Pagi ni aku dapat sms dari sis Maya : “Utk makluman semua, rakan kita, adik Junaidi (014853****) kini dikuarantin krn H1N1″ … lailahaillallah… aduhai.. kesian kawan kiter sorang ni… mudah mudahan cepat sembuh la kan… aku pun berdoa supaya tak kena penyakit ni…..
tak sampai 3 jam lepas ku dapat sms tu…. ku dikejutkan lagi bila dapat berita yang SMK Kuhara ditutup kerana sebab yang sama … Selsema Babi… H1N1… Influenza A…. calll anything you like it… it’s the same… aku dapat tahu bukan SMK Kuhara jak… malah ada beberapa sekolah lagi…
Antara sekolah yang dah sah kena tutup sementara :
SMK Kuhara , SM St Partick, SM Teknik, SMK Jambatan Putih, SMK Pasir Putih, SMK Merotai… yang selebihnya aku belum pasti… tunggu berita esok jak la… hehe
aku pun tak jelas sangat puncanya… tapi kalau da sampai sekolah ditutup tu maknanya ada la pelajar yang positif penyakit ni kan… dengar dengar ianya berpunca dari seorang pelajar dari SMK Pasir Putih… (Kalau silap betulkan) dorang semua hadiri sebuah program … entah la program apa… di kompleks sukan Tawau… pelajar pelajar wakil sekolah masing masing semua terjangkit masa program ni…. hermmm layakla… Junaidi pun sekolah di SMK Pasir Putih… hermmm….
SMK Kuhara dan sekolah sekolah lain yang terlibat akan tutup sehingga 07hb Ogos 2009, Jumaat tu bukak sekolah….. nanti cuti awal bulan Ramadhan tak dapat la tu kot… huhu.. kesiannya…
Aku pun tak tahu la nak cakap apa… ku sentiasa berdoa semoga semua selamat… taknak la ada kes ke 5 atau keberapa kematian di Malaysia yang dicatatkan kerana selsema babi ni di Tawau plak kan…
Lama tak update blog ni… sekali update pasal selsema babi lagi… hehehe…Â jangan jak pas ni… ingat babi ingat blog aku dah la… hahaha…
Tak lama lagi bulan Ramadhan… semua dah sedia??? banyakkan amalan time bulan ni tau… sekarang patut dah mula puasa… jangan asyik kenyangkan perut penuhi jemputan kenduri arwah sana sini masa bulan syaaban ni…. practice skit sebelum bulan Ramadhan… marhaban ya Ramadhan…
Popularity: 16% [?]








wahhhh… dah post… aku sms sis maya pagi tadi pasal c junaidi tuh… pasal jangkitan tuh, ianya bukan berpunca dari pelajar, tapi dari tenaga pengajar….
masa dorang buat program kat kompleks sukan hari tuh, pihak belia dan sukan telah menjemput seorang jurulatih dari hong kong…. dan megikut cakap2 pelajar yg ikut program tu, jangkitan tuh bermula dari jurulatih jemputan tuh….
untuk makluman juga, smk pasir putih dah tutup pagi tadi sehingga jumaat depan….
dah la aku tinggal kat pasir putih ni…. pelajar yg dikuarantin pun dari pasir putih… risau sudah penduduk pasir putih…
SM Teknik tawau baru je hari ni confirm. Tutup seminggu.
Kursus di kompleks tu dianjur oleh JCI. http://www.jci.cc/
makin teruk pulak selsema babi ni ya.. banyak sekolah tutup.. takut lah pulak..
askm. buat makluman semua ini berita yang sampai pada aku yang mengajar di smk kuhara. kes ini bermula apabila jci buat program di kompleks sukan tawau. salah seorang pencermahnya dari hong kong dan baru saja keluar hospital kerna membuat pembedahan. itulah puncanya. untuk makluman semua jci telah memperdaya sekolah-sekolah untuk menghantar peserta walhal program tersebut belum diluluskan oleh pejabat pelajaran daerah tawau. dan ada ura-ura saman akan dikenakan kepada jci. guru-guru yang terlibat telah disoal siasat kerana membawa pelajar ke program tersebut, namun semua mengakui mereka tidak tak tahu program tersebut belum mendapat kelulusan walaupun pihak jci telah beria-ia mengatakan program tersebut telah diluluskan. dan sehingga ke hari ini pihak jci belum membuat apa-apa kenyataan malah belum berani turun ke sekolah-sekolah walau telah diminta oleh pihak pentadbir sekolah untuk membekalkan mask untuk pelajar-pelajar. seorang pelajar kami telah disahkan, seorang guru sedang dalam pemeriksaan lanjut. kami semua terpaksa bercuti dan akan mengantinya pula nanti. kepada semua berhati-hatilah. salam dari saya
kat lahad datu
benda yg sama gak..
