Tak lama lagi nak Hari Raya da… terus terang aku cakap…. aku sedih bab nak tinggalkan bulan penuh barakah… Bulan Ramadan al Mubarak ni… macam macam kejadian yang berlaku dalam bulan puasa ni… ada yang ajalnya sampai… ada yang kena musibah….. cukup buat peringatan pada kita semua sesungguhnya bila bila masa saja nyawa kita boleh dicabut dek malaikat izrail… cuma kita tak tahu giliran kita bila…

Sebenarnya pada mulanya aku nak cerita pasal gathering berbuka puasa semalam dengan Tawau Bloggers… tapi aku postpone cerita tu bab belum dapat gambar-gambarnya…

kali ni aku nak cerita berita berita yang agak mengejutkan yang ku terima seawal kul 6.30 am… berita pertama yang ku dapat adalah mengenai kematian Cikgu Fatmang Renreng yang mengajar di St Ursula Tawau

Gambar Arwah dengan anak muridnya

Menurut sumber yang ku terima,hampir 50% badan Allahyarham melecur kerana terlibat dengan insiden letupan dapur gas di rumahnya sendiri.Menurut jiran,Allahyarham cuba memperbaiki dapur gasnya yang bocor namun agak malang apabila ianya meletup secara tiba-tiba dan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan yang serius.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah perkuburan orang-orang Islam dekat Sekolah Agama Rakyat Islamiah,jalan Utara hari ini sekitar jam 12 tengah hari.

Tak cukup dengan berita tu… aku dapat panggilan dari seorang kawan yang mengatakan ada kebakaran di bandar Tawau… dia cakap berdekatan dengan bangunan Mara… bila ku tanya kedai mana… dia cakap Aidiel Mini Market… Astagfirullah… itu kedai abang kawan baik aku (Amsah)… huhu… aku sempat juga ke tempat kejadian… hangus satu kedai… dengarnya punca bab litar pintas… kedai sebelahnya pun kena skali… punca tak tahu dari mana la…

All in all … itu sahaja berita ringkas yang ingin ku catitkan di dalam blog ku ni supaya menjadi peringatan buat diriku dan siapa yang ingin tahu apa yang telah berlaku di Tawau hari ini. Mood menulis berkurangan bab letih sangat… hehe … kepada ahli keluarga yang terkena musibah ku ucapkan salam takziah… banyakkan bersabar dengan ujian yang Allah timpakan ini…

Popularity: 26% [?]