Archive for the ‘ Stories ’ Category

Buying from the internet… but i’m not getting what i want

First of all … aku tak berniat nak memburukkan mana mana company ok… i’m not trying to ruin your business… i just want to share with my friends about what happened to me when 1 ordered something from the internet.

Once upon a time, there was a boy who had a sister ….
|| Knock knock… ||
Yaa!?…. (The boy answered)
Adry…. ko busy???
Ndak… masuklah…

Aku mau minta tolong ni… ble??
Bah .. boleh bah… apa??
Aku mau beli cerita korea ni… best… aku dah tengok di youtube… tapi malas mau download satu satu…. jadi aku ingat mau beli jak… ble ka kau belikan??? Kau kan ada macam macam akaun di internet tu… biasa jugak ko beli barang di internet kan… tak pandai aku bah…
Uina… cara kau cakap ni macam kaya betul aku ni bah… hahahaha… bah… kau dah jumpa ka jugak di mana mau beli?? Ebay?? Lelong??
Ada… suda ku cari… di sini : http://vcddvd88.com/… tajuk cerita korea tu Boys Over Flowers….
Ok… jap aku belikan…. Read the rest of this entry »

Popularity: 31% [?]

Cerita Seram SMK Kuhara

Cerita ni betul betul berlaku ok… kepada semua alumni SMK Kuhara dengarla kisah ni… (hahaha… takda lah seram mana pun… cuma perkara pelik bin ajaib ni betul betul berlaku!)

Ramai yang tahu… walaupun aku ni Ex-Kuharian tapi sampai sekarang aku masih selalu kuar masuk SMK Kuhara… aku bukan guru ok… cuma 2 orang sahabat karibku jadi guru di sana.. sekarang dorang dua jadi warden SMK Kuhara… (Cikgu Burhanudin Dan Cikgu Amsah)

Kisah ni diceritakan oleh Cikgu Burhan ni la… dan ianya berlaku pada Read the rest of this entry »

Popularity: 57% [?]

How a friend can make a difference…

The truth is , i want to post something here but a story i read at Adzariff touched my heart.. so i decided that i want to share it with you all…


Read the rest of this entry »

Popularity: 5% [?]

In loving memories of my dad….

My dad passed away last year on 11th April 2007… here a few stories that i think i want to share with you all…Abah aku…

My dad seorang yang agak garang (kena pada tempatla) , sangat tegas, dan penyayang orangnya…

Story 1

When i was a kid, aku ni nakal orangnya… lain disuruh lain dibuat… hahaha…pernah satu ketika, bila abah aku tidur… aku yang baring di sebelahnya terbangun dan oleh kerana tiada apa mau dibuat… perangai nakal ku datang dan dapat satu idea… aku ambik pisau cukur abah aku dan ku cukur semua bulu dada dan bulu kaki abah aku… hahahaha… licin tu… dah macam model da abah aku kubuat… Abah marah?? Nope… dia panggil mak aku dan kami ketawa satu keluarga… sebenarnya pucat jugak aku.. aku takut kena rotan…

Story 2

Bila aku darjah 4 kalau tak silap, mmmm 10 tahun… aku solat bila aku suka jerr.. bila aku mau aku solat, bila aku malas aku tak solat… tiba tiba satu hari tu abah aku bagitau mulai besok… aku tak boleh lagi tak sembahyang!!! huhu… aku tak kisah bab solat zohor, asar, maghrib dan isyak … tu senang jak…. tp SUBUH!!! Alahai… boleh ka aku bangun??!! Hari pertama , ok…. hari kedua ok… tiba tiba hari ketiga.. aku tak bangun bab lewat tidur malam tu…. apa abah aku buat supaya aku bangun?? Hemmm guess what, dia isi air dalam baldi penuh penuh pastu “Jushhhh” lecun aku mandi di atas katil!!! Abah aku siram di situ jugak… basah satu badan… bayangkan la korang tengah sedap tidur di buai mimpi tiba-tiba disiram air satu baldi… subuh tu…. sejuk wooo…. sepanjang hidup aku , aku kena 5 kali… sekarang automatik bangun subuh bersolat… dah biasa, walau penat macam mana pun… terima kasih abah untuk pengajaran ini… akan aku praktikannya di masa hadapan… siap la anak aku nanti…. wakakakaka…

My dad and his friend kat KLIA tengah tunggu flight balik ke sabah… pic was taken one year before my dad passed away…. nampak tak abah aku guna kerusi roda… time ni dah mula sakit..


