Haa… kali ni aku nak cerita pasal album baru In-TeamAllahu Rabbi… dalam album kali ni… In-Team bergabung semula… semua ahli kumpulan In-Team ada …. alahai… teringat zaman remaja dulu masa first dengar lagu dorang lagu kasih kekasih.. hehe…

Aku ingat lagi… dulu masa sekolah menengah… lagu kasih kekasih ni aku pilih utk muka belakang risalah keluaran PERPIS (Persatuan Pelajar Islam) Kuhara yang kami keluarkan… nama risalah tu… Pena Nur Islam … memang laku… macam pisang goreng yang baru keluar dari kuali… hehe… student Muslim or non Muslim semua beli risalah ni… antara daya penarik risalah ni adalah lirik lagu In-Team yang kami sertakan di belakang risalah tu la… zaman tu internet belum berkembang sangat ok… lirik susah nak cari…. dan kebetulan lagu ni memang menguasai corong corong radio… dan zaman tu zaman kegemilangan Nasyid di Malaysia…

Lagu tu memecahkan tradisi lagu nasyid dan membawa impak yang sangat besar dalam industri Malaysia… kira dah beri nafas baru la… sejak revolusi yang dibawa oleh kumpulan favorite aku Raihan…Pada masa tu sangat janggal bagi masyarakat kita bila ada lagu nasyid tetapi bercorak romantik… lagu berkisar cinta… tak kurang juga ada yang mencemuh kumpulan ni… ada yang cakap tak sesuai… dah lari dari motif perjuangan kumpulan nasyid… bla bla bla… banyak sangat… penat nak taip semua… tapi bagi aku simple… baguslah ada lagu nasyid berkisar cinta.. sebab lagu lagu nasyid terselit lirik lirik yang berunsur nasihat… bagi ingat bahawa cinta bukan sekadar nafsu semata mata… cinta paling agung adalah cinta kepada Allah bukan makhluk… berbanding lagu lagu pop .. balada… macam macam lagi yang berunsur cinta tapi lebih kepada pemujaan kecantikan .. batang tubuh perempuan… cerita cerita lara yang boleh melupakan kita bahawa tiada cinta yang lebih besar dan agung selain cinta kepada Allah.

Tapi terus terang aku cakap, aku orang yang boleh terima semua jenis lagu… rap ka.. pop rock ka… rock ka… Balada…underground… indie…  ish.. macam macam laa.. barat ka melayu ka semua aku layan… aku pun hafal gak lirik lirik lagu ni… jadi jangan ingat aku berat sebelah kepada nasyid jak… aku cuma pertahankan fakta lagu lagu nasyid … sekarang dah macam macam bentuk lagu nasyid yang ada… irama malaysia… rap… rock…. macam macam lagi tetapi tetap berunsur ketuhanan… bagus lah kan… namun begitu aku perasan industri nasyid dah agak kurang bermaya … huhu…


Ni semua aku scan satu satu tau … pastu buat collage… kalau bagi sebijik sebijik nanti piracy plak kan.. hehehe… cantik kan designnya…

Berbalik kepada album baru kumpulan In-Team ni… ianya baru jak dilancarkan… tapi aku tak pasti bila.. hehehe… ada sepuluh buah lagu dalam album ni…. semua best best tau… sedap suara dorang ni.. i like.. lagu dorang pun dah matang macam dorang gak.. hehe…

Kalau korang nak tahu.. sekarang ada promosi di laman web In Team ni… 100 pembeli pertama dapat autograf ekslusif dari In Team dan pembelian melalui internet akan diberi diskaun sebanyak RM2 jd harganya  RM23 berbanding di kedai RM25!!!

Aku suka dengar lagu Allahu Rabbi ni.. entah… catchy gak rentak nya… dan ianya dinyanyikan dalam bahasa urdu ok!! Love it!!

Nak dengar previu??? ni tekan sini… aku dah edit..

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Kalau nak dengar previu semua lagu mereka .. klik di sini. Kesemua lagu dalam album ni korang boleh dengar.

Jadi kepada sesiapa yang belum beli tu… beli la… tak rugi!! Sokong industri muzik tempatan!!

Popularity: 38% [?]