Archive for the ‘ Families ’ Category

My baby girl…. Nurul Eiman…

“Adry… jadi bapak suda kau!!! TAHNIAH!!!” …” Welcome to the club Adry” …” Semoga kau jadi ayah yang mithali Adry”… Inilah antara ucapan ucapan yang ku terima di saat berita gembira mengenai kelahiran anakku ke dunia ini mulai tersebar di kalangan rakan rakan… keluarga melalui sms… dan facebook…. ya … Alhamdulillah… Tidak dapat ku nukilkan betapa bersyukurnya aku ke hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikanNya kepadaku. Read the rest of this entry »

Apa yang berlaku beberapa hari lepas…

Mmmm very busy sampai tak dapat nak update blog for the past few days…. sorie… sibuk sangat sampai terpaksa lupakan “internet life” buat seketika… Aku try cerita secara sepintas lalu apa yang dah berlaku dan siapa yang aku jumpa untuk beberapa hari yang lalu….
As you know…. keluarga angkat aku dari KL datang ziarah kami adik beradik di Tawau…. mereka datang bertiga…. Anak bang Rodin , Hanis from KK…. Mak ayah dia dari KL…. dah lama tak jumpa… about 5 years…. selama ni pun contact through sms jerr… kebetulan mereka ada sedikit kelapangan , mereka dapat datang ….. pagi hari sabtu lepas kami singgah ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara mak dan ayah….
Oh yea…. Abang Rodin ni sekarang kerja di KPDN Wisma Putra… position dia aku dah lupa… dua tahun lepas dia Pengarah KPDN Sarawak.. dah naik pangkat so aku pun tak pasti apa jawatan dia sekarang… Banyak gak maklumat baru yang aku dapat dari dia… yelah… kan sejak harga minyak naik semua barang naik.. so dapat gak aku tahu cerita orang yang di dalam kementerian tu…. Latest, HARGA GULA NAK NAIK LAGI!!! Naik 30 sen…

Hanis yang belah kiri….

 

Sori takda pic keluarga angkat aku ni… lupa nak ambik…. semua berlalu terlalu cepat…. tapi aku sempat ambik gambar anak keluarga angkat aku ni… Hanis namanya… aku tak pasti dia anak keberapa dari abang Rodin… dia pun datang ke Tawau…. dia dari Kota Kinabalu…. student UITM KK… skarang wat praktikal di LPPP KK… Peramah dia ni… nice… baru jumpa pun macam dah kenal berpuluh tahun… hehehe…

 

 

a little info about her: Dulu after SPM… ayah dia hantar dia duduk kat rumah aku… kira macam cuti-cuti la… dia duduk kat rumah aku 5 bulan… itu first time dia sampai Sabah (Masa ni aku takda.. aku kat KL blajar)… time dia duduk Tawau, dia ambik lesen keta dengan mak aku… sampaila dia dapat offer masuk UITM KK… Dia kata.. first time dia masuk UITM KK… ramai orang ingat dia orang Tawau… hahaha…. abis… dia cakap sabah slang Tawau… hahaha sedangkan Ayah dia orang Kelantan, Mak dia orang KL…..

 

 

Ok, then aku berkenalan lagi dengan seorang ni…. kira macam bisnes partner la ni… baru kenal gak… kami jumpa pun bab seorang lagi kawan saya yang kenalkan… namanya Abdul Halim Abdullah… dia ni driving Tutor gak but from Institut Memandu KMK di Kota Kinabalu…. dia ada 2 kerja…. siang sebagai driving instructor … malam sebagai wartawan untuk Akhbar Daily Express…. dia ni pun peramah gak…

 

Sebelum dia terbang balik ke KK … sempat gak aku bawa ni makan-makan durian depan Grace Plaza di Bandar Tawau… hahaha… best best… lama tak makan durian… nyum nyum… Durian King Of Fruits… (^_^)

Updates….

Untuk beberapa hari ni rasa agak janggal dengan ketiadaan mama di sisi… kami adik beradik amat terasa kehilangannya… sunyi… tak dapat bayangkan bila akak yang sulung dengan anak anaknya balik ke KL…. huhu… tinggal kami dua beradik duduk dalam rumah besar ni… huhu… masih cuba sesuaikan diri dengan perubahan ni….

But life must goes on… anyway.. antara urusan yang ku perlu buat… penukaran nama untuk syarikat milik mama…. ke mahkamah syariah untuk urusan pembahagian harta…. Bank… etc etc…

Kenangan ketika menghadiri konvokesyen akak aku..

