cp1

Bila kita sebut kedai roti… bakery house… cake house.. etc etc… mesti ramai yang terbayangkan kedai roti yang menjual pelbagai jenis roti dan cake yang pelbagai warna dan bentuk yang pasti membuatkan kita teringin nak membelinya namun begitu kebanyakan kedai roti yang ada di Tawau ni dimiliki oleh orang cina… it’s a good business… yeap, that’s true! But the question is… are you sure the food (roti, kek) that you eat is halal??? Apa yang pasti, kita nakkan kedai roti yang menjual makanan makanan yang dijamin halal tanpa mengorbankan rasa kelazatannya… jd kita pun boleh membeli dengan tenang tanpa rasa was was.

This is where Cahaya Permai Bakery Cake House comes in… dengan tema Halal, Berkat dan Lazat… kita pasti kagum dengan ketekunan pekerjanya di sebalik dinding cermin sebaik kita melangkah masuk ke dalam kedai ini. “ianya satu kelainan yang dirancang” kata Encik Nazarul Akmal Alias Pengurus Cahaya Permai. Pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana mereka membuat kerja dan tahap kebersihan tidak lagi jadi persoalan.

Kami , Tawau Bloggers berkunjung ke kedai ini pada hari Ibu yang lalu… Namun begitu, oleh kerana terdapat masalah semasa perpindahan server hosting blog ini dan laman web Tawau Bloggers, entri ni lambat keluar… Seribu kemaafan kami ucapkan. Ianya bukan disengajakan.

Mereka-mereka yang bertungkus lumus menjayakan perniagaan ini.

Kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke kedai roti ni silalah pergi dan rasa sendiri roti roti dan cake yang dijual di sini. Aku berkesempatan merasa sendiri beberapa jenis roti dan cake yang ku beli di sini sempena hari ibu (aku sambut bersama mak angkat aku) beberapa minggu yang lalu… harganya memang murah dan lazat… senang kata, memang berbaloi beli di sini…

Nak tahu apa yang special kat sini??? Cuba beli dan rasa Cahaya Permai Blueberry Bread … nampak macam roti roti biasa kan??? Tapi rasanya… subhanallah… sangat sedap… dan hanya boleh didapati di sini.


Gambar berikut merupakan pemilik resepi asal roti ini merangkap ketua chef.

Info Cahaya Permai Bakery & Cake House:

Perkhidmatan:
Menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan roti untuk pelbagai acara.

Alamat:
TB 446, Block L, Ground Floor,
Bandar Sabindo.
(Hadapan Grace Plaza, Sebelah Avon Cosmetic)

Telefon:
013-8808794 (En Nazarul)

Organisasi syarikat:
Penasihat – Ustaz Harun Mat Saat
Pengarah – Mohd Nizam Abd Wahid
Ketua Pengurus – Samsu Kullu
Pengurus – Nazarul Akmal Alias
Pengurus II – Abu Bakar Abdul Rahman.

Akhir kata, ku doakan semoga perniagaan Cahaya Permai Bakery & Cake house ni berjalan dengan lancar dan berkembang baik di masa hadapan. Lagipun, memang kurang sangat kedai roti milik bumiputera di Sabah ni.

Rujuk : Tawaubloggers.com