Archive for the ‘ Weddings ’ Category

Soal kahwin .. (Luahan Hati)

Sana sini aku jumpa orang yang ku kenal almost 80% will ask the same question…
“WHEN WILL I GET MARRIED??!”
mungkin ayatnya berbeza tetapi isinya tetap sama….
Sebelum ni memang ada orang yang pernah tanya soalan ni… tetapi sejak kebelakangan ni lebih kerap… huhu… antara sebabnya ialah… aku dah jadi yatim piatu… rumah kat kg muhibbah ni kira besar la jugak… yang duk sini akak aku ngan aku jerr… so orang pun mula la cakap bila aku nak tambah makhluk dalam rumah ni.. huhu…. yela kalau akak aku kahwin mesti ikut suami dia kan… so kira harapan jatuh kat aku la…
Honestly… aku memang ada terfikir nak kahwin… settle down…. have a family… but not now… my mom blum sampai sebulan arwah…. lagipun aku nak ada steady income sebelum nak kahwin… at least RM3K atau 4K per month… kalau aku dah ada steady income every month mungkin aku dah ble fikir pasal hal ni… memang sebaiknya kita ikut nabi la kahwin time umur masuk 25 tahun… tapi kalau keadaan mengizinkan, insyaAllah….
Sebenarnya.. aku melalut panjang lebar ni bukan sebab apa.. semuanya kerana apa sorang pakcik ni cakap ngan aku tengah hari tadi yang duk buat aku berfikir-fikir dari tadi….
Tengah hari tadi … aku duk lepak kat masjid pas solat zohor… sembang ngan seorang pakcik ni yang memang rapat ngan aku… selalunya kalau aku ada masalah kerr apa-apa jer la yang nak diluahkan aku memang cari pakcik ni… aku suka opinion mereka yang lebih tua ni…. banyak pengalaman la katakan… tiba tiba dia tanya hal ni… dia cakap , “Adry… kau ada fikir mau kahwin ka?”

Pakcik Tatim…

Aku jawab : “Adalah ba pakcik… cuma keadaan blum mengizinkan… pendapatan pun blum steady lagi… macam mana mau kahwin… ish… nak jaga anak orang ni bukan senang… insyaAllah nafsu masih boleh ku kawal… tak perlu la rushing rushing ni… aku takut tak dapat kasi makan anak bini ku nanti… tengokla sekarang makin lama makin naik harga semua… kos hidup makin tinggi…. ” (Sorry… cakap sabah skit… based on a true story kan.. kalau ada yang tak faham tanya jak k.. )

Apa pakcik tu cakap… tak terlintas di fikiranku dia akan jawab macam tu… Dia cakap : “Adry… soal pendapatan tu kau tak perlu runsingkan sangat… satu jak kau perlu ingat… Allah ada bah!! (Sambil jarinya menunjuk ke atas) Kalau memang jodoh mu dah sampai insyaAllah Allah akan buka jalan dan bagi rezeki sama kau…. kalau dah diizinkan oleh Allah , silap-silap kau akan tambah berjaya dan rezeki akan datang mencurah-curah sama kau…. Yang penting yakin ngan Allah… solat jangan tinggal… selalu berdoa… insyaAllah…

Pergh… terkedu aku buat beberapa ketika… ni dah kira cam ayat pancung ni… aku pun tak tau dah nak cakap apa… huhu…. yag dapat aku cakap , insyaAllah aku akan fikirkan……

kahwin… pasangan..??? hisyh… yang ni kena k.i.v dulu…. lagipun too personal nak cerita dalam ni….

Heermmmmmmmmm emo plak aku pepagi ni…. mmm ble buat solat istikharah ni…

i think that’s enough for now… puas skit hati aku…

Friend update…

Dua hari lepas kan aku ada cerita yang aku jumpa kawan lama aku si Len tu… bila kami bersembang tentang perkembangan kengkawan yang lain… satu perkara penting yang aku dapat tahu… kawan kami si Ayu… or Munira if I’m not mistaken… dah pregnant 4 bulan… so kepada kengkawan yang mengenali gadis ini… say congrats to her k… dia kahwin sebelum bulan puasa tahun lepas..

This pic was taken before she got married

Aku pun dah lama tak contact dia ni… bukan apa.. segan woo… orang dah bersuami la katakan… lain la dulu time bujang kan… I’m happy for her…

Selamat Pengantin Baru… Muhammad Soffian & Suriati


Kepada sesiapa yang mengenali kak suriati … ex Ajk PERPPIS Tawau… dan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinannya… di sini saya attach gambar-gambar majlis perkahwinannya di Tanjung Batu Laut….

