Akhirnya.. Madrasah Summer Camp 2008 berakhir… Aku pasti , program yang julung kali diadakan di Tawau anjuran Madrasah Darul Hidayah ini akan meninggalkan seribu kenangan kepada semua peserta dan AJK yang terlibat dalam menjayakan progam ini.
Tak kisahlah sama ada ajk madrasah atau Unit Amal, yang pasti semuanya berpuas hati dengan program kerjasama ni…
Ku harap agar semua ukhuwah yang terjalin sepanjang program ini akan terus berkekalan… kepada peserta, ku doakan semoga segala ilmu yang dikutip sepanjang program ini dapat diamalkan…. dan insyaAllah akan dapat membawa sinar perubahan dalam diri masing masing sebagaimana ianya pernah memberi impak kepada diriku satu ketika dulu…
Ku teringat kepada kata kata Cikgu Nasir dalam usrah Unit Amal Jumaat lalu yang diadakan di madrasah apabila satu soalan diajukan oleh saudara Malik mewakili AJK Madrasah yang menanyakan bagaimana hendak memastikan peserta peserta yang hadir dapat terus berkelakuan sebagaimana kelakuan mereka sepanjang program dan tidak kembali kepada kelakuan negatif yang ada pada diri mereka.
“Kita hanya boleh berusaha, menyampaikan apa yang baik… soal hidayah itu datang daripada Allah… siapa yang mendapat hidayah itu kuasa Allah… kita hanya mampu berdoa semoga timbul kesedaran dalam diri mereka …. Kita juga berdoa semoga segala usaha yang kita lakukan akan diterima oleh Allah swt.”- Cikgu Mohd Nasir Ali
Adik adikku…. Kalau kamu baca apa yang abang tulis disini, tolonglah dik… jangan sia siakan apa yang kamu perlajari… abang dan kawan kawan abang dah lakukan sedaya upaya dan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan apa apa sebagai balasan… walaupun perkenalan kita cukup singkat , tapi percayalah yang abang betul betul ambil berat akan kamu… semoga segalanya tidak sia sia insyaAllah.
Akhir sekali, hayatilah ucapan perasmian penutupan dari Rektor Madrasah Darul Hidayah, Al Fadhil Cikgu Kadarisman Kadiran.
Popularity: 7% [?]








wah2. sumenya pki serban dan kopiah. nampak suci je. sejuk mata memandang :D
hehe… sedap mata memandang ek… hehe
bagus la aktivit2 macam nih.. huhu.. membina sahsiah masyarakat..
tak macam kat KL… asyik buat konsert meruntuhkan ahklak jer…
Jards last blog post..Twilight – New Obsession???
yeap… budaya konsert pun dah mula menular di Tawau
Tahniah Bro! berjaya buat activity cam ni!
Terima kasih bro shaxx
wah bro! ko salah sorang drp organizer ke? bgusnye wat mende2 camni, smoga usahamu diberkati-Nya
y
mYshahs last blog post..when can 3 smaller than 2? (^.~)
yes… thank you shah
mabruk utk org2 Tawau…alhamdulillah.
khairaummahs last blog post..AS-SYURA
jazakallah…
adry! bila nak buat kat semenanjung, bro? nak join!
huuhuh…
uiks… kan kat semenanjung lebih banyak program macam ni… hehe
sangat bagus aktiviti pengisian rohani sebegini, tahniah
etomyams last blog post..20 Orang Terkaya di Malaysia 2008
yeap.. betul tu… insyaAllah bawa perubahan buat diri peserta
Hmm bagus,tahniah kerana dah selesai hehe..
AfeaZD @ afeazd.co.cc
AfeaZDs last blog post..Spesel Yang X Spesel Sangat
fuh… lega perasaan…
wahhh…sejuk hati dnegan program camnihhh
hananimonais last blog post..Ong Bak di Tempat Watashi
semua sejuk… ehehhee
semoga mereka berjaya dan terus berjaya
Mak Sus last blog post..Rumah hantu @ rumah berhantu
kita doakan bersama maksu…
semoga program macam ni selalu diadakan kepada anak remaja…
Neezas last blog post..Grrrr!!!!
insyaAllah disember ni padat…
setuju dgn diya..
sume nampak suci je..
hehe
hahaha… alhamdulillah..
alhamdulillah masih ada yang sudi buat kerja2 macam nie. kalo tidak abis la dunia nie.
slumbeRAJAs last blog post..Wendy’s: Selamat Tinggal Big Mac!
betul tu… kalau saudara/saudari pun ble join sama
mak aih.. nampak cute jeek jadik ustat hehe
hahaha… alhamdulillah… semua kurniaan Allah
bestkan wat program dgn budak2. ada bakat jadi AJK madrasah ni.. hee
haha… ya ya… memang best… sangat mengujakan
alhamdulillah..
setel suda program!
ensem adry pakai kopiah!
hiks~
uiks… kembang kempis hidung dipuji macam tu
uishh lame nye kem ni!!
ngee
lg bro buat aktiviti ape?
ish..
sedih tgk budak2 tu
harap diorg tak sia2kan manfaat yang diorg dpt dr program ni..
itu lah harapan kami semua …. nanti saya ceritakan aktivti apa lagi yang akan saya buat k
sejuk mata memandang
benar… alhamdulillah..
bagus ada program macam nie..
semoga program macam nie akan selalu diadakan untuk seua golongan..
Along Armans last blog post..Membuat Link Tab
insyaALlah… ada banyak lagi aktiviti menuntut keterlibatan semua bersama untuk setiap peringkat umur
salam, just returning the shout but could not load your shoutbox after many tries… have a nice day!
Salam… owh.. thanks… have a nice day too
Alhamdulillah. Tahniah ye Adry. Bukan senang nak jumpa anak muda yang suka hal-hal kebajikan demi agama begini. Syabas untuk anda.
Terima kasih Atiqah… insyaAllah akan diteruskan… aminn
Salam untuk saudara Kadarisman.dari ust Fauzi drPulau Pinang