Story 3

Ketika aku tingkatan 2… abah aku beri arahan baru… mulai esok aku kena rajin pergi solat di masjid… tak boleh solat di rumah jak… huhu… masa tu aku betul betul tak faham , kenapa… tp aku pun ikut arahan bos… lama kelamaan… aku mulai kenal erti bersolat di masjid… best gak.. banyak dapat kawan baru.. lebih afdhal gak… lelaki la katakan.. tiba tiba abah aku suruh blajar azan… ish ish ish… gila, takutnya!!! Tp abah cakap perlahan lahan… dia kata aku dah belajar (azan,mengaji, berzanji dan etc…) jd sepatutnya aku praktikan apa yang aku blajar… ilmu tu jangan disimpan tidak diguna… kalau buat silap takpa sebab belajar…. huhu… thanks for the advise dad.. if not i’m not who i am now…

My family.. aku anak lelaki bongsu… aku ada dua orang kakak.. gambar ni time akak aku grad di upm… lelaki sebelah aku tu husband akak aku yang grad…


Mmmm rasanya ada banyak lagi yang boleh kuceritakan tentang memori aku tentang abah aku… tapi cukup saja sampai di sini.. kalau terlampau panjang takut takda orang mauu baca… Nasihat ku kepada semua… Banyakkan berdoa kepada mak dan abah kita tak kiralah mereka masih hidup atau tiada … kerana doa seorang anak yang soleh kepada ibu bapanya sangat dituntut… takkan ada halangan …. hargailah ayah anda sementara mereka masih ada… jangan derhaka kepada orang tua, sebab kita takkan hidup dengan aman di dunia tanpa doa dan restu dari mereka… Selamat Hari Bapa!!!

Popularity: 4% [?]

"Calon Buat Along" (Part 3 "Final")

PART 1 & PART 2


Alhamdulillah, sejak kejadian malam tempoh hari itu, perlahan-lahan topik itu tidak dibincangkan. Kuraih pena. Dengan hati seringan kapas, aku mula menulis;

Kepada calon suamiku…

Usiaku hari ini bertambah setahun lagi. Tiga puluh tahun. Alhamdulillah. Ku harap, tahun-tahun yang berlalu, meski memudarkan keremajaanku, namun tidak akan pernah memudarkan ghairah Islamiah yang ada. Mudah-mudahan aku dapat tetap beristiqamah di jalanNya.
Viva masterku sudah selesai. Tak lama lagi kepakaranku akan bertambah. Aku akan mengambil cuti panjang untuk mengambil kursus menjahit dan memasak.
Alhamdulillah sekarang aku lebih aktif menulis dan menyampaikan pelbagai ceramah pada setiap ruang kesempatan yang ada. Aku semakin yakin berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan rupa.

Calon suamiku…
Aku maklum , bila sampai detik ini kau belum juga hadir. Permasalahan yang menimpa kaum muslimin begitu banyak. AKu yakin ketidakhadiran semata mata kerana kesibukan dakwah adalah satu kerja yang mulia. InsyaAllah, hal itu akan membuat penantian ini seakan tidak pernah ada.