Alhamdulillah nasib ada kawan nak pergi majlis kahwinnya ni… Thanks to Amsah.. Burhanuddin… Sabahrullah… and some of their friends whom i forgot to ask their name…

Kahwin lagi….

Hari ni banyak betul jemputan… macam macam jenis … ada jemputan aqiqah… huhu … nak berzanji lagi… jemputan kahwin… hermm… kadang kadang penat untuk tunaikan jemputan orang saja…

Anyway… here’s a pic dari majlis kahwin di merotai… keluarga ni… ex kuharian gak.. ex aspura… ramai senior kuhara aku jumpa di majlis kahwinnya ni… huhu… haidir mustamin…. si kamarudin… abdullah sultang are some of the senior yang aku jumpa.. sempat gak bertanya khabar… nak gambar lupa plak…

ada yang jadi guru… ada yang dah jadi engineer… wah

aku dapat tahu dari haidir… kakaknya Kak Intan atau aku panggil kak Ain dah kahwin bulan 3 tahun ni… skarang dia kerja di Kastam… lupa plak aku tanya kastam mana… Tawau atau KK… huhu… again lupa lagi nak minta no fon kak ain… sayang tak dapat pergi majlis kahwinnya…

huhu best of luck for all of them..

Happy New Year & Selamat Hari Raya Aidil Adha

First of All… Selamat Hari Raya Aidil Adha yang lepas… dan Selamat Tahun Baru 2007!!! Emmm cepat betul masa berlalu…. Hehehe… Nampaknya… musim kahwin mengahwin antara kengkawanku belum berakhir…

Sebelum ni Dewi atau nama penuhnya Dewifitriyani Binti Jamain (Dewi St Patrick or Sewi Skuter) kahwin dengan pasangannya Nazrol bin Suip yang diadakan di dewan Kuok Ming (tempat si Alif Kahwin) kemudian diikuti Bobo atau Muhammaddin FIQREE bin Ibrahim yang kahwin dengan pasangannya Dayang Salihana bte Salam… Emm semoga semua kekal hingga ke anak cucu… amiiinnn…..

Tak banyak yang aku buat untuk raya kali ini… pergi ke rumah keluargaku di Merotai dan selebihnya duduk di rumah jaga bapaku sakit…. emmm tambah lagi setahun dan usiaku pun semakin tua…. harap harap tahun ni ok… dan insyaAllah semuanya berjalan lancar as planned…

Ok.. here’s pics from their wedding day… walaupun tak berapa bagus… tapi kira okla tu…. hehehe at least korang tau….


Alif dah kahwin daa……

Hemm first of all … Selamat Pengantin Baru buat Abdullah Alif Dahlan bersama isterinya Juliana… semoga kalian bahagia sehingga ke anak cucu…

Emm thanks Alif for inviting me to your wedding night… Maaf bab tak dapat datang masa ko nikah lif…

Inilah kawanku Alif yang telah lama ku kenal dari Sekolah Menengah dulu… he’s a funny guy… love to sing … especially Nasyid… suaranya boleh tahan… sedap di dengar… maybe itu yang buat isterinya terpikat tu.. hehehe… Ooo ya , dia pun pandai cipta lagu… emm dia pun terkenal akan kejujurannya… kira beruntung la si Juliana ni dapat suami macam dia ni… alahai … tak sangka ramai ramai kawan lelaki dulu dia plak yang lebih dulu kahwin… jodoh… bagusla…

Emm sekarang dia dah jadi cikgu… cikgu sekolah rendah di pelabuhan klang… emm SK KG Raja Uda kalau tak silap… isterinya plak masih blajar lagi… final sem… not sure kat mana…UPM kot… tak sempat nak kenalan lagi rapat… hehehe….

Emm muda jugak la dorang ni… tapi you all jangan sangka yang bebukan tau… ni la masyarakat melayu ni… always thinking something negative… dorang kahwin cara baik… bukan “accident” atau apa apa… dorang kahwin sebab dah sampai seru dan alhamdulillah mereka dah menghalalkan apa yang haram sebelum ni… so they are better than us yang couple2 ni tau…

Ok here’s a pics from that night … nanti aku cuba dapat official pic dari yang empunya badan .. until then… roger n out…


Alahai .. hepinya aku tengok si Alif.. senyum memanjang… hehehe… i’m happy for u my fren…