Sm sains dah abis kuarantin..
skrg ganti..
Sm Teknik..
Kacau arr..
kalo macam nie
hurmmm..
ya Allah..seramnya dgr..byk sgt institusi pendidikan tutup..UKM bila lagi..huhu..harap2 dijauhkan..ni tanda2 akhir zaman ni..smg smua yg disyaki disembuhkan..amin
lame tak masuk blog nieh…hi adry! sha tgh batuk nieh…ade kemungkinan h1n1 tak?
ya bha… mudah2xan kawan kita c junaidi toe ok… ndak apa2x…
AMIN!!…
kita sama-sama ambil iktibar dari kes-kes H1N1 di Tawau ni. ni semua peringatan Allah pada kita. takut jugak kalau fikir pasal ni, sudah la hari-hari berduyun0duyun orang datang ke kedai ku tu. mo pakai mask macam malu pulak,cam alien bah.huhu…aku cadang dengan kawan-kawan nak pakai purdah, selamat jugak ckit, tapi takut pulak nanti jadi fitnah kalau bila dah habis kes ni tiba-tiba buka purdah balik kan… Ya Allah, semoga dijauhkan dari semua penyakit ni..
uhhhhhhhhh that’s scary man…biar betul…that’s for the info bro..ko jugala harapan berita sensasi lagi terkini.ehheh
hurm, harap2 budak2 kuhara x apa2.
sy pun budak kuhara.
tp form 3.
heurm,
excel pun x jadik nak ambil.
kesian kawan kita junaidi. semoga dia cepat sembuhh. sebab kes H1N1 ni mo turun kerjapun macam takut2
hari ini cuti sampai jumaat semuanya gara-gara selsema babi…banyak kerja di sekolah tapi takut mau pegi sekolah…adui…pada kawan-kawan datanglah ke ekspo 1-5 ogos ini. inilah kerjanya kalau dah sekolah kena tutup. kami bergabung di gerai photografi gambar kahwin sebelah bank rakyat. syahnann photografik…silalah datang
salam jenguk..pergh..byk gak skolah da kena kuarantin kat sana ek..kat sini baru 2, tapi tu pon kira ganas la..kat balik pulau pun virus tu dah berjaya lepas..hahaha
Salam ziarah,
Yg hamba dgr2 prog tu prog 1Malaysia..yg tlah dinasihatkan utk tidak dibuat tapi nak juga dibuat. maka berjangkitlah mereka. Hm. Rakyat Didahulukan..
8 Ogos ni Festival Filem Malaysia di UMS..lagi ramai orang nnti..kita tgk brapa pula yg berjangkit
lama tak singgah sini…. adry apa khabar???
jgn la ada lagi yg kena…
pasang lampeberger bagus ni… boleh membantu kawal keadaan dr merebak teruk.. semua rakyat patut pasang lampeberger dlm rmh/pejabat/kereta msg2. Lampe Berger mempunyai fungsi yang dapat membunuh bakteria di udara. Ini dibuktikan semasa wabak Selsema burung atau SAR menyerang Singapura, pihak Singapura telah membeli pati Eucalyptus dengan DCHL bagi membunuh bakteria selsema burung dan langkah ini telah ditiru oleh hospital di Hong Kong pula.
Blh check out this website, http://www.lampeberger.com.
call me to know more. 012-2352355
critanya bgini…. kami ada ikut youth development camp di kompleks sukan tawau… 2 hari 1 malam. jangkitan berpunca daripada Miss Fransesca Ng yang dijemput oleh JCI Tawau dari Hong Kong…. syukur… aku kini sda sihat… dan kembali dgn crita baru di blog… jom la baca….
tempat aku dah 3 positif, tp still belum tutup..
moga cepat la berlalu bala H1N1 ni…