(notes : entri ni patut publish dua minggu lepas… tapi busy sangat sampai nak tekan butang publish pun susah… hahahahahaha… asyik terperuk dalam draft jak… )

-Ditulis pada 22hb Oktober 2009-

Owh… what can i say… semalam… segala usaha … penat lelah… selama 2 hari paid off….

Bukan senang nak buat satu persembahan dengan latihan sebanyak dua kali sahaja…. dari malam selasa dan malam rabu kami berlatih selama lebih kurang 3-4 jam setiap kali pada waktu malam…. dapat juga laa hasil yang baik…. pujian yang diterima sana sini ku terima dengan penuh rasa rendah hati….

Mereka yang hadir menyaksikan konsert ini… ramai woo… memang buat hati dup dup dup dengan sangat kencang… hahahhaa

Anak anak pasti buat persembahan pembukaan…

Bangga?! Of course la aku bangga… pujian diterima tak putus putus… but as i say… tak perlu la bangga sampai up to the roof kan… biasa jak pun… ramai lagi team nasyid di luar sana yang lebih hebat… lagi power…

dah orang jemput… kita cuba la buat yang terbaik kan…

Cuma all i can say… aku nak TERIMA KASIH kepada abang Navy kita… saudara Anton… Saudara Yan (Tak lama lagi Pegawai Kesihatan… insyaAllah) dan adik Usop (Walaupun tengah exam) yang sanggup bersusah payah turun berlatih tanpa henti selama dua hari … aku tahu banyak pengorbanan yang korang dah buat… sanggup terima semua arahan ku…tapi semuanya adalah untuk kebaikan kita bersama … selain jaga air muka kita sendiri daripada malu di atas pentas disaksikan ribuan orang kan… hahahahhaa

Time ni aku tengah tarik suara… hahaha… takut sumbang… bab suara serak sebenarnya malam ni….

Oh ya… first time aku pakai jubah tau… hahaha…

Kepada sesiapa yang saksikan persembahan kami semalam di Dewan Masyarakat dalam Konsert Kesenian Islam…  terima kasih la atas pujian yang diberi…. terus terang aku cakap… konsep aku mudah…. aku tak mau orang balik dari konsert tu tanpa ada sesuatu yang boleh difikir dan direnungkan bersama…  Dengan pembacaan sajak yang sangat mantap dari cikgu Amsah! (Thanks a lot man) dengan bantuan video dan music background…. ramai yang tersentuh hati…  kita semua dapat berfikir bersama untuk satu isu….Palestin….  yang boleh kita ambil iktibar sebenarnya…. maaf kalau ada yang perasan suara ku tak seperti biasa… ini kerana tekak aku sakit… i barely can speak… tapi boleh laa… jd aku teruskan juga persembahan ku malam semalam….

Amsah menyampaikan sajak…

Penuh penghayatan…

Oh i just wish i have the time to practice…. boleh jugak aku buat pentomen… mesti lebih mantap kan…

Tak lupa juga kepada bro junaidi dan Achok… yang bantu dalam paparan video dan fotografi…. really appreciate it… SPM nanti buat yang terbaik ya Junaidi… all the best!!!

I love his voice…

Lastly… just for the record… finally…. like a dream came true… aku dapat jumpa Ustaz Nazrey (Ex Raihan) Face to face… mungkin korang da selalu jumpa dia … tapi me? Personally… this is my first time… dalam Nasyid dia adalah idola ku yang paling ku minat walaupun ramai orang ingat aku lebih minat dengan arwah ustaz Asri…  tapi sebenarnya kalau ikut ranking…

1. Ustz Nazrey (Raihan)
2. Arwah Ustz Asri (Rabbani)
3. Munif (Hijjaz)

hehehe…  suara Ustz Nazrey memang best!!! Merdu gilak!!!! Subhanallah!!!

Time dia tanya sapa nama aku…

Pujian dari seorang idola… hehehe

asih… bila la lagi aku dapat peluang jumpa dia ek…  hermmm… tapi kan… kalau korang semua nak tahu… aku ni… bila jumpa dengan orang yang ku minat… lidah aku mesti kelu… tapi dalam hati… subhanallah… hahaha…  tak berapa sebelum ni aku jumpa seorang living legend… seorang ulama… itu pun aku kelu… cakap sikit sikit jak… walhal aku kesana sini dengan beliau…. aku lebih banyak memerhati … sama la jugak semalam dengan Ustz Nazrey… hailaa… mcm mana la aku nak ubah perangai ku ni… hahahahhaa

Lastly…. aku tahu… ada gak yang tak puas hati dengan perjalanan konsert tu kan… sebenarnya bukan masalah besar… cuma ada miss communication antara Ustaz Nazrey dan pihak penganjur….. dari apa yang ku faham laa…

tapi ingat… this is the first time dorang organise benda camni… bukan mudah tau … dorang takda pengalaman… jd pada pendapat ku… rileks la k… insyaAllah dari pengalaman ni dorang ble buat yang lebih baik lagi… tak perlu nak melatah…

Sapa kata Islam larang berhibur?? cuma dalam berhibur tu kenalah ikut cara yang dibenarkan dalam agama…

Ok la that’s it… all in all… last night was something that i will remember for the rest of my life…

NOTE : Ya… aku memang minat nasyid…Ya…. aku terima tempahan untuk nyanyi nasyid utk majlis perkahwinan…aku mula ceburi bidang ni hujung tahun lalu… tapi selama ni aku tak pernah cerita dalam blog ni bab malu… hehe…  Bulan 12 ni banyak tempahan da… hahaha… bukan nak cari untung tau…  sekadar nak wujudkan alternatif untuk hiburan setempat jak…

lepas ni.. kalau korang yang di Tawau ni ada program nak jemput orang nyanyi… boleh la jemput aku… insyaAllah akan cuba buat yang terbaik…  ingat nasyid jak tau!!! Lagu jenis lain bukan untuk umum… hehehe… hanya utk aku sorang dan orang rumah ku jak… hahahaha