Mula-mula aku nak cerita tentang kelas tai chi yang aku ikut semalam… tetapi aku ubah fikiran, untuk entri kali ni aku nak cerita apa yang berlaku semalam selepas aku balik dari kelas tai chi…


Seperti yang aku dah katakan… semalam aku mula ikut kelas tai chi buat pertama kalinya start kul 8 pm hingga 9 pm… tetapi oleh kerana aku dah ketinggalan beberapa kelas sebelum ni aku terpaksa buat extra.. so semalam aku habis kul 10pm… balik dari kelas , aku kuar minum ngan akak aku sampai kul 10.30pm… so dalam kul 10.45pm aku sampai rumah… oleh kerana dah penat kejap jerr dah tidur… tetapi around pukul 11.10pm kawan aku Daud rupa-rupanya datang ke rumah… oleh kerana aku dah tidur abang ipar aku yang ambik pesan then kejutkan aku… apa pesanannya?? “Bang tolong bagitau si Adry bapaku meninggal dunia ya..” Lebih kurang macam tu la kata daud ngan abang ipar aku…

Innalillah wainna ilaihi rajiunn…

me and my friend daud…

Of course la aku terkejut!! Aku kelam kabut bersiap then straight terus pergi ke rumahnya…. Subhanallah…. kesian kawan aku ni… aku peluk dia dan bisik kata semangat kat dia… satu jak yang dapat aku kata masa tu… Sabar.. sabar… sabar….
bila dia dah agak tenang , aku suruh dia jangan terlampau bersedih , insyaAllah Ayahnya selamat…. sesiapa yang baru saja solat isyak berjemaah bersama dengan arwah pada malam tersebut mesti terkejut …. macam tak percaya bab baru jak jumpa… tapi ajal maut di tangan tuhan… tiada siapa yang dapat menduga…

Daud bertanya dengan aku… bagaimana aku hadapi situasi ni masa mak dan ayahku meninggal dunia… aku jawab, tak perlu bersedih sangat… sebab arwah cuma pergi ke alam lain… doa kita sebagai anak yang penting untuk membantu arwah … menjamin arwah selamat di sana…. insyaAllah… doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya tiada penghalangnya….

Bila keadaan agak tenang , aku tanya apa yang telah berlaku…. dia cerita yang ayahnya memang ada penyakit jantung untuk sekian lama…. beberapa hari sebelum arwah… ayahnya memang susah nak tidur bab sesak nafas…. mereka adik beradik nak bawa ke hospital tetapi ayahnya berkeras tak nak… (mmm biasalah.. dulu arwah ayah aku pun tak suka pergi ke hospital tapi kalau dipujuk baik-baik mau jugak akhirnya.. )

Ok , pada malam tersebut arwah ayahnya hendak minum “coca cola” (Orang yang sesak nafas memang suka minum minuman bergas walaupun dilarang oleh doktor) jd anaknya yang paling bongsu pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi tiada oleh itu dia pergi cari kat kedai runcit lain yang agak jauh… mungkin agak lama… ayahnya berjalan naik ke atas… beliau singgah kat kedai runcit berhampiran bus stop berdekatan masjid mencari anaknya… dia sempat bertanya dengan budak-budak yang lepak kat bus stop tu… “Ada kamu nampak si boy???” (Lebih kurang begitula ayatnya.. ) Kemudian tiba-tiba , mungkin akibat penat beliau terus sesak nafas dan terus rebah di jalan berdekatan bus stop di depan masjid ….

Dua orang yang tinggal berhampiran iaitu bang Izzudin dan bang zul datang memberi pertolongan dan menghantar arwah ke hospital… arwah sempat koma buat beberapa ketika sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir setengah jam kemudian…

Lebih kurang begitulah kejadian yang berlaku… buat keluarga Arwah diharap banyak bersabar… insyaAllah roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh … aminn..

Popularity: 5% [?]