Atas permintaan ramai… sms… e-mail dan PM yang ku terima di facebook…. di sini aku siarkan gambar gambar kejadian banjir besar di Kg Pasir Putih Tawau. Semoga ianya menjadi peringatan buat kita semua di masa hadapan. Ku harap kita semua ambil iktibar dari peristiwa ini dan jangan sekadar pandang tanpa apa apa erti bagi diri mereka yang tak terlibat atau yang tidak menjadi mangsa.

Gambar gambar tersebut ku ambil dari laman komuniti facebook MyTawau yang mempunyai lebih 11 ribu ahli and the number still growing. Thanks to Enchek Zsuperc & Nik Abdullah.

Sebenarnya hujan yang sangat lebat pada malam 28hb Julai 2010 bukan sekadar mengakibatkan banjir di Pasir Putih , tetapi jalan di KM42 (Sungai Burung)  iaitu jalan utama  Tawau – Semporna runtuh (10pm) dan terpaksa ditutup hingga keesokan harinya dan dibuka semula sekitar 2pm.  Nasiblah takda kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di sini.

Cerita pasal Kg Pasir Putih plak… kalau diikutkan pasir putih ni memang selalu banjir… tetapi banjir yang kali ini bukan seperti apa yang berlaku sebelum ini. Dulu banjir hanya melibatkan mereka yang mendirikan rumah berdekatan sungai tetapi kali ini air naik sangat tinggi hingga menenggelamkan berpuluh puluh rumah sehingga ku dengar 5 buah rumah ranap akibat banjir kali ini. Ada juga yang mengatakan berlaku kematian tetapi belum dapat disahkan lagi.

Semua gambar gambar ini dirakamkan pada pagi keesokan harinya.

Kebiasaannya air akan naik sedikit demi sedikit tetapi diberitakan banjir kali ini air naik mendadak dengan secara tiba tiba dan mengejutkan seluruh penduduk kampung. Itulah sebabnya mereka tidak dapat menyelamatkan kenderaan dan harta benda.

Banjir kali ini melibatkan 300 buah keluarga dan kejadian berlaku sekitar 7.45pm.

Aku pergi ke tempat kejadian pada waktu tengahari 30hb Julai 2010 untuk melihat keadaan kg tersebut dan menunaikan solat jumaat di Masjid berdekatan. Pada waktu ku tiba di masjid , ku lihat ramai keluarga yang ditempatkan di situ. Semua dalam keadaan lesu dan sedih… selepas solat jumaat , aku sempat bersama penduduk kampung menunaikan solat hajat.

Usrah pada sebelah malamnya dibatalkan … aku dan rakan rakan seusrahku turun ke kg pasir putih bergotong royong untuk membersihkan rumah yang terlibat. Bak kata sahabatku Rashid..merasai jeriih payah membersihkan rumah yang ditimpa banjir….intipatinya….jerih payah org lain kena dirasai..baru tau akan kepayahan orang lain….bukan sekadar meniti dibibir sahaja..

Sesuatu mesti dilakukan untuk penduduk Kg Pasir Putih… pada pandanganku…selagi tidak ada langkah yang dilakukan, selagi itu perkara ini akan terjadi lagi…

Innalillah wainna ilaihi rojiun…tazkiah buat sahabat2 yang di timpa musibah…..banyakkan bersabar atas ujian yang diberikanNya…