Aku publish entri ni beberapa jam sebelum TV3 siarkan rancangan 999 malam ini yang akan memaparkan isu pelacuran di Tawau. Malu?? Hish… siapa tak malu beb… tapi kebenaran itu tidak dapat disangkal lagi…. malu kerana berlaku di tanah kelahiran ku… tapi aku rasa yang patut lebih malu lagi adalah mereka yang “berwajib” yang mustahil tidak tahu akan hal ini tetapi tidak mengambil langkah yang serius untuk membanterasnya…  nak tunggu seorang wartawan dari semenanjung Malaysia baru nak terhegeh hegeh ambik tindakan…

Come on la.. bukan orang tak tau… rasanya semua da sangat maklum di mana tempat tempat pelacuran ni…  tempat tempat seperti “padaidi” yang jaraknya cuma beberapa langkah dari Masjid Bandar… semua orang di Tawau ni tahu… takkan la polis yang hari hari round bandar tak tahu???


Mungkin tempat tempat yang agak eksklusif seperti hotel hotel terkemuka di Tawau ni orang ramai susah sikit nak hidu melainkan mereka yang dah biasa jadi pelanggan kan… tapi tak nampak satu usaha yang serius yang diambil untuk banteras kegiatan “bangsat” ini…

NEW SABAH TIMES

Polis pergiat serbu premis disyaki jalankan kegiatan pelacuran , 7th May, 2010

TAWAU: Polis Tawau akan terus mempergiatkan serbuan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di daerah ini sebagai langkah memerangi habis-habisan aktiviti haram itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, sejak Januari hingga kelmarin, sebanyak 33 serbuan telah dibuat dan 25 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat di dalam aktiviti persundalan.
Dalam kes terbaru iaitu pada 4 Mei lepas katanya, pihaknya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita berusia di antara 39 dan 51 tahun dari sebuah rumah di Jalan Dominic kerana dipercayai terlibat menjalankan aktiviti tersebut.
Menurutnya, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diberikan oleh krew sebuah syarikat televisyen swasta, yang berjaya menyelamatkan dua wanita Indonesia yang dipaksa menjadi pelacur oleh kesemua suspek sejak lebih sebulan lalu.
Kedua-dua wanita itu telah dibawa oleh krew terbabit ke pejabat Konsul Indonesia di Tawau.
“Dua daripada suspek yang kita tahan itu adalah warga Indonesia yang bertindak sebagai bapa dan ibu ayam manakala seorang daripadanya adalah lelaki tempatan yang kita syaki bersubahat menjadi agen untuk mencari pelanggan,” katanya.
Ibrahim memberitahu, turut ditahan bagi membantu siasatan ialah tiga lagi wanita yang berada di dalam rumah terbabit.
Dua daripadanya adalah anak kepada suspek wanita berkenaan manakala seorang lagi adalah penyewa di rumah tersebut.
Kes itu katanya kini disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Kisah bagaimana wartawan Terkenal TV3, Mazidul Akmal Sidek menyelamatkan dua orang pelacur rasanya semua da maklum… kesian pun ada… malu pun ada… entahlah… aku tak tau la macam mana nak gambarkan perasaan ini… aku sangat kecewa kerana perkara seperti ini boleh menjadi jadi di sini… ini bukan kali pertama tau… aku masih ingat lagi pendedahan eksklusif Karam Singh Walia di Buletin Utama TV3 satu ketika dahulu yang melabelkan Tawau sebagai Pusat Pelacuran Asia… ini semua kerana pelacur yang ada di sini berbilang bangsa dan dari pelbagai negara…

macam mana tak pelbagai negara… orang boleh suka suka hati keluar masuk Malaysia melalui Tawau walau tak punya sebarang dokumen… aku pernah cerita dalam blog ku pasal ni dulu… haih …

Aku tau aktiviti pelacuran ni ada di mana mana… tapi kenapala Tawau boleh jadi antara “ranking” di Malaysia ni.. Astagfirullah…  Sekarang macam-macam berlaku di Tawau ni.. akan ku cerita satu persatu selepas ni… Ya Allah , berilah aku kekuatan.