Korang semua tau tak apa tu ic hijau??? Kad pengenalan hijau… ianya kad pengenalan untuk mereka yang berstatus pemastautin sementara/penduduk sementara di negara kita… dulu ic ni dah ditutup permohonannya sekitar tahun 2004….

Tetapi baru baru ni … menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengumumkan ianya akan dibuka semula 15hb November 2008… aku taklah ambik peduli sangat akan hal ni pada mulanya…

Tiba tiba sabtu lepas, aku ke bandar Tawau… aku terkejut apabila lihat ratusan atau ribuan orang berkerumun di bangunan persekutuan… pada mulanya aku tak tahu apa sebabnya (takkan ada demonstrasi di Tawau kan.. huhu) Bila aku tanya kepada kawanku, baru la ku tahu semuanya gara gara mau buat ic hijau….

Malangnya pada 15hb (Sabtu Lepas) , hari yang dijadualkan tidak menjadi di Tawau… berbeza dengan tempat lain di Malaysia. Jadi ianya di tunda ke hari isnin… Jadi kemarin aku pun menyibuk la jugak di sana untuk lihat bagaimana situasinya kan… huhu… kecoh gila…. aku tak sangka begitu ramai orang yang punya masalah dokumen pengenalan diri…. (ramai awek cun cun woo) hahahaha… jadi kepada sesapa yang ada MyKad… sila la cari calon anda di sini… hehehe… confirm laku… (Oppss… aku gurau jak ek… lawak sinis… tapi ingat jangan pilih isteri hanya berdasarkan rupa saja… ikutlah tips tips memilih yang diberi oleh Rasulullah s.a.w)

Aku malas nak cakap panjang… layan jak la gambar gambar yang ada k… semua ni aku cilok dari blog pemuda PAS Tawau… blog baru ni… aku pun baru tahu akan kewujudannya… aku dapat tahu dari blog kawan aku ROMZI... Thanks…

Untuk melihat berita yang lebih terperinci sila ke blog itu.

Share/Save/Bookmark