Everyone i know seems to be very excited for this concert…  namun begitu ramai yang telah salah anggap , mereka ingat konsert sebelah malam jak padahal pada 24hb Disember tu akan ada Fiesta Gemilang Tawau 2011 yang akan mengisi program sepanjang hari tersebut di Kompleks Sukan Tawau.

 

Antara program fiesta gemilang Tawau 2011 itu adalah seperti : Search Idol, Tiru Gaya Search, Autoshow (Kereta, Motosikal, Lori, Basikal), Sound Blast, Persembahan Kebudayaan dan Tarian Moden, Pameran dan Jualan Produk Tempatan. Ianya akan berlangsung di perkarangan Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.

Nah… sesiapa yang bosan takda buat apa apa pada hari Sabtu tu… datanglah ke kompleks sukan Tawau …. banyak program program menarik dari pagi sampai petang.

Oh ya… selain daripada kumpulan Search… malam tu Stacy akan jadi opening… na… sapa yang minat stacy tu…. boleh la tengok skali aksinya pada malam tu…

Sepanjang aku menjadi ahli Tawau Bloggers ni… cukup banyak jugak penganjur penganjur konsert yang meminta kerjasama dari kami… jadi jangan herannya la… pas masuk free… tiket free… kadang kadang boleh jumpa eksklusif dengan mana mana artis yang buat persembahan di Tawau sudah menjadi kebiasaan bagi kami… semuanya terpulang dari kami… sapa mau pg  boleg pg… sapa tak mau , duduk rumah diam diam… hehehe…

macam macam karenah atau gayak orang Tawau yang telah ku saksikan dengan mata kepala ku sendiri…  di Tawau ni walaupun rakyatnya terkenal sporting …peramah….    tapi kadang kadang ada jugak yang ku tak berapa berkenan… sebagai contoh pada konsert lagenda rock yang baru berlalu beberapa bulan lepas menyaksikan Mus dari kumpulan May dilempar botol air hingga terkena di kepalanya… bila??? Ketika dia khusyuk menyanyi… haishh… nasib la abg mus tu rileks jak… kalau ndak… masuk la di Melodi, dengan tajuk artis kena baling botol di Tawau… ndak ka malu tu…

Jadi pada mana mana yang akan hadir ke konsert tersebut tu nanti… jangan la buat aksi yang ndak ndak ya… enjoy sudah la… hehe…  Oh ya… jangan jugak ada yang pasang niat mau panjat pagar ya… kawalan cukup ketat pada hari konsert Search tu nanti…

Beli la tiket konsert tu… RM25 jak! :>