Hujung bulan lepas, aku berkesempatan menaiki bas ekspress ke Kota Kinabalu… almost every year aku ke KK… kadang kadang just for fun… kadang kadang urusan kerja… Aku ingat, pernah sekali aku ceritakan dalam blog ku ni yang aku ke KK just for a McD. hahaha… apa pun.. this time… aku ke KK bab ada orang hire aku untuk tangkap gambarnya dan familynya ketika konvokesyen di UMS… semua kos perjalanan & hotel dan ditanggung la ni…
Ok… pengangkutan awam dari Tawau ke KK ada beberapa jenis…. salah satunya adalah menggunakan perkhidmatan bas ekspress … this time aku naik bas optis jaya … syarikat pengangkutan jaya mawar…Â tapi basnya lebih dikenali sebagai optis jaya… entahlah kenapa tapi aku rasa aku nak share sedikit pengalaman ku naik bas ni… aku pun tak tahu apa specialnya … bukan aku tak pernah naik bas lain… tak pulak aku mau cerita dalam ni kan… hehe
Kepada mereka yang tidak biasa dengan perkhidmatan bas ekspress Tawau-KK atau sebaliknya , jangan terkejut… bab memang sudah menjadi kebiasaan bas ekspress di sini berhenti di jalan untuk mengambil penumpang…Â Aku rasa baik tukar nama pergi BAS Henti-henti Tawau-KK… hahahaha… Ikut pengalamanku di semenanjung dulu la kan…Â dah namanya pun bas ekspress… apabila dah mula perjalanan, bas tu akan straight ke destinasinya… kalau berhenti pun paling paling untuk rehat sebentar di R&R …Â supaya penumpang boleh ke tandas atau berhenti makan manakala driver bas boleh berganti. Di Sabah ni lain sikit pe’el nya… siapa siapa berada berdekatan dengan laluan bas dari Tawau ke KK… boleh la menunggu di tepi jalan… bas akan berhenti dan ambil penumpang… bayar tiket dengan konduktor bas jak…
Mula mula aku rasa tak setuju jugak dengan keadaan ni… tetapi apabila ku fikirkan balik… kesian jugak pada mereka mereka yang tinggal jauh macam di balung ka… takkan dorang mau ke bandar dulu… nanti lalu situ jugak… hehe… i know this against the rule set by our government… tapi pada pandangan rakyat… ini jauh lebih menyenangkan kerana tak perlu la keluar kos mau ke bandar lagi kan… well… ada baik dan buruknya la kan.. fikir la sendiri… hehehe
Ketika dalam perjalanan menuju ke KK ni… adalah beberapa kali bas tu berhenti dan ambik penumpang … diantara penumpang yang naik rupa rupanya ada satu orang ni kenalan dari facebook…Â aku tak perasan pun… tapi dia yang kenal ngan aku… meriah jugak la dia ni… aku tak pasti tetapi mungkin salah sorang antara konduktor bas atau driver bas tu maybe suami atau boyfrennya… yang bagusnya… oleh kerana dia duduk di depan… dia bersembang dengan driver bas dan konduktor… jadi confirm dorang tak mengantuk… hehe…Â Aku tau yang dia ni kenalan facebook ku pun bab bila ku da balik… dia ada comment di wall facebook ku… hehe… terima kasih cik dianza yer… lain kali kalau jumpa tegurla… abg tak makan orang… hehehe
Lupa plak… aku ke KK kali ni ditemani oleh kakak aku… dan adik ipar ku… isteri tak dapat ikut bab tengah sarat mengandung anak pertama ku… (^_^)… lagipun… aku bertolak pada 27 November (Ahad)… balik hari rabu…Â selasa tu isteri kena kerja… Isnin cuti awal muharam.
Sepanjang perjalanan ni bas tu pasang la beberapa movie… kalau tak silap aku 3 atau 4 movie…. filem pertama tu cerita Thailand… aku lupa tajuknya… something about giant… sangat sangat lucu ok… hahaha… sampai ke hari ni aku ingat jalan ceritanya… dialog tak boleh ku lupa: Open your mouth… Eat eat… hahahahhaa … dan yang paling meriah dalam bas tu confirmla aku kan… ketawa bagai… yalah… aku duduk seat belakang driver… TV tu jelas di depan ku… hahaha… enjoy la jugak… tak terasa lama duduk dalam bas tu… hehe … filem seterusnya semua dah pernah tengok… tapi ok la jugak…
Terus terang, aku puji kedua dua driver bas pada hari tersebut… dorang drive penuh berhemah… lubang lubang di jalan semua dorang kasi slow bas tu bila nak masuk lubang… kira dorang macam buat bas tu macam kereta dorang sendiri la…Â confirm part part bas tu tak perlu mau ganti selalu… kalau aku jadi tokey… aku kasi naik gaji dorang ni… serius..
Oh ya… ada satu kejadian… dalam perjalanan tu… tiba tiba macam ada bau yang kurang menyenangkan… bau ta*k … erghhh… tuan tuan dan puan puan yang baca blog ni… ingat yaa… Tandas dalam Bas tu TAK BOLEH BUANG AIR BESAR!!!! kalau mau kencing boleh… kalau mo berak… bgtau konduktor… nanti driver bas akan cari hentian untuk anda menunaikan hajat anda…. dah la bas tu berkurung… aircond… bau nya… haisshh ndak payah cakap la… kesian si konduktor… dia la yang terpaksa bersihkan dulu sebelum bas tu teruskan perjalanan… mau setengah jam jugakla baru hilang bau nya…
Ada jugak sorang hamba Allah ni… tak habis habis muntah… haihh… kesian kesian… ada gak konduktor bas bagi ubat mabuk sebelum jalan , mungkin ubat tu kurang berkesan dengan dia… confirm habis isi perutnya dia muntahkan dalam plastik tu…
All in all… aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan bas ekspress Optis Jaya… apa yang penting… kita selamat sampai ke destinasi yang dituju. Terima kasih kepada dua orang driver yang memandu pada haritu… skill pemanduan anda memang baik. Teruskan bekerja dengan cemerlang.. moga usaha yang kalian lakukan dapat ganjaran dari Allah SWT.





Hahahaha..best ni bas.. second choice selepas tungma..hhehehe..mesti tu konduktor bas atau boleh kah dipanggil anak bas terkumat kamit di dalam hati menyumpah seranah si pembuang najis tu..hahahaah
hahaha…bestya story abg ni,ktwa sendiri aq bca….aduh,mau ckp…yg kondak bus 2 sbenarya bf ku bang… driver tu,dorng meng sportig hbis la…siap kutuk2 aq lg ari tu…hehehehe,ada jg dia ngadu ada orng beyak dlm bus..hehehe,kesian dia..tp da meng krja dia kan…hehehe..apa2 pu thnx bang cz bt aq senyum trus bila ingt apa yg abg tulis dlm blog abg ni..hehhehe
assalamualaikum adry
lama tak singgah sini
sihat kah kamu?
hehehe….luculah baca abg punya cite tentang bas optis 2.
ok lah bas 2 masi kuat lg aircond nya…….
sy nmpak jg abg masa ambil gmbr kat depan SST, ada jg jumpa abg masa bawa kancil dng ckg bubu mcm ikan sardin sak….hehehehe go2
ok……hehehehe cerita ada tukang cerita n ada pelaku
best ya ada watak yg di kenal terlibat
Dulu pernah naik bas dari Tawau – KK , penat kot tunggu satu hari
, biasa naik flight jer ke KK. Pg KK just mkn Mc’D??? Hahaha xpyah kot, xlama lagi Mc’D Tawau nak buka