Oh ya… tomorrow i’ll be expecting someone… keluarga angkat family aku … En Rodin Mamat sekeluarga…. mereka datang dari KL nak ziarah pusara mama dan bapaku…. ada yang kenal ker?? siapa yang pernah kerja di Mampu atau KPDN Sarawak mungkin kenal… anyway… rasa segan gak, bab dah lama tak jumpa… huhu…

Hope tomorrow going to be fine…

Terima Kasih Semua !!

First of all thanks to all fellow bloggers yang prihatin dengan komen komen yang telah diterima atas pemergian arwah ibu saya yang tercinta… sometime its not money that count, its the sincerity… i can feel that from all of you… straight from the heart…

Terima kasih saja ucapan yang dapat saya berikan…

Sori bab lambat balas komen you all semua… tapi aku janji akan balas semuanya, insyaAllah…. Ada masa aku akan visit semua page you all k… yang pernah bagi komen akan dapat priority…

For these few days.. i’m busy…. banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan pemergian arwah… tak sangka dah jadi yatim piatu dah kami tiga beradik… huhu.. busy dengan urusan syarikat… kenduri tahlil… dan kunjung ziarah yang masih belum putus sebab masih ada yang baru dapat tahu walaupun dah 5 hari pemergian arwah… esok malam ketujuh arwah…

Ok.. that’s all for now.. until next post…

Selamat Jalan Ma….

(Gambar sekadar hiasan)

Sori lama tak update…. busy.. busy… Latest news, my mom selamat kembali ke rahmatullah pada 8 Julai 2008 (Hari Selasa) Jam 2.30am di Hospital Besar Tawau… Aku dan akak aku berada di sisinya pada ketika itu.. Jenazah dibawa pulang ke rumah pukul 4.15am….

Jenazah selamat dikuburkan pada pukul 10.35am di Tanah Perkuburan di depan SMU Islamiyah Tawau..

Sedih memang sedih tetapi pasrah atas ketentuan ilahi… yang penting doa, insyaAllah akan selalu ku kirimkan kepada kedua ibu bapaku…

Begitu cepat masa berlalu… rasa seperti baru semalam menyambut Hari Ibu untuk mak aku… tak sangka itu merupakan kali terakhir ku dapat menyambutnya bersama…. I Love You Ma!! I really do…. Semoga Mak sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman… amiin ya rabbal alamin….

p/s: Terima Kasih yang teramat sangat kepada semua yang mengucapkan kata Takziah melalui SMS… E-mail… etc…. dan yang sudi datang ke rumah tak kira sebelum atau selepas jenazah dikebumikan… Jutaan terima kasih juga diucapkan terhadap sumbangan-sumbangan ihsan yang diterima sehingga mencecah ribuan ringgit… insyaAllah wang ini akan digunakan sebaiknya… Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua…

Cucu nenek..

Bebudak ni balik bab nenek dorang sakit … mak aku masuk hospital hari rabu lepas (pagi)…..akak aku yang sulung balik ngan anak2nya ni hari rabu malam (malam Khamis)… so at least lepas gak rindu kan… anyway.. macam biasa… masih budak… dorang belum tahu yang nenek dorang sedang kritikal di hospital… 


Ingat nak panjat dinding la tu… spiderman la konon…

Inilah yang best tentang budak… mereka belum tahu permasalahan di dunia.. semuanya seronok bagi mereka…
apsal kena cekik tu…

Alahai… malu la konon…

so sementara aku sedih-sedih ni aku rasa terhibur dengan bermain dengan mereka berdua ni… Alin dan Mimat… kakak dorang si Ain buat sementara tinggal di rumah atuknya yang lagi satu…

Atas .. atas… atas… hehehe

A few pics from the hospital…

Hospital Besar Tawau around 6.00pm…

Dalam kertas wad 8 tetapi dekat pintu tulis wad pesakit perempuan… sorry tak berapa clear… 

 

 

Waktu melawat… selepas waktu melawat hanya perempuan yang dibenarkan masuk..

My mom condition…. (beberapa jam selepas di masukkan ke sini)

Latest news : satu tiub dimasukkan ke dalam badan mak antara leher dan dada untuk membuang cecair di paru-paru… Bantuan pernafasan sudah dikurangkan dari 80% ke 40%…

:P eratus hendak pulih memang tak banyak… tetapi selagi ada harapan usaha perlu diteruskan… apa pun berlaku sekurang-kurangnya kami telah berusaha….