Calon suamiku…
Namun jika engkau memang disediakan untukku di dunia ini, bil akau dah siap untuk menambah satu amanah lagi dalam kehidupan ini yang akan menjadi tanggungjawab di hadapan Allah. Maka datanglah. Tak usah kau khuatiri persediaan diri yang belum selesai, atau perkejaan yang masih sambilan. Insya Allah, iman akan menjawab segalanya. Serahkan semuanya kepada Allah. Jika Dia sentiasa memberikan rezeki, padahal kita tidak dalam keadaan jihad di jalan-Nya, lalu bagaimana mungkin Allah akan membiarkan kita, sedangkan kita sentiasa berjihad di jalan-Nya?!
Banyakkan berdoa , calon suamiku, di manapun engkau berada. InsyaAllah, doaku selalu sentiasa menyertai usahamu.

Wassalam.
Nota: Agak-agaknya, siapa nama kamu?

“Syahril… Nama saya Syahril.
Dub!! Aku tersentak. Pena yang kugenggam jatuh. Rasa-rasanya kudengar satu suara. Sedikit berjingkit, aku cuba menjenguk keluar. Sebelum aku sempat menyelak langsir bilikku yang memisahkan ruang tamu, kudengar suara papa memanggilku.
“Along…!”


Hampir aku terjatuh, ketika tergesanya menghampiri beliau. Sekilas mataku memandang bayang seorang lelaki berkaca mata, berdiri tak jauh dari papa, dengan wajah tertunduk, rapat ke dada. Di belakangnya, Luqman berdiri dengan senyuman meleret.

“Nah,Syahril, kenalkan ini Kartini. Puteri sulung pakcik. Ingat tak masa kecil dulupernah bermain sama?” Suara gurauan papa terdengar mesra.

Aku menoleh sesaat, yang dipanggil Syahril tetap menunduk.

“Takkan Along lupa… inikan anak pakcik Ibrahim, sahabat papa sejak zaman sekolah dulu. Dan sekarang, dia baru saja bertugas sebagai penasihat undang-undang di tempat Luqman kerja. Betul tak nak?”

Syahril mengangguk. Tapi tetap tidak ada uluran tangan.

“Assalamualaikum, Along…, Kartini. Saya Syahril.”

Masya Allah! Aku masih melongo, terpegun.

“InsyaAllah, hari ini saya datang sebab nak berta’aruf dengan Kartini. Kalau Kartini setuju, hitbahnya boleh dijalankan secepat mungkin. Sesudah itu, mudah-mudahan boleh berjihad bersama-sama mungkin…”

Agak perlahan kudengar kalimatnya yang terakhir. Kulihat papa tersenyum lebar,melirikku.

“Apa,Along.. Hitbah? Melamar ya…???

Aku mengangguk pendek, tersipu. Tawa papa makin lebar. Aku masih terpegun.

……………………………………………………………………

THE END

Popularity: 7% [?]

"Calon Buat Along" (Part 2)

Sambungan dari : http://adrysabry.blogspot.com/2006/10/calon-buat-along-my-favourite-story.html
…………………………………….

Langkahku lesu menghampiri rumah. Seharian aku memandu dari satu perpustakaan ke perpustakaan lain untuk menyiapkan tesis masterku. Sebaik sahaja membuka pintu, perasaanku kembali tak menentu, bila melihat Mama yang tidak bersendirian. Seorang lelaki berjubah dan berkopiah nampak menemani beliau. Jangan, jangan….

“Panjang umur dia, hah. Dah balik pun Along. Along mari sini sayang. Ini Salleh anak Pak Samat yang baru je habis belajar pondok di Kedah. Kamu berdua mesti boleh bekerjasama mengendalikan masjid di sini.”

Aduhh,Mama!

Kali ini mama membiarkan aku berdua dengan tetamu itu. Cepat aku ke dalam mencari Nani dan menyuruhku menemaniku.

Sepanjang Salleh bercakap, aku hanya tunduk membisu. Tak sanggup rasanya aku menahan pandangan tajamnya ke arahku. Dengan gaya bahasa yang tinggi, Salleh bercerita tentang berbagai kisah berbahasa Arab yang telah dia kuasai. Bukan main. Lalu dia berbahas satu persatu perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Soal doa qunut, perbezaan iftitah, masalah kedudukan telunjuk ketika tahiyyat, dan lain-lain yang senada.

