Sapa tak kenal akan kumpulan SEARCH kan… kumpulan rock yang sangat popular terutamanya di negara kita ni. Sebut saja Isabella, semua akan ingat akan kumpulan ini… lagu yang cukup berhantu kerana auranya masih ada hingga kini…Â lagu ini juga menaikkan nama kumpulan ini di negara seberang.
kenapa “Lagi”?? Sebab dalam tahun yang sama… SEARCH nampaknya hadir untuk kedua kali , membuat persembahan untuk rockers di Tawau. Beberapa bulan dahulu… SEARCH & WINGS bekerjasama menjayakan konsert mereka di Tawau. Konsert yang dipanggil Konsert Double Trouble.
Dalam konsert double trouble dulu… ramai yang berpuas hati dengan persembahan mereka… sound system yang mantap… cuma yang kurang sedap didengar apabila tempoh persembahan mereka disingkatkan… mula agak lambat… sehingga ada peminat yang merungut kerana mereka rasa tidak berbaloi dengan harga tiket yang mereka bayar…. RM50… mungkin kalau di tempat tempat lain , khususnya di semenanjung Malaysia…. boleh dianggap murah… tetapi tidak di Tawau. Nilai ini boleh dikira “mahal” bagi masyarakat di sini.
Rujuk review konsert ini di sini : Tawau Bloggers : Konsert Double Trouble
Nah… nampaknya peminat SEARCH tidak perlu menunggu lama untuk menebus kehampaan mereka kerana SERACH datang untuk kedua kali ke sini untuk menghiburkan mereka… dengan persembahan penuh kumpulan SEARCH…. di tempat yang sama… Stadium kompleks sukan Tawau dan nilai tiket yang boleh dikatakan murah… RM25… mungkin ini diharap dapat menebus kehampaan peminat mereka.
Tawau Bumi Rockers… inilah antara istilah yang sering disebutkan oleh orang Tawau di mana mana saja… tak kira dalam perbualan seharian atau di laman laman blog… facebook atau twitter.
Para peminat SEARCH boleh mengikuti perkembangan terkini konsert ini melalui laman facebook konsert ini di Tawau dengan melayari laman ini : Konsert Fenomena 30 Tahun Searh Tawau
P/s: Aku harap satu jak… janganlah ada pergaduhan atau kejadian kejadian yang tidak diingini berlaku di sana nanti… ingat… jaga nama baik daerah kita…






No comments yet.