Hi all… seperti yang mana kamu sedia maklum … dalam entri “updates about me” aku ceritakan yang Isnin lepas aku gi Kota Kinabalu kan… business trip….

namun apa yang ku nak timbulkan di sini… adalah pengalaman yang ku lalui semasa perjalanan ku menuju balik ke Tawau… dari KK… menggunakan jalan darat

Rabu lepas… selepas selesai bersarapan di Ranau… on the way menuju ke Tawau… antara Ranau - Telupid… tiba tiba banyak kereta berhenti… kami pun turut sama berhenti… jalan jammed… aku turun dan lihat apa yang berlaku… masa ni akak aku yang drive… rupa rupanya nun jauh di hadapan sebatang pokok rebah sujud ke bumi menghalang perjalanan dari kedua-dua arah… so what can we do… just sit and wait la kan… ku lihat ada sebuah lori yang mempunyai jengkaut cuba menyelesaikan maslah tersebut…

Namun begitu tak sampai 5 minit kami menunggu… tiba tiba.. tak jauh di hadapan kereta ku… sebatang pokok rebah secara perlahan lahan dan terus menghempap kereta double cab… hilux warna hitam… ya Allah.. berdebar jantungku melihatnya… semua yang lihat kejadian tu terus keluar dari kereta masing masing dan memerhati pokok pokok yang berdekatan kami semua… maklumlah sekeliling kami banyak pokok… manalah tau ada lagi pokok nak rebah…semua panik tapi tak boleh buat apa apa.. aku arahkan akak aku jangan tinggalkan kereta sementara aku turun cuba memberi bantuan pada kereta yang kena hempap pokok tadi tu… mujur tak apa apa… sebab kena di bahagian hadapan… kalau belakang sikit… memang nahas la pemandu kereta ni…

kesian ku lihat… pucat gila pemandu tu… aku anggarkan dalam umur 30 lebih… aunty berketurunan kadazan agaknya… diam saja… muka pucat… ada yang bawa parang… gergaji cuba melepaskan kereta tu dari cengkaman pokok tersebut… nasiblah ada lori berjengkaut tu… (entah betul ker tak bahasa ku ni.. hahaha) boleh lah masalah ni diselesaikan segera…

Ketika kami sibuk membantu dihadapan ni… tiba tiba ada lagi pokok rebah di belakang… dekat sangat ngan kereta ku… ya Allah… memang mendebarkan la… nasib tak kena mana mana kereta…

setelah selesai pokok tu dialihkan…. kami pun teruskan perjalanan dengan agak laju agar melepasi kawasan hutan yang penuh dikelilingi pokok tu dengan segera… alhamdulillah takda papa yang berlaku…

soalnya sekarang… takda apa apa kah yang pihak berkuasa tempatan boleh lakukan??? Aku tak salahkan sesiapa pun… cuma atas dasar keselamatan untuk pengguna jalan raya dari KK ke Tawau atau Tawau ke KK… masalah ni patut diselesaikan… at least ada cara alternatif untuk elakkan pokok dari rebah menghalang laluan atau menimpa mana mana kereta yang lalu….

Aku dihubungi oleh seseorang …. my friend… yang kebetulan bekerja di syarikat akhbar Daily Express… ku ceritakan apa yang berlaku.. pastu dia tanya ada kemalangan jiwa tak?? senang cerita ada yang mati kah di tempat kejadian??? Aku kata takda… dia cakap , kalau ada kemalangan jiwa, berita ni boleh jadi “Front Page” Akhbar esok… aku ble dapat bayaran… kalau camni… takda market value… dah jadi perkara biasa… Alahai… takkan nak tunggu orang mati baru nak bertindak kot …. kalau dah jadi perkara biasa… maksudnya benda ni selalu berlaku… takkan PBT tak ambik tahu… takkan buat dek jerr kot…

so anyone of you… any idea???