Aku bukan nak cerita tentang apa yang perlu kita buat dalam bulan ramadhan ini, i know most of you already know.. this time , it’s all about Solat Tarawikh and imam… Ini adalah pendapat aku dan aku bertanggungjawab penuh atas apa yang hendak ku katakan ni.. kalau kalian semua ada pendapat masing masing, tak kira la setuju atau tidak dengan aku please feel free to comment ok… i’m an open book…
Skarang suda tiba bulan suci lagi mulia yakni bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat… dalam bulan ni kita berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh… di sini aku nak cerita tentang sikap atau perilaku segelintir imam especially bila mengetuai solat fardhu dan solat terawikh… aku rasa benda ni berlaku di seluruh malaysia cuma antara kita sedar atau tidak saja…
Di sesetengah masjid di sesetengah tempat,ada imam yang mengetuai solat membaca surah surah dengan amat laju sampaikan solat terawikh 8 rakaat boleh diselesaikan dalam masa 10 minit saja… yang paling dasyat ada masjid yang melakukan solat terawikh dan witir sehingga 23 rakaat boleh dihabiskan dalam masa 30 minit!!! MasyaAllah… INILAH jenis jenis imam yang aku gelar IMAM F1 atau IMAM SANGGAR PANAS…

Aku gelar Imam F1 sempena nama kejohanan lumba kereta F1 yang laju bagai pelesit tu manakala Imam Sanggar Panas sebenarnya bermaksud Iman Pisang Goreng Panas (Pisang Goreng di Tawau dipanggil Sanggar) sebab apabila kita bersolat dengan laju , kalau dilihat tak ubah seperti cacing kepanasan… apa yang kita dapat melainkan peluh saja… tiada kenikmatannya umpama bila makan pisang goreng yang amat panas, langsung tiada sedapnya… yang ada panasnya saja….mana pergi ketenangan dalam solat… mana pergi tomakninahnya… Kita dalam bersolat kena la bertenang tenang… apa maksud Terawikh tu?? kan Terawikh tu maksudnya rehat… jadi solat terawikh tu umpama rehat yang kita perlukan selepas penat berpuasa di siang hari… jadi tak salah kalau kamu buat solat terawikh putus putus sebagai contoh, kita berjemaah solat terawikh di masjid dan suda 4 rakaat… jikalau anda penat boleh berhenti sebentar dan sambung bila rasa dah cukup rehat… pergila minum minum dulu ka sementara imam meneruskan rakaat seterusnya… bila dah rasa ok dan nak sambung baru ikut balik jemaah yang ada…
Kalau penat sekalipun , boleh sambung di rumah… solat sunat terawikh tak terbatas dengan 8 atau 20 rakaat saja… lebih banyak pun boleh… jadi bertenang la dalam bersolat, tak kira la solat sunat terawikh atau solat fardhu , semua kena bertenang… jadi jikalau anda ni seorang imam atau ada imam di tempat anda yang solat dengan laju.. tegur… tapi tegur dengan beradab… berani kerana benar…
Mengikut pengalamanku di masjid… pernah ku jumpa seorang imam yang membaca surah al fatihah surah lazim berikutnya dengan satu nafas… bayangkan… SATU NAFAS... laju gila… habis jer solat, kebetulan di sebelahku ada Ustaz dan beliau langsung menegur imam yang bertugas pada malam tu… ingat dalam solat tiada contoh yang paling baik selain cara Nabi Muhammad S.A.W, sabda Rasulullah :

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”.
H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Jangan mencuri dalam solat! sujud dan rukuk kena la sempurna… jikalau kita tau hakikat sebenar suatu ibadah tu insyaAllah di situlah kita akan dapat kemanisan amal yang kita buat tu …

Sebagai bonus untuk manfaat kita semua bersama.. di sini aku sertakan BUKU CONTOH SUNAT RASULULLAH oleh Rasul bin Dahri. Download dan sebarkanlah.
Wallahualam.
