“Adry… jadi bapak suda kau!!! TAHNIAH!!!” …” Welcome to the club Adry” …” Semoga kau jadi ayah yang mithali Adry”… Inilah antara ucapan ucapan yang ku terima di saat berita gembira mengenai kelahiran anakku ke dunia ini mulai tersebar di kalangan rakan rakan… keluarga melalui sms… dan facebook…. ya … Alhamdulillah… Tidak dapat ku nukilkan betapa bersyukurnya aku ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikanNya kepadaku.
Doa dan ucapan tanpa jemu dari sahabat sahabat sekalian amat ku hargai…Â Â Alhamdulillah… anakku lahir pada pukul 1.45am, 16 Jan 2012… Perempuan… ku berikan nama Nurul Eiman…
Aku tak dapat gambarkan bagaimana perasaanku saat ku dimaklumkan oleh kakitangan hospital Tawau bahawa isteriku selamat melahirkan anakku pada pukul 6.45am… iya… 6.45am!! Walhal isteriku melahirkan pada pukul 1.45am…. aku mulai resah menunggu di luar wad selepas isteriku dimasukkan ke dalam wad bersalin pada pukul 9.30pm… dari pukul 9.30pm 15 Jan aku menunggu di luar bilik… hinggalah keesokan paginya…. soal maklum lambat tu takpa lah… yang penting isteriku selamat… anakku selamat…
Terima kasih sangat sangat kepada rakan rakan yang sentiasa memberikan sokongan…Â Fikri… hingga sanggup datang ke hospital pukul 1 pagi untuk temankan aku… Kakakku… dan ramai lagi yang tak dapat ku sebutkan di sini… Hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua…
Nurul Eiman… tiada apa yang abah dapat ucapkan untukmu melainkan doa yang abah selalu mohon kepada tuhan semoga eiman sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T… Moga kau besar nanti jadi anak yang solehah… jangan derhaka kepada umi dan abahmu… jadilah kau insan yang sentiasa ingat dan rasa diri bertuhan…Â jangan lah takbur dan lalai dalam menunaikan tanggungjawabmu sebagai hambaNYA… pemilik seluruh alam kejadian yang kau lihat ni nak…
Abah masih ingat dengan jelas… saat eiman diletakkan di tangan abah…. betapa kecilnya kau lahir di dunia ini… betapa terharunya abah …. Gementarnya abah saat hendak mengazankan di telingamu… setiap titisan air mata abah ketika itu… moga kau dapat rasa betapa kasihnya abah dan umimu terhadapmu…
Buat Isteriku… Umi Eiman… Len… Thank you for everything… thank you Allah for this lovely creature that i held in my hand… Our lovely daughter… Nurul Eiman…






tahniah adry
Tahniah…. ini amanah. Jagalah sebaiknya.
tahniah Adry,,.sudah jadi bapak.
semoga jadi bapak yang mithali ye
Tahniah bro, dan….lama giler tak update blog..