Terus terang , aku tidak begitu setuju dengan caranya. Memang betul, semuanya satu yang harus kita ketahui, tapi bagiku, dengan memperbanyakkan perbincangan tentang masalah furu’ hanya akan meruncingkan lagi perbezaan yang sedia ada.

“Bagaimana pandangan Salleh tentang krisis Bosnia suatu ketika dulu?” tanyaku mengalihkan perhatian.

“Ohh itu, ana sangat tidak bersetuju. Menurut pendapat ana, tidak seharusnya masalah Bosnia itu digembar-gemburkan. Masalah ini kalau diperbesarkan akan menyebabkan remaja semakin tersisih. Mesti ada usaha mendekati mereka dan bukan menjauhkan lagi mereka dari kita.”

Akhirnya aku yang bingung.

“La, takkan yang tanya lebih bingung?! Yang ana bincangkan tadi tentang Bohsia, itu kan maksud Along?

Kutahan tawa yang hampir keluar. dari sudut mataku, kulihat Nani terhinguk-hinguk menahan ketawa, sambil membetulkan tudung pinknya. Lucu sekali. Aku membetulkan salah sangka Salleh.

“Oooh yang itu, Ya…. jelas panindasan itu tidak boleh dibenarkan.” ujar Salleh optimis, lalu…

“Agaknya Bosnia itu di mana ya?”
Tawa Nani meledak. Aduhai, Mama!!!

Sebelah malamnya, aku mengadu pada mama tentang Salleh. “La.. kamu ni macam mana? Kata Luqman kamu nak pada Salleh. Jadi mama carikan apa yang kamu hajat. Jadi sebenarnya Salleh mana calon kamu itu?”

Aku terhenyak. Luqman tersenyum simpul. Jaga kamu ya. “Bukan yang namanya Salleh, Ma. Along ingin yang soleh, yang taat beribadah. Orang yang mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang Islam. Yang Islamnya tidak hanya pada teori, tapi dibuktikan. Along tahu, usia Along sudah jauh dari cukup. Along pun nak segera menikah. Perempuan mana yang tidak ingin berkeluarga dan mempunyai anak?” lanjutku hampir menangis.

“Tapi.. Tolong jangan desak Along. Mama tolong bantu Along agar boleh bersabar, tetap bertawakal pada Allah. Biar Along terpaksa menunggu sampai tua, Along sanggup daripada bersuamikan orang yang akhlaknya tidak “Islamik”… Kusaksikan mata mama berkaca-kaca. Diraihnya aku dalam pelukannya.

…………………………………….

Bersambung…

Popularity: 6% [?]

"Calon Buat Along" ( My favourite story..) "Part 1"

Assalamualaikum everyone.. here i retype a story i got from a “risalah” which was a gift from a friend of mine from the past years.. This story was published in page 13 Risalah Al-Amilin Edisi Ramadhan/Syawal 1423 by Lajnah Penerangan DMPKT (Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau) … i don’t really know where is this story originated from but hey, it’s a good one… it’s about a dilemma faced by a lot of girls out there, its about “Jodoh”

CALON BUAT ALONG

Calon suami???!!!
Phuf… kuhembuskan nafasku kuat-kuat. Bosan! Lagi lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan,sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini melainkan soal suami. 

Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir,sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.

“Along…!” Kudengar mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.

“Ada apa Ma?” tanyaku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki duduk di sofa ruang tamu. Sepasang mata Mama yang bersinar-sinar. Oo.. Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.

“Along,perkenalkan pembantu Papa di pejabat. Hebatkan! Masih muda dah jadi penolong pengarah. Kenalkan ini…. Zoii”

“Zoy,Makcik!”

“Eh, iya, Zoi” Aku hanya mampu menahan ketawaku.. Mama.. Mama…!

Rasa geli hatiku lenyap serta merta apabila aku terpaksa turut sama hampir dua jam mendegar perbualan mama ngan si Zoii tadi. Bukan main berlagak! Batinku menggerutu sendiri. Asyik bercerita tentang pengalamannya ketika berada di luar negara.

