Mesti korang tertanya tanya kenapa aku ucapkan THANK YOU kat atas ni kan!! hehe…

Sebenarnya camni… 2 atau 3 hari lepas… (ni la akibatnya kalau lama tak update blog, bila benda ni berlaku pun dah lupa) kawan aku cikgu Burhan of SMK Kuhara tu ajak gi bandar… pastu dia cakap lapar then ajak aku ke sebuah restoran yang pernah kami singgahi dulu… dia cakap lama tak pergi tempat ni… jadi kitaorang pun pergi… bertiga… aku, Burhan dan Sabarullah… another friend from UMS..


Restoran apa?? Restoran Rassy Bakso Goreng.. kalau nak baca cerita ku sebelum ni pasal restoran ni.. klik di sini…

As usual , order then makan.. hehe… Saba tak makan… diet katanya… walhal aku rasa yang patut diet aku :{ …. hahahaha… lantak pi lah… habis menjamu selera petang tu… kitaorang pun ke meja cashier… Burhan cakap : “Takpalah dry.. aku belanja..” alahai kawan ku sorang ni :-| … dah lah baik giler ngan family dia… separuh gaji bulanannya mesti dia hulur kat mak ayah dia… camtu pun tangan tak pernah lepas bersedekah walaupun kengkadang ditimpa musibah yang melibatkan wang… aku pun izinkan jak… malas nak berdolak dalih depan orang ramai kan… jd aku pun keluar ambik angin sementara tunggu dia selesai bayar jamuan kami tadi…

lama kelamaan aku tengok ntah apa yang dia dok sembang ngan cashier dan sorang pompuan… agaknya pengurus restoran tu kot… aku pun mendekati dorang… kenapa kak? aku bertanya… terus burhan cakap… tak ,dia tanya sapa nama muAku??!!  B! adeh… apa masalahnya… huhu… berdebar gak… then akak tu buka cerita … dia tanya, kamu adry sabry?? yang tulis di internet tu?? hahahaha :| … baru lah aku lega…. ya ya… saya lah… kenapa ya?? aku tanya lagi…

begini… ada customer datang makan sini cerita bab ada orang tulis pasal restoran ni di internet… jd akak mau ucapkan terima kasih… makanan kamu hari ni… tak payah bayar!  B)  Ya Allah… betapa agungnya DIKAU… rezeki datang tanpa diduga… perasaan bercampur time tu… tapi aku terus ucapkan terima kasih banyak banyak… aku hulurkan kad bisnes ku sambil memperkenalkan diri…Subhanallah… aku menulis sekadar suka suka… sekadar menyimpan cerita liku liku kehidupanku… pendapatku.. buat tatapan semua… aku dok kira ini mungkin dah masuk kali ke 20 orang asing… i mean “stranger” tegur aku… belanja aku… just kerana mereka terbaca blog aku ni yang tak seberapa…

Ikhlas… that’s the key point why i wrote here… terima kasih sekali lagi buat “pengurus” / Cashier Restoran Rassy Bakso Goreng…. semoga rezeki datang mencurah curah… teruskan usaha kamu… kepada mereka yang belum pernah lagi singgah makan di restoran ni… sekali lagi … ku sarankan… singgahlah.. rasalah keenakan masakan dan resepi beraneka jenis yang hanya boleh didapati di restoran ni…

Jazakallah Khairan Kathira… (^_^)

Popularity: 18% [?]