. kalau takda tanda halal takpayah la k…
Salam.. aku suka makanan jepoon.. tapi takdelah sampai ketagih nak makan.. jd kalau dah susah sgt nak tau halal/haram…. tak yah makan lagi senang… awookk!
Salam… ya.. sebaiknya macam tu la… kalau nak makan pun cari restoran yang ada tanda halal ok!
Good info!
Thanks Kimi!
alahai..aku suka makanan jipun …nda apa la..pasni hati2.. haih..
yeap.. hati hati k…
`erk…
(
`if mcm tu.. aku tepaksa stop la nie mkn mknan jepun..
ermmm… sebaiknya macam tu la..
Assalaamu’alaykum,
Thank you for your entry. I always use to wonder why none of the Japanese restaurants (whether just sushi or otherwise) have halal certification.
Then I did some googling and found out that most of their sauces contain alcohol.
So many of our muslim brothers and sisters have no idea that Japanese food needs to be eaten with caution – but you see many in the restaurants because it’s “only fish.”
No pork/Pork-free is never equivalent to halal…
I have e-mailed sushi king before asking of their halal status but they never replied..
Waalaikumsalam..
Your welcome.. i do think Muslims should be more careful..
Salam,
I used to be a japanese food lover (still am). But i’ve stopped eating after knowing the ingredients. I also did email sushi king to know about its status. Based on the person incharge, sushi king is not certified halal. Some of the food contain mirin or sake.
Hope this helps.
Btw, i accidentally found this page because i want to find halal japanese restaurant if there’s any. I’ll continue the search later.
Wslm.
thanks for your comment… i don;t really know where we can get Halal japanese food restaurant… huhu… keep on searching dowh..
huhuhh shushi halal senang dapat……tapi mee ramen halal?????uhmmmmm
teringin nak rase. klu ade sape2 tau ramen halal n sedap, share lah some info
yerker shushi halal senang nak dapat?
singgah..hehe
salam.. nak tanya japan boat takoyaki dkat eastern tu pulak macam mana…?
ui uuiii cam ada org mengumpat aku d sini hahahhahaa…yaa aku sukak makan makanan jepun esp takoyaki & sushi d sushi king..tp ada certain makanan tu yg aku dak rasa yakin ke”halal”an nya tu mmg aku dak makan la..ni aku mo kongsila..ramen d yg d jual d supermarket d Isetan tu ada yg ndak halal..adekku penah beli ramen yg masak sendiri..dia ckp ada ingredientsnya yg dorg guna mmg ndak halal. dia jakla y paham cuz dia pandai ckp jepun & paham tulisan jepun hehehe.even ice cream d sana teda tanda halal
terima kasih mengenai artikel ini….sangat membantu…
saya pernah gak makan nasi jepun dan terfikir bagaimana kedai sushi boleh menyebabkan rasanya manis…dengan artikal encik sabri sangat membantu..
doomo arigato