Nasib la ni hari cuti kat Sabah… Good Friday… adalah masa aku nak update dan bloghoping….

Kelmarin … pukul 3petang… ramai yang ternanti nanti keputusan dari Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang baru saja mengangkat sumpah pada 3hb April baru baru ni Datuk Seri Mohd Najib Razak.

PASUKAN BARU..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF.

Oleh kerana keterbatasan waktu ketika itu… aku tak sempat balik rumah jadi aku terus singgah di warung ayah angkat aku di Hill Top untuk menonton di kaca televisyen akan kabinet baru yang bakal diumumkan ketika itu… waktu aku di sana… ramai orang juga ternanti nanti perkara yang sama… volume suara TV diperbesarkan sehingga hampir tahap maksima kemampuan TV itu dek kerana ramainya yang ingin melihatnya….

Apa yang dapat ku lihat…. ramai yang ada ketika itu merupakan muka muka peraih projek kerajaan di sini… aku ada kenal beberapa orang yang kononnya “kontraktor” ….. sempatlah juga aku korek korek cerita di sana… pandangan politik melaysia melalui kaca mata mereka yang ada di warung kopi…

Ada la yang menjangkakan beberapa orang muka baru dalam kabinet…. tapi yang paling mengejutkan aku ketika itu… salah sorang kontraktor ni bagitau kat aku… kalau ada sorang menteri ni dilantik, dia confirm dapat projek tukat paip air di salah sebuah kawasan di Tawau ni… dan dia kata projek tu nilainya RM 5 Juta… ish ish ish…. dia cakap dokumen yang diperlukan pun telah di sain terlebih dahulu… cuma tunggu orang orang tertentu ni mendapat greenlight dari orang tu saja… Gila sungguh dorang ni… Main culas ni… hehehe.. nasib la orang tu tersenarai …. padan muka!

dah dah … tak nak la cerita lebih lanjut… keputusan telah pun dibuat… Kabinet Malaysia yang baru pun telah ada…. rujuk gambar di bawah…. terus terang aku cakap, puas hati aku tengok Khairy tak tersenarai…. kalau korang ada yang penyokongnnya… sori la ek.. jangan plak marah ngan aku…

Klik Imej untuk lebih jelas…

Gambar ni dari Berita Harian