Ketika ini… aku sedang mendengar lagu lagu Rabbani yang ada dalam simpananku… Lagu Pergi Tak Kembali cukup menyentap jiwa ku dengan liriknya yang baik untuk renungan bersama… Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Arwah Ustaz Asri juga seorang blogger… nampaknya blog itu akan berhenti buat selama lamanya… rujuk : asrirabbani.blogspot.com
Innalillahwainnailaihi rajiunn….. ku ucap apabila menerima dua sms dari sahabat sahabatku yang memaklumkan pemergian Allahyarham Ustaz Asri pagi tadi…. aku cukup meminati kumpulan Rabbani dan tentunya suara merdu Ustaz Asri menjadi sebab utama ku meminati kumpulan ini… Aku bukan sesiapa… takda mana mana ahli kumpulan Rabbani yang kenal aku pun… aku cuma peminat biasa yang cukup meminati lagu lagu mereka malah tak pernah ketinggalan menyanyi satu dua buah lagu mereka setiap kali ada jemputan menyanyi di majlis orang kahwin…
Ku terkenangkan zaman sekolah ku dulu bila mana aku cukup dikenali oleh pelajar pelajar SMK Kuhara yang satu batch dengan ku kerana ku sering dijemput menyanyikan lagu Intifada dalam mana mana majlis anjuran sekolah sehinggakan kereta yang ku pandu (tingkatan 4 aku da mula bawa kereta ke sekolah) ku lekat INTIFADA sticker putih yang cukup besar di depan dan belakang keretaku… Respon masa tu alhamdulillah cukup baik… dan tak kurang juga orang yang bertanyakan padaku apa itu Intifada??? Tak kira melayu atau cina… tua atau muda… jenuh lidah ni cerita tentang perjuangan Intifada di Palestin masa tu…
Begitulah serba sedikit apa yang ku dapat kaitkan Rabbani… Arwah … dan hidupku…
Ajal maut di tangan tuhan… baru sahaja dua hari lepas baca di akhbar mereka tandatangan kontrak menyanyi di sebuah hotel pada bulan ramadhan yang akan menjelang… tau tau Ustaz Asri dah tiada… sesungguhnya ini merupakan salah satu peringatan buat kita untuk mencukupkan bekal sebelum tiba giliran kita…
Semoga ALLAH merahmati rohnya, untuk keluarga beliau banyak2kan bersabar. Aku difahamkan Allahyarham Ustaz Asri disahkan meninggal dunia jam 1100 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Ustaz Asri atau nama sebenarnya Ustaz Mohd Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Gambar Hamdi Rabbani (Anak Arwah yang paling bongsu)
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Kehilangan Ustaz Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana… Ke Mana…’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya… Al Fatihah
Jikalau kamu nak baca salah satu pengalaman sahabat Arwah Ustaz Asri yang menceritakan bagaimana pengalamannya sila ke laman web ini : http://www.ustazamin.com/
Popularity: 23% [?]












eh betul ke ni?
innalillah…
tp xde pun lagi dalam suratkhabar.
betulla… tak tipu pun…
akak baca online paper pagi tadi.. sedih sangat rasanya. Terus terngiang-ngiang lagu pergi tak kembali tu… rasanya kalau ahli keluarga dia or sape saja dengar lagu tu pasti sedih… semoga roh beliau berada bersama para mukminin yang dikasihi Allah.. ameen…
mesej lagu ustaz tu sampai kan kak…
Semoga rohnya dirahmati dan diredhai Allah~
amin..
innaliillah wainnailaihi raji’un
aku memang tertarik dgn ‘kesedapan’ suara allahyarham lg2 suara laungan azan beliau yg di’gunakan utk azan kt tv tu..
apa2 pun, Al-fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin..
http://www.zonartis.com/terkini-ustaz-asri-disahkan-meninggal-dunia/
*mungkinkah esok giliran kita pula?
peringatan buat kita semua ni… ajal maut di tangan tuhan…
selamat segala-galanya didoakan buat ustad asri, al-fatihah.
insyaAllah…amin
al fatihah….mmg susah nk cari penganti..
betul tu…
Satu kehilangan yg amat besar. lagu2 beliau banyak memberi keinsafan saya…
betul tu… suara arwah lain dari yang lain kan…
moga dia sejahtera DISANA..
alfatehah.
amin.. amin… amin…
alfatihah
Salam adry…
Sedih juga bila dengar berita ini…nda disangka kan…
Insaf sis dibuatnya…semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman…Amin
moga keinsafan tu kekal buat selama lamanya… hehe
asslamualaikum…kpd ahli kluarga allahyarham ustaz asri takziah sya ucpkn…smoga dgn pmergian allahyarham kluarga ustz asri tabah mnjalani liku-liku kehdpan..kpd mohd nasimuddin slmt mnjwb peperiksaan percbaan dn exam yg sbenar…dihrp dpt brsbr ye…kpd sesape yg ade simpton2 H1N1 tue mcm batuk2 bersin2 skt2 bdn ke x yah datg skul. tidur kat umah lg baguih…..mcm dlm kls aku ade la bbrp org hok krs palo.ehhhhhhhhh jgn slh phm keras2 tu plhn2 ckt sensitf……. okla smpai disini sajo den berceloteh.tgn den pon dah naik loteh bgkk2 byk sgt menaip tatatatatatatatat….
Waalaikumsalam.. hahaha.. thanks for your comment
semoga roh nyer dirahmati allah…..psl td tu jgn ambk hati kwn aku yg tulis tu ke……sorry
pulak da…
alfatihah..
sampai hari ni watashi tak percaya ustaz asri dah tak ada
tu lah.. sapa sangka kan… hebatnya perancangan Allah…
Mudah2 an.. harap2 Raya taun neh stesen2 tv & radio tayang serta pasangkan takbir raya yang disampaikan oleh Ustaz Asri. Menusuk kalbu…
yeap… sangat menusuk kalbu…
Arwah Ustaz Azri kalau takbir raya.. buat saya menangis! merdu…
takziah kepada keluarga beliau juga. aku pun suka lagu2 Rabbani. macam mana la agaknya perjalanan kumpulan Rabbani selepas ketiadaan Asri. Macam Raihan tanpa Nazrey agaknya..
yeap… begitu la agaknya… susah nak cari penggantinya…
assalamualaikum…..salam takziah buat family ustaz asri.Insan yang sangat berharga
w’salam… ya betul tu..
sampai nie..bila baca artikel pasal Allahyarham ustaz asri hati aku tiba -tiba pilu dan sebak..entahlah tak tahu kenapa semacam dia begitu dekat dihati..walau aku tak pernakhpun membeli satupun keset atau cd kumpulan ustaz nie..semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 soleh..aminnn