Tawau Bloggers maju setapak lagi dengan melancarkan laman web rasminya di alamat : http://www.tawaubloggers.com/

Ini sekaligus menggantikan laman web lamanya di http://www.tawaublog.co.cc/ supaya lebih teratur dan efisyen.

 

Adalah dimaklumkan kepada semua bloggers bahawa pendaftaran ahli Tawau Bloggers kini dibuka dan boleh di buat dalam laman web rasminya atau klik di sini.

 

Contoh Borang Keahlian Tawau Bloggers

Pendaftaran Ahli Adalah Percuma , TETAPI Kelulusan Sebagai Ahli Rasmi Tawau Bloggers Akan Diumumkan Kelak Selepas Perbincangan Admin Tawau Bloggers Mengenai Keahlian Baru Yang Akan Dibuat Nanti.

Aktiviti terbaru yang sedang dirancang oleh Tawau Bloggers adalah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Rumah Anak-anak Yatim Ar-Raudah yang dijangka akan dibuat pada 25hb Oktober di Hotel King Park. Ini Adalah usahasama antara Hotel King Park bersama Tawau Bloggers.

Untuk Keterangan lanjut mengenai program ni dan perbincangan mengenainya boleh dirujuk dalam laman web rasmi tawau bloggers atau klik di sini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada saya  atau admin tawaubloggers yang lain.

Harap Maklum.

Together As One,Tawau Bloggers Unity.