Ntah napa… hari ni aku tetiba rajin… hahaha… guess what I do?? Aku masak… Masak!! Napa tak percaya ker?? Hehehe… dulu aku memang slalu masak , especially beberapa jenis resepi kepakaran mak aku … My mum orang banjar , so one of her specialty tak lain dan tak bukan of course lah “Soto Banjar”…

So ini adalah antara masakan wajib yang kami adik beradik mesti tau masak…

Pergedil

Sebenarnya yang paling rumit bab soto banjar ni terletak pada pembuatan pergedil dan kuah sup nya… selalunya restoran yang jual soto ni, buat pergedil memang simple gila… hanya kentang yang direbus dan dilenyek-lenyek sebelum di goreng menggunakan telur sedangkan masih banyak bahan yang perlu dicampurkan untuk membuat pergedil yang sempurna.

Aiseh… cam blog pompuan plak.. hehehe… dah dah.. lantakla korang nak cakap apa… beralih kepada makanan kedua…dah alang alang aku cerita bab makanan kan… ok, you all tau tentang nasi lemak kan.. saya pun selalu makan nasi lemak especially bila berada di semenanjung Malaysia… tapi di Tawau tidak.. orang di sini lebih ramai suka makan Nasi Kuning… It’s up to you samada nak makan nasi kuning ikan atau ayam… yang penting memang sedap wooo…

Ada banyak restoran dan gerai gerai yang menjual nasi kuning di Tawau… Antara yang terkenal dengan nasi kuning adalah Nasi Kuning Hj Tamrin… Nasi Kuning Hill Top (Warung Senario) .. tetapi the BEST Nasi Kuning di Tawau ni sebenarnya berdekatan Hot Spring… satu gerai jualan kecil berhadapan dengan Gerai Sate Mas AF2 yang dulu dikenali Nasi Kuning Mak Cik Land Rover sempena kereta yang digunakannya… tetapi makcik ni dah meninggal dunia bulan Mei tahun ni dan diganti dengan suami beliau… so sekarang aku panggil Nasi Kuning Pakcik Van bab keta land rover tu dah dijual diganti dengan van putih.. hehehe

Napa sedap?? Rasanya yang sedap dan cukup membuka selera sehingga boleh membuat orang terliur, ia jelas mengalahkan nasi-nasi kuning lain yang dijual di sekitar Tawau… Gerai ni cuma jual nasi kuning saja… memang laku.. kalau lambat memang takkan dapat… bab nasi kuningnya bukan saja digemari oleh masyarakat Melayu, tetapi cukup digemari oleh Kaum Cina di sini… Satu lagi yang perlu diingat, pakcik ni bukan jual hari hari… beliau akan jual nasi kuning bila ada jenis ikan yang diingini dijual di Pasar.. Ikan yang digunakan ialah Ikan Alu-alu …

Apa tu ikan alu-alu?? Aku pun tak tahu bahasa standard yang digunakan… Alu-alu ni nama panggilan orang Tawau… hahahaha….nanti aku tanya ngan Tawau Bloggers yang lain…

Ok that’s it for now I guess… dari soto banjar ke nasi kuning hingga ke ikan.. lain kali aku akan sambung , k… signing off.. - Adry Sabry.