ya Allah.. tuhan jak tahu macam mana perasaan dorang yang jadi mangsa kebakaran ….. dah nak dekat puasa lak tu…. kejadian ni berlaku kelmarin petang… sekitar kul 4pm…
tak sampai seminggu Tanjung Batu Tawau terbakar lagi…. Rabu lepas di Kg Vietnam… di dalam area Tg Batu jugak tu… ish ish ish…. memang sibuk la YB Datuk Hjh Hamisah tu… hehehe… dah nama jadi wakil rakyat kan… kena la hulur bantuan … kang tak pasal pasal orang taknak undi da…
Kawasan yang terbakar berhadapan dengan kilang minyak sawit felda… banyak rumah sewa di situ… aku pun tak pasti berapa buah rumah… kalau nak tahu tunggu berita dalam suratkhabar…
apa pun… ku nak ucapkan takziah kepada mangsa mangsa kebakaran di sana… sabar sabar
ingat firman Allah dalam Al-Quran:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Keadaan selepas kebakaran… umpama padang jarak padang tekukur…
Popularity: 18% [?]










ya ampun
memang dugaan untuk mereka
smoga mereka tabah menghadapinya
tulah… harap dorang sabar.
2 kebakaran sudah dalam masa sebulan… iskh3x…
tu lah… herannya aku…
pelik……. setiap kli antara hmpir ramadhan hingga hmpir syawal mesT ada kbakaran…. hmpir stiap tahun……. ini la namanya ujian………
sabar…. sabar…..
tu lah.. menghairankan kan..
aduhai. kesiannya. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. bersabar jela..
saya sendiri pernah mengalami kebakaran rumah…ya Allah…rasa pilu sangat masa tu…sangat2 pilu…..erm…insyaAllah masyarakat setempat akan membantu…semoga mereka yang menjadi mangsa dapat bina semula tempat berteduh mereka…
salam
hai adry
kg saya pon dulu slalu kebakaran
tp alhamdulillah umah xpernah kena
sian tau mngsa2 kebakaran ni
harap dorg tabah melalui ujian ini
ya bahhhh…dua kebakaran dalam masa satu bulan
Adry…nt kita plan buka puasa sama² dgn geng TBU ya :D
Selamat menyambut bulan ramadhan
ya allah..kasihannya mereka…
bg adry, malam di jumpa di tomyam minum jus mangga gelas besaq raikan keklahn MU hehe
selamat berpuasa adry !!
Alhamdulillah, tak pernah lagi experience kebakaran. Tapi kalau banjir…ada la sikit, sbb masa belajar dekat UTHM dulukan pernah banjir sekali.
Tapi air tak masuk rumah la sbb rumah sewa tu tinggi sikit :-)
Mesti ada hikmah disebalik kebakaran tu…
masya Allah..muda-mudahan orng yang terlibat tu banyak2 bersbar….jgn lupa bagi yang ada wang lebih tu hulur-hulurkan lah bantuan.lebih2 lagi kat bulan posa ni..kalau tak da wang tu hulurkan lah bantuan tenaga buat rumah ke atau hulurkan pakaian ke atau sewaktunya le…
banyak2 kan lah bersabar bagi yang terlibat tu..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..nasib baik saye pun orng susah..kalau berada boleh lah saye tolong.saye cuma dapat tolng doakan kesejahteraan je…