Bertambah meluat apabila kulihat terdapat pancaran kekaguman di wajah mama. Betul betul si Zoii ni tak sensitif. Dia tak perasan ke aku membisu seribu bahasa? Tapi dia tetap mengomel tak berhenti.Kupanjatkan syukur yang tak terkira ketika akhirnya dia pulang.

Bila kuceritakan peristiwa itu kepada adikku,Luqman, dia hanya tertawa. Aku balingkan bantal ke arahnya. Aku menarik muka masam. “Bawa bertenang kak,Sabar! Innallaha ma’ashabirin!”

“Sebenarnya Along bingung la,Maman! Habis tu satu rumah asyik perli Along. Maman fahamkan, pilih suami tu bukan semudah memilih ikan di pasar. Bukan senang nak cari lelaki yang soleh sekarang,susah. Along tak nak pilih ikut tangkap muat je. Salah pilih risikonya besar. Bukan main-main, bahana dunia akhirat!”

Aku mula melihat keseriusan di sudut matanya. Cuma sekejap,sebelum ia kembali menggodaku.

“Atau hendak tak kalau Luqman yang carikan???!” Lemparan bantalku kembali melayang.

……………………………………………………….

Kriiiing…!!!
Kumatikan bunyi jam yang membangunkanku. Pukul tiga suku. Aku bangkit ke bilik air mengambil wudhuk. Secara spontan kulihat wajahku di cermin. Oh begini rupanya gadis di penghujung usia dua puluh sembilan? Patutlah papa dan mama begitu bimbang.
“Jangan cemas wahai saudaraku, ini bukan nasib buruk! : bisikku menghibur. Walau apa pun terjadi aku mesti bertawakal pada Allah. Jodoh,rezeki dan maut , Dia yang menentukan. Menemui jodoh di dunia bukanlah satu kepastian yang akan kita raih dalam hidup. Ada hal lain yang lebih penting, lebih pasti. Ada kematian, maut yang pasti kita hadapi. Sesuatu yang selama ini sering kuucapkan kepada saudara muslimah yang lain, ketika ramai di antara mereka begitu resah menanti calon suami yang tak kunjung datang. Sebenarnya kita ini lucu,kan? Kita lebih kerap membincangkan masalah pernikahan, hal yang belum tentu terjadi. Maksud Along, berlalunya waktu dan usia, tidak seharusnya membuatkan kita lupa untuk berfikir positif kepada Allah. Boleh jadi calon kita ini bukan untuk kita di dunia, tapi disediakan di syurga. Mungkin Allah ingin memberikanku yang lebih baik, siapa tahu?” ujarku optimis dua tahun yang lalu.

Astagfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri… Tanganku masih mengadah, berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.

 

Selesai berurusan dengan mama untuk masalah Zoy, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sedang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.

 

“Terserah pada along, Yang penting, tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!” Promosi makcik Ida bersemangat.

 

Dua hari kemudian, makcikku datang dengan “Calon”nya,]

 

“Junaidi, panggil aje Junaid!” Aku hanya mengangguk, tak membalas uluran tangan yang diajukannya.

 

Selama perbualan berikutnya, berkli-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak terhenti-henti. Habis sebatang,sambung sebatang. Dengan berani pula dia mengkritik penampilanku.

 

“Cik Kartini jangan tersinggung , ye. Saya memang pelik melihat perempuan memakai tudung “begini”. Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna warninya cerah dan menawan. dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya kalau sesekali berfesyen. Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatn seperti “karung” berjalan. Betul tak, Tini? haha…

 

Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu puntung rokok ketujuhnya habis, aku mohon diri masuk dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Pujukan makcik Ida tak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat kudengar makcik Ida bercakap-cakap dengan papa dan mama. Sempat pula kudengar komen-komen mereka yang bercampur kecewa, sedih. Ya Allah Kuatkanlah hamba-Mu.

 

………………………………………………………..

 

Bersambung…

 

Popularity: 6% [?]